Gordon Ramsay , chef selebriti yang tidak asing dan kedua terbaik di mata dunia kini bakal meluaskan empayarnya dengan membuka restoran di Malaysia. ( restoran ke-36)

Nama Ramsay popular dengan program realiti televisyen seperti Kitchen Nightmares, Hell’s Kitchen dan Master Chef. Sepanjang kariernya, Ramsay telah menerima 16 bintang Michelin, walaupun ketika ini memegang 7 bintang. Restoran Gordon Ramsay di London, merupakan restoran terlama di London yang mendapat tiga bintang Michelin.

Gordon Ramsay Pilih Malaysia Buka Restoran Ke-36

Buat pencinta makanan akan dapat memanjakan diri dengan pengalaman bersantap secara mewah dan menenangkan di Sunway Resort, Bandar Sunway, Kuala Lumpur.

Ads

Mirip dengan restorannya yang ada di Mayfair, London, Gordon Ramsay Bar & Grill akan menyajikan pelbagai macam sajian untuk pengunjung sepanjang hari. Uniknya, restoran ini juga memiliki menu tertentu yang disediakan sesuai waktu makan, mulai dari sarapan, makan siang, afternoon tea, makan malam, dan bahkan koktel. Makanannya juga beragam, dari aneka snek dan light bites, hingga menu masakan khas Ramsay, seperti Beef Wellington dan Sticky Toffee Pudding.

Gordon Ramsay Pilih Malaysia Buka Restoran Ke-36

Kualitinya tak perlu dipertikai lagi kerana seluruh makanan ini dibuat dari bahan-bahan terbaik dan premium.

Gordon Ramsay Pilih Malaysia Buka Restoran Ke-36

Gordon Ramsay Pilih Malaysia Buka Restoran Ke-36

Perancangannya, Gordon Ramsay Bar & Grill ini akan berlokasi di lantai dasar resort. Menampilkan interior kontemporari yang ikonik, pengunjung diharapkan dapat menikmati keindahan ,berlama-lama bersantap di sini. Di dalam restoran terdapat deretan jendela besar yang menawarkan pemandangan Sunway Lagoon. Ruang makan peribadi juga tersedia untuk acara keluarga mahupun acara khusus lainnya.

Bagi tetamu yang menginap di kamar suite Sunway Resort juga dapat menikmati sarapan setiap harinya di Gordon Ramsay Bar & Grill, yang sudah termasuk dalam kos penginapan.

Ads

Chef terkenal berusia 54 tahun ini tersenarai sebagai selebriti berpendapatan ke-35 tertinggi oleh Forbes.

Gordon Ramsay Pilih Malaysia Buka Restoran Ke-36

Kredit gambar : instagram gordonramsayrestaurants

Buat Pizza Mini Lembut & Gebu Untuk Minum Petang

Ads

Tekstur Mexican Bun Yang Gebu Ni Memang Tak Cukup Satu

Resipi Homemade Cooney Dog, Sebijik Sama Macam Di Restoran!

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI