Sedapnya kalau dapat makan Bakwan panas-panas. Cicah pula dengan sos, memang tak toleh kiri kanan. Selain disajikan ketika sarapan, Bakwan ni juga boleh dinikmati tatkala minum petang. Nak cuba masak hari ni? Saudari Siti Khajar ada kongsikan resipinya. Jom cuba!
Apam kampung ini hanya guna 4 bahan je. Tapi gerenti jadi. Bahkan rasanya sedap dan pasti dapat memenuhi cita rasa kita. Tak percaya? Kena cuba sendiri.
Macam-macam apam yang ada sekarang termasuklah yang telah diubahsuai mengikut zaman. Namun, apa yang simple, resipi orang dulu-dulu tetap jadi pujaan. Walau pun pembuatan dan bahannya simple tapi rasanya tetap sedap.
Ikut saja resipi yang dikongsikan oleh puan Nurliya Liya ini. Cukup mudah.
Masak gula merah dan air. Kemudian biarkan suam. Setelah itum tapis dan masukkan ke dalam tepung. Gaul sebati.
Setelah itu, masukkan mauripan. Gaul smpai licin dan tak bergentel. Boleh guna whisk @ blender. Kemudian perap selama I jam.
Panaskan periuk kukusan. Sapukan loyang dengan minyak. Tuangkan adunan apam tadi ke dalam loyang. Tapi jangan kacau-kacau. Terus kukus selama 1/2 jam. Siap!
Jangan pening nak sediakan hidangan apa untuk famili bersarapan di rumah. Cheese Roll dan Sardine Roll sangat sesuai untuk sarapan. Nak hidangkan pun senang. Cuma goreng saja. Buat banyak, boleh simpan sejuk beku. Esok-esok nak makan, ambil dan gorengkan saja. RASA kongsikan resipi untuk anda buat dua jenis roll ini di rumah. Anak-anak pun suka makan roll macam ni.
CHEESE ROLL
Bahan untuk doh
1 kg tepung gandum (BELI DI SINI)
1 cawan minyak masak (dipanaskan)
1cawan mentega (cairkan dalam periuk) (BELI DI SINI)
2 sudu besar gula pasir
1 sudu besar garam (BELI DI SINI)
2 biji telur ayam
250 ml air
Bahan inti
Sekeping keju
Cara membuat
1. Sediakan tepung dalam bekas. Masukkan minyak masak.
2. Masukkan mentega. Uli sedikit.
3. Masukkan gula dan garam yang dilarutkan dalam air terlebih dahulu.
4. Masukkan telur ayam satu demi satu.
5. Masukkan air sedikit demi sedikit. Uli sehingga lembut dan tidak melekat di tangan.
6. Ambil sedikit doh dan uli memanjang.
7. Letakkan keju dan gulung rapi.
8. Goreng dengan minyak panas menggunakan api sederhana.
9. Angkat dan toskan.
SARDIN ROLL
Bahan untuk doh
1 kg tepung gandum (BELI DI SINI)
1 cawan minyak masak (dipanaskan)
1cawan mentega (cairkan dalam periuk) (BELI DI SINI)
2 sudu besar gula pasir
1 sudu besar garam (BELI DI SINI)
2 biji telur ayam
250 ml air
Cara membuat
1. Sediakan tepung dalam bekas. Masukkan minyak masak.
2. Masukkan mentega. Uli sedikit.
3. Masukkan gula dan garam yang dilarutkan dalam air terlebih dahulu.
4. Masukkan telur ayam satu demi satu.
5. Masukkan air sedikit demi sedikit. Uli sehingga lembut dan tidak melekat di tangan.
Bahan inti
Minyak masak untuk menumis
2 sudu besar cili kisar
3 ulas bawang putih (dicencang)
1 biji bawang besar (dicencang)
3 biji cili padi
1 biji kentang (potong dadu)
1 tin kecil sardin
Garam secukup rasa (BELI DI SINI)
Cara membuat
1. Masukkan minyak masak ke dalam kuali.
2. Tumis cili kisar.
3. Masukkan bawang putih dan bawang besar.
4. Masukkan cili padi. Tumis sehingga agak kering.
5. Masukkan kentang. Kacau dan biarkan kentang masak.
6. Masukkan sardin dan garam. Biarkan masak. Angkat.
Cara penyediaan
1. Ambil sedikit doh dan gelek gunakan penggelek secara memanjang.
2. Letakkan inti sardin. Gulungkan doh dengan kemas.
3. Panaskan minyak masak dan goreng sehingga kekuningan.
4. Angkat dan toskan.
Sekarang musim orang kahwin, macam-macam jenis doorgift termasuklah makanan yang disediakan sebagai doorgift. Jika anda masih tercari-cari apa apa yang ingin dijadikan hadiah sebagai buah tangan kepada tetamu yang hadir. Apa kata anda pilih kek, brownies dan cookoes yang boleh disediakan sendiri buah tangan tetamu, pasti anda puashati dan lebih jimat. Kalau ingin mencuba, ini lapan idea doogift siap dengan resipi yang disediakan oleh Khairil Anuar Azman, pemilik Instagram Bakeril.
BUTTERCAKE NUTTELA
BAHAN-BAHAN:
250gm mentega
180gm gula kastor
210gm tepung naik sendiri
1/2sudu teh baking powder
1/2 sudu teh baking soda
1 sudu teh esen vanilla
Nuttela
BAHAN HIASAN:
Kotak plastik | untuk bekas
Cawan kertas saiz sederhana | untuk lapik kek
RibEN | untuk hiasan
CARA MEMASAK:
Ayakkan tepung bersama baking soda dan baking powder
Masukkan mentega, gula kaster, esen vanilla dalam mesin putar. putar sehingga kembang dan fluffy.
Masukkan telur satu persatu. pukul sehingga sebati.
Akhir sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit. Pukul sehingga sebati dan rata.
Masukkan dalam loyang kemudian lapiskan dengan nuttela dan tuang adunan sehingga habis.
Bakar dalam ketuhar dengan suhu 180 celsius selama 40-45 minit.
Potong ikut saiz yang sesuai dan masukkan dalam bekas untuk doorgift. hiaskan.
ALMOND BROWNIES
BAHAN-BAHAN
100gm tepung naik sendiri
100gm badam hirisan badam | goreng sangai
30gm serbuk koko
400gm bar coklat
150gm mentega
180gm brown sugar
4 biji telur saiz besar
1 sudu teh esen vanilla
BAHAN HIASAN:
Bekas plastik bertutup
Riben
Kertas Dolly saiz kecil
CARA MEMASAK:
Cairkan coklat bar dan mentega kacau sebati.
Seterusnya kacau telur bersama gula perang sehingga sebati bersama esen vanilla
Dalam bekas lain campurkan adunan coklat tadi dan adunan telur kacau sebati.
4. Akhir sekali ayakkan tepung dan coklat dalam adunan di atas dan kacau semua.
Tuang dalam loyang saiz 10×10 inci, bakar selama 30 minit dengan suhu 160 celsius.
Selepas sejuk, potong ikut saiz yang sesuai dan sedia dihias untuk doorgift.
CONGO BAR
BAHAN-BAHAN:
300gm tepung gandum
2 sudu teh serbuk penaik
150gm mentega
1 sudu teh garam
300gm brown sugar
3 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanilla
2 cawan cip coklat
1 cawan badam nib
BAHAN HIASAN:
Kotak lutsinar
Kertas dolly saiz kecil
Riben
CARA MEMASAK:
Panaskan ketuhar dengan suhu 160 celsius
Pukul mentega sehingga lembut dan cerah warnanya dengan mesin putar.
Masukkan gula perang, telur dan esen vanilla selang dua tiga kali dan pukul sebati.
Seterusnya masukkan tepung yang diayak bersama serbuk penaik kacau dengan spatula sehingga semua bahan sebati.
Akhir sekali masukkan cip coklat dan badam nib, gaul rata.
Setelah siap semua, masukkan dalam loyang 10×10 inci dan taburlah lebihan cip coklat dan badam nib di atasnya.
Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan tadi selama 30 minit dengan suhu 160 celsius.
Sejukkan sebelum dipotong dan dijadikan doorgift.
MACROON
BAHAN-BAHAN:
2 biji telur ayam | ambil putih telur sahaja
60gm gula kastor
140gm gula icing
80gm badam serbuk
Pewarna merah jambu
Jem Strawberri | untuk ganache
BAHAN HIASAN:
Tin cenderhati kecil bentuk bulat bertutup
Hiasan bunga riben
Guntingan kertas
CARA MEMASAK:
Sediakan dulang pembakar, boleh lorekkan bulatan saiz syiling 50 sen lama (kat bakeri dah ada jual silikon utk macaroon ).
Ayakkan badam serbuk dengan gula icing, ketepikan sekejap.
Pukul putih telur menggunakan pemutar dengan kelajuan maksima dan masukkan gula kastor sedikit demi sedikit sehingga adunan kental dan ‘bertanduk’ dan nampak berkilat dan ringan.
Cuba terbalikkan , jika tidak jatuh. sudah jadi.
Masukkan 1/4 campuran serbuk badam dan gula icing tadi ke dalam putih telur. Sebatikan dengan spatula.
Setelah rata masukkan baki serbuk badam tadi sedikit demi sedikit dan gaulkan sehingga adunan sempurna dan masukkan pewarna dan gaul rata.
Masukan adunan ke dalam piping bag
Ppicitkan di atas dulang pembakar tadi dan rehatkan seketika dalam 15 minit.
Panaskan ketuhar terlebih dahulu, kemudian bakar dengan suhu 140 celsius selama 15 minit.
Setelah masak biarkan sejuk seketika.
Letakkan ganache dibahagian bawah macroon kemudian kepilkan dua macroon jadi satu.
Macroon sedia untuk dijadikan doorgift.
BUBBLERICE CHOCOLATE IN JAR
BAHAN-BAHAN:
600gm chocolate bar cadbury
12 cawan bubble rice
6 sudu minyak jagung
3 sudu makan mentega
BAHAN HIASAN:
Botol kaca
Kertas hiasan
Tali hiasan
Tag ‘Terima Kasih’
CARA MEMASAK:
Goreng tanpa minyak bubble rice beberapa minit. ketepikan dan sejukkan.
Cairkan coklat bersama minyak dan mentega. guna kaedah double boil.
Biarkan bahan ini agak sejuk.
Masukkan bubble rice ke dalam jar sehingga hampir penuh.
Kemudian curahkan adunan coklat tadi sehingga hampir menyelaputi bubble rice.
Tutup jar dan sedia untuk hiasan.
RED VELVET COOKIES IN JAR
BAHAN-BAHAN:
200gm mentega
30gm lemak sayur
200gm gula kastor
1 biji telur ayam
300gm tepung rose
30gm serbuk koko
50gm tepung jagung
1/2 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh cuka
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh pewarna merah
150gm coklat cip putih
BAHAN HIASAN:
Botol plastik bertutup
Riben
Tag ‘Terima Kasih’
CARA MEMASAK:
Ayak tepung, baking soda, serbuk koko, tepung jagung. Ketepikan
Dalam satu bekas adunan, pukul mentega, gula kastor, lemak sayuran sehingga sebati dan kembang.
Masukkan telur dan esen vanilla, pukul lagi.
Seterusnya, masukkan cuka dan pewarna pukul sehingga semua sebati.
Kemudian masukkan adunan tepung tadi dan gaul sebati sehingga mendapatkan warna red velvet.masukkan cip coklat putih.
Gentelkan dengan tangan atau guna sudu bentukan ikut cita rasa cookies yang diingini.
Letakkan di atas dulang pembakar.
Bakar dalam ketuhar dengan suhu 150 celsius, selama 20 minit
Setelah masak letak atas gril dan sejukkan. sedia masuk dalam bekasa untuk dijadikan door gift.
COOKIES SUJI KRISTAL
BAHAN-BAHAN:
250gm tepung gandum
250gm badam serbuk
300gm gula icing
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bicarbonat
Gula caster
Minyak sapi
Esen vanila
Pewarna
BAHAN HIASAN:
Kotak lut sinar berpenutup.
Riben
Cawan kertas
CARA MEMASAK:
Cairkan minyak sapi. biarkan agak sejuk
Dalam bekas lain satukan semua bahan di atas.
Kemudian tuang minyak sapi secukupnya dan gaul semuanya membentuk doh dan letakkan pewarna.
Bahagikan doh mengikut warna yang dikehendaki dan adun lah sehingga tidak melekat pada jari
Rehatkan adunan seketika kemudian gentel bulat-bulatkan.
Letakkan di atas dulang bakar. Bakar dalam ketuhar dengan suhu 140 celsius selama 20 minit.
Setelah siap bakar. Tunggu sejuk, dan salutkan dengan gula kastor.
Sedia untuk dimasuk dalam bekas doorgift yang diingini.
KEKACANG DWI WARNA
BAHAN-BAHAN:
2 kg kacang hijau
2kg biji jagung salut tepung
BAHAN HIASAN:
Botol kaca doorgift
Riben besar
Riben bunga
Tag Terima Kasih
CARA MEMASAK:
Masukkan kacang hijau di lapisan bawah.
Kemudian lapiskan dengan jagung salut tepung di bahagian atas.