Grab Melancarkan Grabsupermarket Di Lembah Klang Untuk Penghantaran Barangan Runcit

Share

Grab, aplikasi super terkemuka di Asia Tenggara hari ini mengumumkan pelancaran GrabSupermarket, pertama-satu-satunya pasaraya Grab untuk penghantaran sahaja di rantau ini sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk penghantaran barangan runcit.

Terletak di lokasi yang strategik di kawasan Lembah Klang, GrabSupermarket, yang mula melakukan ujian rintis pada beberapa minggu yang lalu, memenuhi permintaan pembeli runcit dalam talian yang semakin meningkat di kawasan ini yang mencari cara yang senang dan mudah diakses untuk menambah semula barangan runcit mingguan mereka di GrabMart. GrabSupermarket kini menghantar lebih daripada 2,500 produk termasuk pelbagai pilihan barangan rumah, keperluan dapur, barangan kecantikan dan kesihatan serta produk segar

yang diperolehi dari gudangnya.

Dengan kos penghantaran percuma, GrabSupermarket membawa hasil segar yang berpatutan dan berkualiti tinggi ke pintu rumah pelanggan dengan nilai maksimum dan kesegaran dalam masa 24 jam.

“Model penghantaran pada keesokan harinya membolehkan kami memastikan hasil produk dihantar dari pelbagai rakan kongsi ladang dan pembekal dihantar terus kepada kami, dan dari kami kepada pelanggan, semuanya dalam masa 24 jam. Kami melihat penerimaan yang luar biasa ke atas GrabSupermarket dalam kalangan pengguna semasa fasa percubaan, dengan hasil segar seperti sayur-sayuran segar, buah-buahan dan hasil ternakan merangkumi hampir 50% pesanan kami. Di samping itu, dengan GrabRewards, pelanggan Platinum Grab memperolehi penjimatan sehingga 5% untuk semua barangan runcit mereka dengan GrabSupermarket, GrabPay Credits dan Maybank Grab Mastercard Platinum Credit Card,” kata Sean Goh, Pengarah Urusan Grab Malaysia.

“Cita-cita kami adalah untuk menawarkan pelbagai pilihan barangan runcit dengan harga terbaik, kesegaran yang maksimum dan tanpa bayaran penghantaran kepada setiap isi rumah di Malaysia. Di samping itu, kami berharap GrabSupermarket akan mewujudkan lebih banyak peluang pendapatan untuk semua pemandu kami,

“tambah Sean Goh, Pengarah Urusan Grab Malaysia.

Sejak memulakan ujian rintis terhad di Petaling Jaya tiga minggu yang lalu, GrabSupermarket telah memenuhi ribuan penghantaran. Dengan pelancaran hari ini, GrabSupermarket akan tersedia di seluruh Lembah Klang.

Melangkah ke hadapan, Grab merancang untuk mengembangkan GrabSupermarket dan memperluas ke lebih banyak ibu kota di seluruh negara. Grab juga akan terus melabur untuk membangun dan meningkatkan pengalaman melayari pasaraya dalam aplikasi bagi memberikan pengalaman terbaik pelanggan ketika membeli-belah barangan runcit. “Kami telah didorong oleh sambutan daripada ekosistem rakan kongsi dan pelanggan kami, dan kami sangat komited untuk terus meningkatkan perkhidmatan dengan pengalaman pelanggan yang terbaik kepada setiap rakyat Malaysia,” kata Goh.

GrabSupermarket adalah kesinambungan daripada GrabMart, perkhidmatan penghantaran barangan dan barangan runcit segera Grab yang berkembang pesat yang terdapat di lapan buah negara di Asia Tenggara dan lebih daripada 70 bandar. GrabMart mempunyai lebih 12,000 kedai runcit sebagai rakan kongsi di rantau ini, memberikan pelanggan Asia Tenggara cara mudah untuk mengakses produk keperluan dan yang paling laris atas permintaan dalam masa 30 minit.

Published by
Nur