Warna warni pada cupcakes steamed Thai ini bukan hanya nampak menarik malah rasanya buat anda tak henti makan. Boleh dipelbagaikan warna ikut citarasa. Tepung naik sendiri boleh dicampurkan dengan tepung gandum jika mahu. Penutup kukusan tak payah dibalut seperti yang kita sering buat pun tidak mengapa, ia tidak akan menjejaskan rupa cupcake ini.
CUPCAKES STEAMED THAI
BAHAN-BAHAN:
4 cawan tepung naik sendiri – diayak-BELI ONLINE DI SINI
2 sudu teh baking powder – diayak
2 sudu teh esen vanila-BELI ONLINE DI SINI
405 ml susu segar
2 sudu besar ovalette-BELI ONLINE DI SINI
2 cawan gula kastor
2 biji telur
8 sudu besar air sejuk
CARA MEMASAK:
1) Satukan ovalette, gula kastor, telur, esen vanila dan air sejuk ke dalam mangkuk. Pukul sehingga kembang dan bertukar warna putih. (10 minit)
2) Masukkan tepung berselang seli dengan susu segar sehingga habis. Kaup balik dengan spatula / senduk kayu hingga rata.
3) Rehatkan adunan selama 30 minit.
4) Selepas 30 minit, kacaukan adunan sekali lagi sebelum dimasukkan ke dalam acuan.
5) Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian, warnakan ia dengan warna pilihan.
6) Panaskan kukusan.
7) Masukkan adunan ke dalam acuan dan kukus selama 10-15 minit menggunakan api yang besar. Siap untuk dihidang.
Kredit: Tiesha Abdul Rahman