Petang-petang dapat makan Getuk Ubi Kayu Goreng memang asyiklah. Minum pula kopi ‘O’ panas, terangkat habis minum petang anda. Ubi kayu selain sedap digoreng begitu sahaja, sangatlah sedap jika dibuat Getuk Ubi Kayu Goreng. Kalau anda ada ubi kayu di rumah, bolehlah cuba buat. Ini resipi Getuk Ubi Kayu Goreng seperti yang dikongsikan oleh Shahmila Radha
RESIPI GETUK UBI KAYU GORENG
BAHAN-BAHAN:
BAHAN UNTUK CELUP TEPUNG:
1 cawan tepung beras – beli online
2 sudu besar tepung jagung – beli online
1/2 sudu teh garam – beli online
Air (secukupnya )
BAHAN UNTUK BEBOLA UBI KAYU:
Ubi kayu (yang sudah direbus, lenyekkan)
3 senduk besar kelapa parut
3-4 sudu besar gula pasir – beli online
2 sudu besar tepung beras
1/2 sudu teh garam
CARA MEMBUAT:
1. Rebus ubi kayu sampai empuk. Ketepikan bagi sejuk dulu.
2. Yang ini bahan untuk celup tepung. Campurkan tepung beras, tepung jagung, garam dan air. Gaul sampai sebati. Bancuhan ini jangan terlalu pekat atau cair. Dah siap ketepikan.
3. Ini bahan untuk bebola ubi kayu. Gaul ubi kayu, kelapa parut, gula pasir, tepung beras dan garam sampai sebati. Adunan ini memang lembut. Gula Pasir boleh letak ikut selera tekak masing-masing. Kalau suka manis lebihkan.
4. Taburkan tepung gandum pada bekas supaya tak melekat. Bulatkan bebola ubi kayu tadi macam dalam gambar. Panaskan minyak, celup dengan adunan tepung tadi dan goreng. Api sederhana sahaja, Lebihan tepung boleh goreng akhir sekali dan tabur atas bebola ubi kayu tadi. Siap!
Sumber kredit: Shahmila Radha
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official