Sedapnya Bihun Sup perkongsian Cikgu Afy Al Habibini. Bahan-bahannya sangat ringkas dan mudah. Bagi anda yang tercari-cari resipi bihun sup mudah, sedap dan mengenyangkan, resipi ni antara yang boleh dicuba. Rupanya ada petua untuk menikmati semangkuk bihun sup yang enak. Selain penggunaan bahan-bahan yang berkualiti, ada penambah rasa sampingan yang perlu anda tambah. Pastikan ada sambal kicap. Ha..Barulah lebih nikmat. Resipinya juga ada di bawah ya. Pasti puas hati.
CARA MEMASAK: 1. Untuk menyediakan sup, masukkan isi, kaki dan leher ayam ke dalam periuk. 2. Penuhkan air dan masukkan sup bunjut. Biar kuah mendidih perlahan. 3. Perasakan dengan kiub pati ayam serta garam secukupnya. 4. Bila kuah sudah berperisa dan masak sempurna, keluarkan isi ayam dan sup bunjut.
Ads
5. Panaskan minyak dan goreng isi ayam yang dikeluarkan tadi hingga kekuningan. Carik-carikkan isinya. Ketepikan.
6. Dalam periuk lain, didihkan air dan celur bebola ikan. Angkat dan ketepikan. 7. Seterusnya, celur sawi seketika. Angkat dan rendam dalam air sejuk bagi mengekalkan warna serta kerangupannya. Toskan.
8. Kemudian celur bihun dalam air yang ditambah sedikit serbuk kunyit. Bila lembut, tapis airnya dan lalukan di bawah air. Toskan.
9. Untuk menikmati Bihun Sup, masukkan bihun, kuah dan lengkapkan dengan isi ayam, fishball serta sayur. Tabur dan sup serta bawang goreng. 10. Untuk rasa lebih sedap, nikmati Bihun Sup bersama Sambal Kicap dan perahan jus limau.
CARA MEMASAK: 1. Goreng cili padi hijau dan bawang putih seketika. Masukkan ke dalam bekas pengisar. 2. Tambahkan kicap lemak manis hingga menutupi paras cili padi dan bawang. 3. Masukkan juga sedikit kicap cair, kicap pekat, sedikit gula dan secubit garam. Kisar lumat. 4. Tuang dalam mangkuk dan nikmati bersama Bihun Sup.
Resipi colek kaki ayam, kalau tak pernah makan kena cuba. Sebabnya ia antara cara masak kaki ayam yang sedap.
Selain itu paling penting bahagian kaki ayam ini kaya kandungan kolagen, asid hyaluronic, protein dan mineral yang menyokong kesihatan kulit, rambut, kuku, sendi, dan tulang.
Kolagen dan asid hyaluronic ini turut digelar ‘fountain of youth’ kerana ia boleh menghalang kesan-kesan penuaan. Kalau suka makan tak mustahil nampak awet muda walau dah berusia.
Namun sebelum masak kaki ayam paling utama adalah membersihkan dan memasaknya dengan betul untuk mengelakkan bakteria dan menjaga khasiatnya.
Resipi Colek Kaki Ayam
Bahan-bahan
30 batang kaki ayam (bersih, rebus dengan halia & asam keping untuk hilangkan bau)
2 biji cili besar
12 biji cili padi (merah & hijau)
8 ulas bawang putih
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos ikan
3 sudu besar cuka makan
1/4 keping nisan (boleh ganti gula melaka)
Garam, gula & perasa secukup rasa
Daun ketumbar (hiris untuk hiasan)
Cara Penyediaan Colek Kaki Ayam
1. Kisar cili besar, cili padi dan bawang putih hingga halus.
2. Tumis bahan kisar dalam kuali hingga naik bau.
3. Masukkan kicap manis dan sos ikan, gaul rata.
4. Masukkan kaki ayam yang telah direbus, kacau hingga sebati.
5. Tambahkan cuka, garam, gula serta nisan. Perasakan ikut cita rasa.
6. Masak hingga kuah mendidih dan sebati dengan kaki ayam.
7. Siap untuk dihidangkan. Taburkan daun ketumbar sebagai hiasan.
Tip
Kalau suka lebih pedas, tambah lagi cili padi dalam kisaran.
Untuk rasa lebih kaya, boleh tambah sedikit air rebusan kaki ayam ke dalam kuah.
Colek ini sedap dimakan panas-panas bersama nasi putih atau roti.
Kacang Pedas Bilis memang sedap dijadikan kudapan. Malah ada juga yang menikmatinya dengan nasi, roti, lempeng dan sebagainya. Kombinasi rasa pedas, manis dan masin membuatkan kudapan ini digemari ramai. Ada yang pernah cuba buat tapi tak menjadi? Kacang dan bilis jadi lemau dan tak rangup. Hurm…Jangan kecewa, saudari Faizah Md Zainada kongsikan resipi Kacang Pedas Bilis cara beliau. Mana tahu menjadi elok kali ni kan? Jom cuba.
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak masak dengan banyak dan goreng kacang tanah guna api yang perlahan. Proses menggoreng ini akan ambil masa. 2. Bila kelihatan hampir garing, angkat dan toskan minyaknya. 3. Goreng pula ikan bilis sampai garing dan toskan minyaknya. 4. Keluarkan minyak tadi dan tinggalkan dalam sesenduk sahaja dalam kuali. 5. Tumis bawang putih tadi sampai sedikit kekuningan. 6. Masukkan lada mesin @ cili giling, gula, garam, gula merah, gula batu dan air. Masak guna api perlahan sampai likat dan pekat sambil tambah perasa yang tidak cukup. 7. Bila sudah cukup semua rasa, tutup api dan biarkan sejuk. 8. Bila sambal sudah betul-betul sejuk, barulah gaulkan dengan kacang dan juga bilis hingga rata.
9. Masukan dalam tapis untuk toskan minyak dan simpan Kacang Pedas Bilis dalam bekas bertutup. Siap dan sedia untuk dinikmati.
Setiap kali Raya, pasti majoriti daripada kita semua puas melihat bagaimana ibu bapa kita menyiapkan persiapan lauk untuk Raya yang kadang-kadang rasa sangat kagum dengan semangat dan cara mereka mebahagikan tugas walaupun penat berpuasa. Bukan mudah untuk menyediakan lebih dari satu menu dalam kuantiti yang banyak. Lauk Raya biasanya memang akan di masak dalam kuantiti yang banyak untuk dijamu kepada setiap tetamu yang datang menziarah.
Ini 4 menu wajib ada ketika Raya yang kebanyakan daripada kita memilih menu ini untuk disediakan di rumah.