1. Sebatikan dulu bahan A di dalam bread maker. Kemudian, masukkan tepung high protein. Uli je. Bila doh dah mula memekat, masukkan mentega. Uli terus hingga jadi doh. 2. Perapkan doh selama 30 minit. Bila doh dah kembang, tumbuk-tumbuk doh. 3. Dan boleh mula buat. Kalau nak roti sama saiz, timbang doh kecil-kecil dalam 40g. Bulat-bulatkan.
4. Kemudian, canai secara memanjang. Letak inti keju cheddaryang dipotong 4 segi memanjang. Saya tak ada keju cheddar, cuma letak slice cheese je.
5. Gulung memanjang. Susun dalam loyang. Buat sampai habis semua doh. Perap kejap selama 20 minit. 6. Jangan lupa sapukan di bahagian atas roti sebelum nak masuk ketuhar. Panaskan ketuhar, bakar dengan menggunakan suhu 180C selama 25 minit atau sehingga dah warna keemasan.
7. Apabila dah masak, keluarkan roti dari ketuhar. Sapu mentega lebih sikit. Kemudian tabur atau gaul campuran susu serbuk dan gula kastor. Sedia untuk dinikmati.
Haaa kat peti sejuk tu ada ayam dan daging. Malas nak ulang resipi yang sama, jom kita try lauk Ayam Masak Cendawan Shiitake dan Kuzi Daging. Bunyi tajuk resipinya sahaja dah cukup padu kan.
Shitake memberikan ‘flavour’ cendawan yang sedap lagi menyihatkan. Bercerita pasal kuzi daging ni pulak,menurut Zulfaza Loves Cooking ZLCdalam FB nya lauk ini ada macam-macam versi. Versi Pantai Timur ada, Johor pun ada. Menariknya ada yang suka letak kerisik dan ada juga resipi menggunakan yogurt. Apa pun versinya janji sedap dan memuaskan hati.
AYAM MASAK CENDAWAN SHIITAKE @ ZLC
.
BAHAN-BAHAN :
300g ayam (potong kecil)
1 pek cendawan shitake atau cendawan butang (belah dua)
5 batang cili kering
5 butir bawang putih (ketuk jer)
halia lebih kurang sebesar ibu jari (hiris nipis)
1 biji bawang besar (potong bulat)
3 sudu sos tiram
1 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar kicap cair (saya letak kicap pekat manis jer 4 sb)
lada putih secukup rasa
Air secukupnya
sedikit minyak untuk menumis
CARA MEMASAK ; 1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih, halia dan cili kering sehingga naik bau. Masukkan sos tiram dan ayam. Masukkan air (ikut citarasa nak kuah banyak ke sikit) supaya ayam lebih cepat masak. 2. Tunggu hingga ayam empuk dan kuahnya mendidih.Masukkan cendawan, kicap pekat, kicap cair dan bawang yang dipotong bulat. Kemudian, masukkan lada putih dan minyak bijan. 3. Gaul hidangan agar sekata. Sedia untuk dihidang. * Ayam masak cendawan ni empunya resipi tak letak garam sebab dah pakai sos tiram dan kicap.
KUZI DAGING
.
BAHAN-BAHAN :
2 kg daging dihiris nipis
4 tangkai daun pudina
2 pokok daun ketumbar
1/2 tin susu cair
1/2 tin tomato puri
Gajus dan kismis secukupnya
100 gm rempah kari daging
100 gm rempah briyani
garam secukup rasa
Gula melaka dan madu secukup rasa
1 ketul gula batu
Bahan Tumis
6 sudu besar minyak makan
1 sudu besar minyak sapi
6 biji bawang besar | dikisar
8 ulas bawang putih | dikisar
4 inci halia | dikisar
2 kuntum bunga lawang
6 kuntum bunga cengkih
6 biji buah pelaga
2 batang kulit kayu manis
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan tumis hingga naik baunya.
2. Masukkan rempah kari dan rempah briyani. Tumis hingga pecah minyak. Kemudian masukkan tomato puri dan juga susu cair.
3. Masukkan daging dan masak sehingga empuk. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
4. Bila sudah masak dan daging empuk, masukkan daun pudina, daun ketumbar, cili merah, cili hijau tan taburkan gajus goreng dan kismis.
Menu yang ringkas sebenarnya lebih sedap daripada menu berat. Kadang-kadang kita jadi tak lalu makan kalau melihat lauk yang hampir sama setiap hari. Kalau ada sambal boleh juga membangkitkan selera. Kalau selalu buat sambal belacan mentah, ni cuba pulak buat yang bergoreng. Percayalah, anda bakal makan bertambah-tambah.
BAHAN-BAHAN:
3 biji cili merah
10 biji cili padi (ikut pedas)
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 biji tomato
Sedikit belacan
Air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Kisar semua bahan dan panaskan minyak dalam kuali.
2. Tumis bahan kisar hingga naik bau dan garing.
3. Masukkan air asam jawa. Perisakan dengan garam dan gula dengan secukupnya. Kalau suka, biar sedikit garing.
Kalau makan sup ayam di restoran Thai, rasanya sup ayamnya masam-masam kan? Beza dengan selalu yang kita buat. Sedap kalau dapat hirup kuahnya. Kalau anda nak masak sendiri di rumah, boleh masak ikut resipi yang dikongsi oleh saudari Vidda Waheda Ismail ini.
SUP AYAM ALA THAI
BAHAN-BAHAN:
Bawang putih
Bawang merah
Bawang besar
Halia
Serai
Cili padi
Kiub ayam
Sup bunjut
Garam
Gula
Serbuk perasa
Sos ikan
Saderi
Lobak merah
Daun ketumbar
Bawang besar | dihiris
Cili potong
Tomato
Daun limau purut
Perahan asam limau nipis
Ayam
Sedikit hirisan lemak ayam
CARA PENYEDIAAN:
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih, halia, bawang merah, bawang besar, serai dan cili. Campurkan hirisan lemak ayam dan tumis sehingga wangi.
2. Tambahkan air dan perasakan dengan kiub ayam, sup bunjut, garam, gula, serbuk perasa dan sedikit sos ikan.
3. Bila sudah mendidih, masukkan ayam. Tutup periuk dan biar ayam masak seketika. Kemudian, masukkan saderi dan lobak merah.
4. Akhir sekali, masukkan daun ketumbar, hirisan bawang besar, cili potong, tomato, daun limau purut dan perahan air asam limau nipis.