Golden Ball Ala Sushi King, 5 Aje Bahannya.

Share

Apa benda golden ball ni, telur bersalut tempura dan serbuk roti ni bila digoreng warnanya memang keemas an. Tapi buat bertambah sedap bila diletakkan jejari ketam di atasnya.

Resipi ringkas dan mudah ini guna lima bahan aje. Tapi yang penting rupanya yang memang gerenti anak-anak suka.

GOLDEN BALL ALA SUSHI KING


BAHAN-BAHAN :
Telur ayam – direbus dan dikupas kulitnya
Minyak untuk menggoreng
Bahan salut
Telur ayam – dipukul
Tepung tempura
Breadcrumb secukupnya

CARA MEMASAK :
1. Didihkan air dan rebuskan telur ayam sehingga masak.



2. Apabila telur telah sejuk kupaskan kulitnya.
3. Celupkan telur tadi dengan telur yang telah dipukul dengan rata.
4, Salutkan pula dengan tepung tempura sehingga rata. Ulang dua kali, kemudian celupkan semula dengan telur.
5. Akhir sekali salutkan sehingga rata dengan breadcrumb (serbuk roti kuning, boleh dibeli di pasaraya.) Buat sehingga habis.
6. Panaskan minyak dan gorengkan sehingga kuning keemasan. Angkat dan ketepikan.


7. Biarkan sejuk dan di potong tengah-tengahnyanya.

BAHAN TOPPING :


Filamen ketam
Mayonis


CARA MEMBUATNYA:
Rebus sebentar filamen ketam. Angkat dan toskan. Hiris halus filamen ketam tadi. Campurkan dengan mayonis dan gaul rata.

SELAMAT MENCUBA.
Kredit: Asmalizan Ismail via Mahn

Published by
Faridah Talib