Ginger Beef Kuetiau salah satu hidangan popular di restoren Cina Muslim. Jika selalu menikmatinya di luar apa kata belajar masak sendiri menu ini di rumah. Boleh cuba ikut langkah demi langkah yang dikongsi oleh Nasriah Ramli.

Ginger beef kuetiau homemade 

Bahan-bahan

Kuetiau
Daging
4 ulas bawang putih -mayang halus
Halia muda – dipotong nipis
2 biji telur
Daun bawang – dipotong
3 sudu makan tepung jagung -dibancuh dengan air
1 kiub bilis
3 sudu makan sos tiram

Ginger Beef Kuetiau, Masak Sendiri Di Rumah Lagi Sedap. Mudah Saja Pun!

Ads

Cara memasak

1. Kuetiau digaul dengan minyak bijan dan kicap lemak manis. Kemudian goreng sekejap guna api besar. Tutup api. Ketepikan.

2. Daging direbus hingga empuk. Air rebusan disimpan dan daging ditos serta dihiris nipis.

3. Goreng daging dalam 10 minit, letak sedikit garam. Angkat dan ketepikan.

Ginger Beef Kuetiau, Masak Sendiri Di Rumah Lagi Sedap. Mudah Saja Pun!

4. Panaskan minyak, tumis halia dan bawang putih. Bila dah naik bau masukkan air rebusan daging, kiub ayam dan sos tiram dan tambah 1 cawan air.

5. Biar mendidih kemudian masukkan daging yang digoreng tadi. Tambahkan garam secukup rasa serta sikit gula.

6. Pecahkan telur dalam, kacau dan tuang dalam kuah sikit demi sedikit sambil dikacau-kacau.

Ads

Ginger Beef Kuetiau, Masak Sendiri Di Rumah Lagi Sedap. Mudah Saja Pun!

7. Masukkan larutan tepung jagung dan kacau. Bila dah mendidih tutup api dan tabur daun bawang.

8. Letak kuetiau dalam pinggan dan siram kuah tadi di atasnya. Dah siap ginger beef kuetiau.

Ginger Beef Kuetiau, Masak Sendiri Di Rumah Lagi Sedap. Mudah Saja Pun!

Ads

Kredit resipi & foto: Nasriah Ramli.

Artikel berkait: Kuetiau Kung Fu Makan Panas-panas Paling Sedap. Lagi Padu Ada Kicap Cili Potong!

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI