Pasti ramai yang taman Bayam Brazil. Salah satu menu yang boleh dibuat ialah Kerabu Bayam Brazil. Jangan takt ahu, rasanya memang sangat sedap ya. Tidak perlu lauk pauk yang susah. Ada satu menu ni sahaja sudah boleh membuka selera. Cukup rasa pedas, masam dan masinnya. Anda nak cuba buat Kerabu Bayam Brazil ni? Saudari Nabila Humaira ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba!

CARA MEMBUAT KERABU BAYAM BRAZIL YANG SEDAP

BAHAN-BAHAN:
Bayam brazil
Mangga muda – sagat halus
Cili padi – hiris
Bawang merah – hiris
Gula secukup rasa
Jus limau nipis secukupnya
Asam boi – dihiris atau disagat (beli online disini)
Kerisik secukupnya
Ikan bilis goreng secukupnya
Hirisan bunga kantan
(kuantiti bahan mengikut cita rasa masing-masing)

IKLAN

Bayam Brazil
Mangga Muda
Cili Padi – hiris
Bawang Merah
Gula secukup rasa
Jus Limau Nipis
Asam Boi putih – dihiris atau disagat. Jangan ambil bijinya. (beli online disini) kang lekat lak kat kerongkong
Paling penting kerisik..
Lebihkan sikit ikan bilis di goreng garing. Tabur last lepas gaul.
Garam tak perlu.. jika ada ikan bilis dan asam boi.
Bunga Kantan sebagai penyedap dan nak bau wangi…
Kuantiti bahan ikut sesedap rasa

CARA MEMASAK:
Bersihkan Bayam Brazil dan toskan airnya.
Dalam bekas berasingan, sediakan semua bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan kerabu. Untuk asam boi, jangan ambil bijinya. Sagat isinya sahaja.
Masukkan bayam brazil ke dalam bekas diikuti hirisan mangga muda, cili padi, bawang merah, bunga kantan, jus limau nipis, gula dan asam boi.
Tambahkan juga kerisik. Gaul rata dan rasa masam, masin dan manisnya supaya seimbang.
Akhir sekali, tabur ikan bilis goreng. Lebih banyak diletak, lebih sedap rasa kerabu.
Siap. Kerabu Bayam Brazil sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Nabila Humaira

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official