Cara biasa sebelum menggoreng ikan, anda akan lumur dengan serbuk kunyit dan garam kemudian goreng. Nak lagi sedap, gunakan rempah istimewa yang dikongsikan oleh Cik Puan Mai Mgnesium. Rempah yang terhasil ini boleh digaul dalam 4 jenis masakan anda. Resipi rempah ini diturunkan daripada ibu beliau. Jom cuba!
Jenis Masakan Yang Boleh Digunakan Dengan Rempah Ini
Ikan goreng
Ubi kayu
Tempe goreng
Ayam goreng
5 Bahan Rempah Utama:
Bawang putih – banyak
Kunyit hidup – 2 inci
Jintan putih
Ketumbar
Garam himalayan atau sea salt
Cara mebuatnya:
Kisar/tumbuk sampai lumat. Bawang putih banyak pun tak apa. Bagus untuk sistem tubuh.
Tambahan
Ads
Boleh tambah tepung beras / jagung untuk salutan tapi sebaiknya tak perlu letak.
Masa mengisar jangan masukkan air banyak sangat
Cara Untuk Menggoreng Ayam
Masukkan lengkuas yang dikisar untuk serabut-serabut (tolong potong lengkuas dulu sebelum masuk dalam blender atau blender akan cepat rosak).
Boleh tambah daun kari untuk bangkitkan aroma.
Cara Untuk Menggoreng Ubi Kayu
Kredit: SurayaMsyed
Rebus dulu ubi kayu, tapi jangan sampai hancur. Kemudian barulah gaul dengan bumbu atau rempah.
Perap dalam 30 minit ke 1 jam dan goreng.
Pastikan minyak betul-betul panas sebelum masukkan ubi kayu perap.
Boleh Ke Blend Banyak Dan Simpan?
Tak boleh, sebaiknya biarkan fresh
Boleh makan dengan sambal kicap johor
Sangan / Goreng Tanpa Minyak
Cara ini juga boleh dilakukan dengan menggoreng tanpa minyak sekejap rempah jantan putih dan ketumbar dalam kuali. Ia akan membangkitkan aroma rempah dengan lebih baik.
Ads
Ads
Mak Pesan
Jangan risau tangan kuning masa menggaul sebab kunyit tu kan bagus untuk kulit kita. Lagipun, mak kata gaul dengan tangan, enzim ibu tu masuk. Nanti anak-anak akan dengar cakap dan suami pun sayang lebih.
Sumber/Foto: Mai Mgnesium / Viralkami
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Percutian bersama ahli keluarga memang menyeronokkan lebih-lebih lagi jika berkunjung ke luar negara. Namun salah satu perkara yang menjadi kerumitan apabila berkunjung ke negara asing ialah dari segi kesukaran untuk mendapatkan makanan halal. Malah jika ada pun, harganya pasti lebih mahal. Bagi yang bercadang untuk pergi bercuti ke luar negara dan bercadang untuk memasak sendiri, tips perkongsian dari Puan Mona Din ini boleh anda cuba.
Menurut Puan Mona Din, tatkala berkunjung ke luar negara, banyak faktor yang membuatkan beliau memilih untuk memasak sendiri sajian untuk keluarga. Antaranya:
1. Makanan Halal
Agar sukar untuk mendapatkan restoran 100% halal. Jika ada pun cuma satu dua dan terpaksa ‘travel’ jauh untuk mencarinya. Dan jika ‘simply’ nak makan di restoran, harapkan perkataan ‘seafood’ je. Kadang-kadang tekak tak mampu nak menelan. Jadi untuk makan tanpa was-was, eloklah masak sendiri.
2. Makan Puas-Puas
Andai hanya makan sekadar pizza seafood, spageti carbonara dan spageti seafood, kadang-kadang tak mengenyangkan dan tekak berasa tak puas. Apatah lagi saya yang ada 5 ‘heroes’. Orang lelaki kalau makan nak kenyang betul-betul. Jadi masak sendiri ‘is the best’ sebab kena citarasa dan boleh masak banyak-banyak.
3. Lebih Jimat
Di luar negara, tukaran mata wang kita sangatlah rendah. Jadi kadang-kadang sekali makan sekeluarga, memang mahal nak kena bayar. Kalau makan tiga kali sehari (minimum)? Berapa banyak dah habis. Dikira pula jika percutian tersebut untuk tempoh satu minggu. Memang banyak perlu ‘spend’ untuk makan sahaja. Kalau masak sendiri, cuma perlu beli sayur dan telur pun dah cukup uumphh!
4. Cari Pahala & Pintal Rasa Kasih Sayang
Pengorbanan untuk masak dan sediakan hidangan buat keluarga, pasti ada ganjaran pahala yang menanti. Malah ia juga dapat membina serta mengeratkan rasa kasih sayang antara suami isteri serta anak-anak.
5. Bina Memori & Kenangan
Percutian adalah saat untuk cipta memori dan bina kenangan baru. Jadi rebutlah masa bercuti ini untuk berkelah di tempat-tempat yang cantik. Sambil makan sambil dapat merapatkan lagi kemesraan.
BAGAIMANA NAK MEMASAK SEMASA BERCUTI?
kredit: the travel world guide
1. RANCANG AWAL
Rancang dan sediakan menu lebih awal untuk setiap waktu makan pada setiap hari semasa berada di sana nanti. Jadi anda akan tahu apa bahan yang perlu dibawa dari rumah, dibeli di sana serta kuantiti yang perlu diguna. Be smart!
kredit: google.com
2. BAWA BAHAN MASAK DARI RUMAH
Semak sama ada tempat penginapan yang anda tempah ada menyediakan dapur serta kemudahan memasak atau tidak. Jika ada, bolehlah bawa bahan untuk memasak seperti serbuk kari dan lain-lain. Jika tempat penginapan anda tidak menyediakan kemudahan ini ( jika tinggal di hotel), bawalah makanan segera yang boleh dipanaskan sahaja seperti sardin, sambal bilis, acar, nasi goreng segera dan bermacam-macam lagi. Cuma perlu masak nasi je masa disana.
kredit: Puan Mona Din
3. PERIUK NASI ELEKTRIK JANGAN LUPA!
Bawa periuk nasi elektrik kecil serbaguna. Selain memasak nasi, periuk ini juga sangat berguna untuk memasak kari, sup, tomyam dan bermacam-macam lagi. Ia juga berfungsi macam termos. Senang dipegang dan dibawa. Jadi makanan yang dimasak boleh kekal panas berjam-jam lamanya.
4. SUMBAT BEG DENGAN BAHAN MASAK
Bawa bahan-bahan mentah yang sukar diperolehi di luar negara. Antaranya seperti beras, serbuk santan, cili boh, serbuk-serbuk perasa yang halal, garam, kicap, sos tiram, minyak masak, rempah kurma, kari, asam pedas, tomyam, bihun dan sebagainya. Lebih selamat jika bahan-bahan yang dipek dalam bekas atau botol plastik. Jika tempat percutian anda mudah untuk mendapatkan barang-barang diatas, tak perlulah bawa dengan banyak. Hanya perlu bawa ‘potion’ untuk memasak pada hari pertama sahaja. Hari-hari lain anda boleh keluar dan beli bahan basah untuk kegunaan sepanjang percutian.Tapi jika harga barang-barang di atas sangat mahal di luar negara, lebih baik bawa siap-siap dari Malaysia. Bawa juga bahan-bahan basah yang perlu dan susah dapat di sana seperti daun kunyit, daun pandan, serai, daun kari dan sebagainya.
5. STANDBY MAKANAN ‘READY TO EAT’
Sebagai persediaan, jangan lupa untuk bawa makanan siap masak dalam paket seperti aneka produk Brahims, sardin, serunding, sambal bilis dan mi segera. Ia sebagai persediaan dikala anda tak sempat memasak atau tidak boleh memasak.
kredit: rasa.my
6. BAWA PES SAMBAL TUMIS KOSONG
Lebih bagus jika boleh bawa sambal tumis kosong yang telah siap dimasak. Bungkus dengan elok dan bila disana, hanya perlu tambah telur rebus atau ikan bilis sahaja. Malah jika letak santan, boleh jadi menu masak lemak. Dah ada beberapa menu berbeza untuk anda nikmati.
kredit: google.com
7. IKAN BILIS GORENG PENAMBAH SELERA
Anda juga boleh bawa ikan bilis atau ikan kering ( pilih yang kurang berbau) yang telah siap digoreng. Masukkan ke dalam bekas, balut dengan plastik dan ikat dengan kemas agar baunya tidak keluar dari beg yang di daftar masuk.
kredit: google.com
8. BAWA BARANGAN PAKAI BUANG
Bawa pinggan, cawan dan sudu plastik yang ringan, boleh dicuci dan diguna kembali. Ia untuk memudahkan anda makan serta bawa untuk berkelah. Ada sesetangah tempat penginapan yang menyediakan kemudahan pinggan. Namun jika was-was, tidak perlulah guna. Guna sahaja pinggan yang dibawa.
9. BELI KUALI MURAH-MURAH
Bila sampai di destinasi dan berkunjung ke pasaraya untuk beli sayur, telur, ikan, udang dan lain-lain, beli juga satu periuk atau kuali yang paling murah untuk masak lauk dan sayur. Bila habis bercuti, boleh ditinggalkan sahaja. Ia bertujuan untuk memasak tanpa rasa was-was.
kredit: travelzoo
10. LETAK BAHAN MAKANAN DALAM BEG KHAS
Semua bahan-bahan makanan ( kering dan basah) perlu diletakkan dalam satu beg khas. Ia bertujuan untuk memudahkan proses ‘declaration’ serta pemeriksaan kastam sewaktu di lapangan terbang. Bila nak masak nanti pun senang untuk cari bahan.
Info penting: Jika bawa makanan yang mudah pecah, jangan lupa balut sekurang-kurangnya dengan dua kantung plastik. Ia sebagai langkah keselamatan jika ia terpecah, bahan tersebut terperangkap dalam plastik dan tidak terkena barang-barang lain.
Enaknya jika dapat makan Sotong Stim Limau ala Thaiyang dikongsi oleh saudari Ayadieeya ni. Nampak sangat menyelerakan malah bahan-bahannya juga mudah sahaja. Sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Malah sosnya juga boleh digunakan untuk sajian Ikan Siakap Stim Limau. Wow… Padu ni. Jom cuba! Anda pasti sukakannya.
CARA MEMASAK: 1. Kukus sotong dalam 7 minit hingga isinya masak. Jangan letak air dalam bekas sotong masa mengukus. Bila masak, angkat. Air sotong boleh dibuang. 2. Untuk membuat sos, panaskan 1 cawan air kemudian masukkan kiub pati ayam dan gula. Kemudian tutup api dan biarkan suam. 3. Kemudian bolehlah masukkan cili, bawang, jus limau nipis dan hirisan daun ketumbar.
4. Sesuaikan rasa masam, masin dan manis mengikut citarasa masing-masing. 5. Akhir sekali, tuang sos ke atas sotong yang teah dikukus tadi. 6. Sotong Stim Limau Ala Thai siap dan sedia untuk dinikmati.
7. Sos ini juga sesuai untuk hidangan Siakap Stim Limau.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.