Goreng Dan Tumbuk, Sambal Ekspres Empat Bahan Aje

Share

Sambal tumbuk ni tengok rupa dah tahu sedap. Dahlah sedap paling mudah dimasak. Janji semua empat bahan tu digoreng dahulu dan kemudian ditumbuk.

Resipi yang dikongsikan oleh SheilaKitchen Home Cooks ni memang senang sangat dicuba. Dahlah tu nampak sedap mengecurkan air liur . Tu baru tengok hidangannya, bila dimakan perrggh boleh bertambah pinggan nasi.

.Kalau min suka cecah roti aje. Jom cuba :

SAMBAL TUMBUK


.

BAHAN-BAHAN :


.

  • 8 biji bawang kecil (merah)
  • Segenggam ikan bilis
  • 10 tangkai cili kering
  • 6 biji cili padi
  • ½ biji limau Kasturi
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :

  1. Mula-mula gorengkan ikan bilis dan ketepikan.
  2. Kemudian gorengkan bawang kecil dan cili kering, ketepikan
  3. Mulakan dengan menumbuk bawang kecil, diikuti dengan cili kering dan cili padi. Perasakan dengan garam.



.

3. Kemudian masukkan ikan bilis dan tumbuk kasar.


.

4, Akhir sekali perahkan limau Kasturi , dan pastikan rasanya mengikut citarasa kita dan sedap. Siap untuk dihidang.


.

Sumber : FB SheilaKitchen Home Cooks

Published by
Faridah Talib