
Sambal tumbuk ni tengok rupa dah tahu sedap. Dahlah sedap paling mudah dimasak. Janji semua empat bahan tu digoreng dahulu dan kemudian ditumbuk.
Resipi yang dikongsikan oleh SheilaKitchen Home Cooks ni memang senang sangat dicuba. Dahlah tu nampak sedap mengecurkan air liur . Tu baru tengok hidangannya, bila dimakan perrggh boleh bertambah pinggan nasi.
.Kalau min suka cecah roti aje. Jom cuba :
SAMBAL TUMBUK

.
BAHAN-BAHAN :
- 8 biji bawang kecil (merah)
- Sengenggam ikan bilis – beli online DI SINI
- 10 tangkai cili kering
- 6 biji cili padi
- ½ biji limau Kasturi – beli online DI SINI
- Garam secukup rasa

.
CARA MEMASAK :
- Mula-mula gorengkan ikan bilis dan ketepikan.
- Kemudian gorengkan bawang kecil dan cili kering, ketepikan
- Mulakan dengan menumbuk bawang kecil, diikuti dengan cili kering dan cili padi. Perasakan dengan garam.

.
- Kemudian masukkan ikan bilis dan tumbuk kasar.

.
- Akhir sekali perahkan limau Kasturi , dan pastikan rasanya mengikut citarasa kita dan sedap. Siap untuk dihidang.
Sumber : FB SheilaKitchen Home Cooks
ANDA SEDANG MENCARI IKAN BILIS BERMUTU TINGGI, JOM LAYARINYA DI SINI
ANDA MUNGKIN JUGA TERTARIK DENGAN VIDEO MASAKAN INI :
DAN JUGA RESIPI-RESIPI INI :
Tiga Hidangan Sampingan Bersambal Yang Enak dan Menawan Selera
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Kerabu Kaki Ayam Campur Mangga Muda. Sangat Sedap & Cukup Rasa

Bagi penggemar hidangan kerabu, sajian Kerabu Kaki Ayam perkongsian saudari Ninie Zaini ni antara yang mudah dan boleh dicuba. Tidak menggunakan banyak bahan malah ia juga mempunyai rasa yang sedap. Cukup rasa pedas, manis, masam dan masinnya. Penambahan hirisan mangga muda dan suhun menjadikan sajian ini bertambah enak dan mengenyangkan. Berbaloi sangatlah untuk dicuba.
CARA MASAK KERABU KAKI AYAM SIMPLE

BAHAN-BAHAN:
- Kaki ayam
- Suhun
BAHAN HIRIS HALUS:
3 biji tomato
1 biji bawang besar – beli online disini
3 batang serai
1 kuntum bunga kantan
Daun ketumbar
2-3 biji cili padi Vietnam
2-3 biji cili padi kampung
1 biji buah mangga
BAHAN SOS:
2 biji limau nipis – ambil jus
Sedikit garam halus – beli online disini
Sedikit gula – beli online disini
Sedikit perasa
Sedikit sos ikan – beli online disini

CARA MEMASAK:
1.Bersihkan kaki ayam dan rebus hingga empuk dan lembut.
2. Asingkan kaki ayam dan buang bahagian tulang yang keras. Ketepikan.
3. Hiris halus semua bahan-bahan yang perlu dihiris. Anda juga boleh menambah aneka ulaman lain jika suka. Semua bergantung pada cita rasa masing-masing.
4. Dalam mangkuk berasingan, satukan jus limau nipis, sedikit garam, gula, perasa dan sos ikan. Sebatikan.
5. Masukkan kaki ayam yang dipotong kecil tadi dan juga bahan-bahan hiris. Gaul rata hingga semuanya sebati dan bergaul sempurna.
6. Kerabu Kaki Ayam yang sedap dan menyelerakan ini sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Ninie Zaini
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Masak Dulu Guna Bahan Perap. Ini Rahsia Masak Ayam Bakar Rempah Paling Enak
Resipi Bengkang Ubi Pandan. Mudah, Sedap & Tak Guna Banyak Bahan
Tat Telur Homemade Lagi Sedap Dari Bakeri. Ini Cara Mudah Hanya Guna 6 Bahan.
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Cara Masak Nasi Kunyit Gulai Ikan Tongkol, Gerenti Tak Menyesal Buat

Nasi Kunyit Gulai Ikan Tongkol ini cukup popular di negeri pantai Timur. Menu ini juga turut menjadi pilihan di negeri-negeri lain juga. Mungkin biasanya kita selalu beli sahaja di luar tapi kali ini kita cuba pula masak sendiri. Pasti ia menjadi kegemaran seisi keluarga selain menambah variasi menu hidangan. Jom kita cuba resipi yang dikongsikan oleh Mat Din ini.
RESIPI NASI KUNYIT GULAI IKAN TONGKOL

GULAI IKAN
BAHAN-BAHAN:
Ikan aye hitam (ikan tongkol hitam) 1 ekor ~ 800/900 gm
500 gm santan
2 peket kecil rempah gulai cap Ros –BELI ONLINE
1/3 sudu teh rempah masak cap Ros P- BELI ONLINE
Bawang merah + bawang putih + halia + lengkuas (kisar) – banyak mana itu ikut rasa anda. Kalau bahan kisar banyak, kuah jadi pekat. Boleh guna 5 biji bawang merah + 5 ulas bawang putih
2 sudu besar cili boh (letak lebih kalau nak pedas sikit dan merah kuahnya)
Lada Thai
CARA MEMBUAT:
1. Ikan rebus dulu dengan asam keping dan garam.


2. Reneh/masak santan sampai pecah minyak, kalau kurang minyaknya boleh tambah minyak masak biasa.
3. Masukkan/tumis bahan kisar sampai pecah minyak.
4. Masukkan lada boh, rempah gulai dan rempah masak. Tumis sampai pecah minyak.
5. Masukkan air rebusan ikan sedikit (anggaran 2 cawan) dan air biasa. Jangan banyak air nanti kuah tidak pekat.
6. Perasakan dengan garam dab gula. Kalau ada gula melaka pun boleh tambah sedikit.
7. Masukkan ikan rebus tadi. Akhir sekali masukkan lada Thai. Lada tidak perlu masak lama. Sekejap sahaja. Nanti lada akan lembut dengan kuah yang panas.

NASI KUNYIT
BAHAN-BAHAN:
Beras pulut rendam yang direndam satu malam dengan serbuk kunyit
Santan
CARA MEMBUAT:
1. Kukus pulut dalam 3/4 masak.
2. Gaul pulut dengan santan. Masukkan garam secukup rasa dan sedikit gula.
3. Kukus semula sampai masak supaya tahan lebih lama (tidak mudah basi). Hidangkan bersama pulut yang sudah siap dimasak tadi.

Sumber kredit: Mat Din via Masakan Terengganu
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Jom Masak Kuah Hitam, Pemilik Restoran Nasi Kandar Sendiri Yang Kongsi Resipi
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Kalau Tak Pedas Makan Tak Lalu! 6 Resipi Sambal Buat Pencetus Selera..

Kata orang kalau tidak pedas, makan tidak berselera. Kerana itulah sambal sering menjadi menu tetap tidak kiralah hidangan makan tengahari ataupun malam. Untuk anda yang menjadi sambal sebagai wajib ada di meja makan, berikut enam resipi sambal yang boleh dicuba dan mudah disediakan
1. SAMBAL SOTONG

BAHAN-BAHAN:
- 500gm sotong | lebih kurang 4-5 ekor dan bersihkan
- 1biji bawang besar | hiris bulat
- Bahan Kisar:
- 5 tangkai cili kering
- 5 tangkai cili merah
- 4 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 2 cm halia
- 1 batang serai
- ½ sudu makan sos tomato
- ½ sudu makan sos cili
- Garam, gula dan perasa secukupnya
- Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Panaskan air, celur sotong seketika, angkat dan toskannya.
- Panaskan minyak masak dalam kuali dan tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak.
- Masukkan sos cili, tomato, hirisan bawang besar, garam, gula dan perasa secukupnya.
- Akhir sekali masukkan sotong, gaul rata.
- Selepas dua minit, tutup api dan hidangkan.
INFO CHEF: Jika anda suka sotong juga boleh dihiris bulat.
….
2. SAMBAL AYAM

BAHAN-BAHAN:
- 500gm ayam, potong sederhana
- 2 batang serai |titik
- Sedikit air asam jawa
- Garam dan gula secukupnya
- Minyak masak untuk menggoreng dan menumis
Bahan Kisar:
- 15 tangkai cili kering
- 6 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 2 cm halia
- 2 cm lengkuas
CARA MEMBUAT:
- Panaskan minyak, gaulkan ayam dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Goreng separuh masak, angkat dan ketepikan.
- Keluarkan sebahagian minyak, tinggal sedikit untuk menumis bahan kisar hingga pecah minyak dan naik bau.
- Masukkan air asam jawa, serai, garam, gula dan perasa secukupnya.
- Masukkan ayam, dan gaul rata sehingga sekata sebelum diangkat dan dihidangkan.
INFO CHEF:
Ayam sambal enak dihidangkan dengan pelbagai jenis nasi.
….
SAMBAL TELUR PUYUH

BAHAN-BAHAN:
- 30 biji telur puyuh |rebus dan buang kulit
- Sedikit air asam jawa
- Garam dan gula secukupnya
- Minyak masak untuk menggoreng dan menumis
- Bahan Kisar:
- 10 tangkai cili kering
- 5 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 2 cm halia
- batang serai |titik
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak dan naik bau.
- Masukkan air asam jawa, serai, garam, gula dan perasa secukupnya.
- Masukkan telur, gaul rata bebepa minit.
- Setelah masak, angkat dan hidangkan.
INFO CHEF:
Sambal telur puyuh boleh dijadikan hidangan sampingan untuk lontong atau nasi.
….
4. SAMBAL BILIS

BAHAN-BAHAN:
- 1 cawan ikan bilis
- 1 biji bawang besar | hiris
Bahan Kisar:
- 12 biji cili padi
- 4biji cili merah
- 1 biji bawang besar
- 2 ulas bawang putih
- 2 ulas bawang merah
- 1 sudu makan air asam jawa
- Sedikit belacan | jika suka
- Garam dan gula secukupnya
- Minyak masak untuk menumis secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, kemudian goreng ikan bilis separuh masak, angkat dan ketepikan.
- Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
- Tumiskan hirisan bawang besar, kemudian masukkan bahan kisar.
- Tumis sehingga pecah minyak, masukkan ikan bilis goreng tadi bersama air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
- Kecilkan api, terus kacau sehingga sambal pecah minyak dan garing,
- Tutup api, angkat dan hidangkan.
INFO CHEF:
Boleh juga tukar cili dengan cili kering, ikut cita rasa anda.
…
5. SAMBAL BELACAN TOMATO

BAHAN-BAHAN:
- 3 biji cili merah
- 4 biji cili padi
- Sedikit belacan bakar
- 1 sudu makan jus limau nipis
- 1 ½ biji tomato | potong dadu
- Sedikit garam dan gula |sebagai penambah rasa
CARA MEMASAK:
- Tumbuk cili merah, cilik padi dan belacan hingga lumat.
- Masukkan tomato yang telah dirembus, lenyekkan sehingga sebati dengan cili dan belacan.
- Masukkan tomato yang dipotong dadu bersama jus limau nipis, garam dan gula secukup rasa.
- Gaul sebati, kemudian boleh dihidangkan bersama ulam-ulaman.
INFO CHEF:
Jika tidak mahu menggunakan tomato boleh tukar dengan belimbing buluh.
….
6. IKAN TERUBUK MASIN GORENG BERCILI

BAHAN-BAHAN:
- 1 potong ikan masin terubuk
- 1 biji bawang besar | hiris bulat
- 1 ulas bawang putih |titik
- 1 biji tomato |dadu kecil
- 4 tangkai cili kering |potong kecil
- 1 sudu kecil jus limau nipis
- Garam dan gula secukupnya
- Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, goreng ikan hingga garing. Angkat dan masukkan dalam pinggan.
- Keluarkan minyak dan tinggalkan sedikit untuk menumis bawang merah, bawang putih dan cili kering.
- Masukkan garam dan gula secukup rasa.
- Tutup api dan masukkan hirisan tomato. Gaul rata dan tuang atas ikan goreng.
INFO CHEF:
Selain ikan terubuk, boleh tukar dengan ikan tenggiri jeruk.
….
PENYELARAS: NORASIDA MOHAMAD YASIN
FOTO: UNIT FOTO KARANGKRAF


