
Rasanya sungguh tersendiri, pedas, sedap, masam dan memang sesuai sebagai juadah yang boleh memikat selera makan. Inilah yang istimewanya masakan autentik Gulai Asam Rong Ayam Kampung. Selain ayam kampung korang boleh tukar dengan ikan sungai lagi sedap.
GULAI ASAM RONG AYAM KAMPUNG
BAHAN-BAHAN:
- 1kg ayam kampung | potong kecil & bersihkan
- 5-6 tangkai daun kesum
- 1 kuntum bunga kantan | belah empat
- 5 biji terung telunjuk
- 3 sudu makan asam rong
- 1 keping asam gelugor
- Garam dan perasa secukup rasa
- Air secukupnya
BAHAN KISAR:
- 30 biji cili padi
- 4cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
- Masukkan dalam periuk air, bahan kisar dan asam rong, kacau rata.
- Renehkan atas dapur, bila mendidih masukkan ayam.
- Apabila ayam masak, masukkan asam gelugor, terung, bunga kantan dan daun kesum.
- Setelah sayur layu masukkan garam dan perasa secukupnya.
- Tutup api bila cukup rasa.
- Gulai sedia dihidangkan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kuih Bait, Antara Kuih Lama Yang Susah Nak Jumpa

Kuih muih tradisi yang sudah zaman berzaman memang sedap. Kosnya pun murah berbanding kuih moden. Bahannya pun ringkas sahaja
Kuih bait, antara kuih lama yang susah nak jumpa. Menerusi perkongsian daripada saudara Muliadi Ramli, rasanya sedap kenyal-kenyal dengan inti kacang hijau.
RESIPI KUIH BAIT
BAHAN DOH:
150gm tepung pulut – beli online di sini
2 sudu besar tepung gandum – beli online di sini
2 kerek kecil nise Kelantan – beli online di sini
100ml santan (1/2 kotak kecil) – beli online di sini
150ml air
2 helai daun pandan
Secubit garam
TONTON Dapur Rasa Live: Muffin Coklat Biscoff Lotus
TONTON Dapur Rasa Live: Buttermilk Spaghetti & Mac and Cheese
CARA MEMBUATNYA:
1. Masak nisse dengan santan, air dan daun pandan. Biar cair kesemuanya. Ketepikan.
2. Campurkan tepung pulut dan tepung gandum, gaul sebati. Masukkan air nisse tadi.
3. Uli sampai jadi doh dan tidak melekat di jari. Rehatkan doh dalam 1 jam paling kurang.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
BAHAN INTI KACANG HIJAU:
120gm kacang hijau | rendam 3 jam, dimasak sampai empuk
100ml santan
2 biji bawang merah | dimayang & ditumis – beli online di sini
½ kerek kecil nisse
2 sudu besar gula –beli online di sini
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
CARA MEMBUATNYA:
1. Rebus kacang. Apabila sudah empuk, masukkan nisse, santan dan gula.
2. Apabila hampir kering dan pekat, masukkan bawang yang ditumis tadi. Masak sampai kacang jadi kering dan pekat.
3. Apabila bahan semua dah siap, layur daun pisang dan kemudian sapukan sedikit minyak. Ambil doh bentukkan bulat, masukkan inti kacang, bulatkan kembali.
4. Kemudian buat kelongsong atau kon dari daun pisang. Kukus selama 20 ke 25 minit. Siap untuk dimakan.
Kredit resipi: Muliadi Ramli
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Makan Secara Sihat, Masak Kari Ayam Tanpa Santan

Selalunya bila masak kari, mesti masukkan santan untuk menjadikan rasa berlemak dan sedap.
Rupanya, boleh juga masak kari tanpa menggunakan santan dan rasanya tetap sedap dan berlemak! Malah boleh tahan lama lagi tau.
Resipi kari ayam tanpa santan yang dikongsikan Hajar Mohd ini, sesuai buat mereka yang inginkan hidangan secara sihat dan menjaga kesihatan.
KARI AYAM TANPA SANTAN
BAHAN-BAHAN:
3 tangkai daun kari
1 biji bawang besar – beli online di sini
Sejemput cili kering | potong pendek-pendek – beli online di sini
Herba empat sekawan
1 sudu besar jintan manis – beli online di sini
1 batang serai – beli online di sini
BAHAN KISAR:
Halia sebesar ibu jari – beli online di sini
5 ulas bawang putih – beli online di sini
1 batang serai
1 labu bawang besar
1 biji tomato
BAHAN REMPAH:
2 sudu makan rempah kari ayam
1 sudu makan rempah kari ikan – beli online di sini
1 sudu makan serbuk kunyit – beli online di sini
2 sudu makan serbuk cili – beli online di sini
*masukkan air * kacau jadi seperti pes
Dapatkan Muzy Stainless Steel Drill-Free Rack dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak. Tumis daun kari, serai, bawang besar, jintan manis dan cili kering sampai garing.
2. Bila dah garing yang tumis tadi. Masukkan bahan kisar macam dalam gambar ya.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
3. Bila dah masak bahan kisar tu sampai terbit minyak, masukkan pes kari kari tadi. Nanti pinggan tu kan ada saki baki pes kari kari tu kan, letak sikit air goyang-goyang dan masuk air tu dalam periuk ya. Waktu ni guna api perlahan. Kita tidak mahu rempah hangit nanti tak sedap.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
4. Bila kari dah masak. Terbit minyak gitu, masukkan ayam dan ubi kentang. Saya guna ayam sebelah jer.
5. Nak bagi cepat masak isi ayam, tutup periuk ya. Ni teknik kawalan haba je. Kalau tak ada penutup pun tak apa.
6. Sekali sekala kena tengok supaya tak hangit ayam. Nampak dah nak kering tu, bolehlah tambah air. Biarkan masak sempurna ya.
7. Sempurnakan rasa dengan garam dan perasa yang anda suka. Anda suka masam, bolehlah letak asam keping atau asam jawa. Saya tak letak asam pun.
8. Anda boleh ganti asam asam tu dengan perahan lemon.
9. Kemudian, masukkan tomato. Potong dan masukkan. Kacau-kacau sekejap. Bila dah masak, boleh tutup api.
Kredit resipi: Hajar Mohd
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Kek Kelapa Mudah & Sedap Tanpa Tepung, Mentega, Tak Guna Mesin
Kuih Lejen Puteri Mandi, Sedap Dimakan Dengan Nangka & Kelapa
Wanita Ini Kongsi Tip Rahsia Buat Bahulu Menjadi Cantik & Lembut
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official:
Resipi Kebab Daging 5 Minit. Sedap Macam Beli Dekat Pasar Malam

Bila sebut pasal Kebab Daging, pasti ramai yang menggemari snek jalanan ini. Andai ke pasar malam, ia merupakan salah satu menu yang mudah didapati. Sedap dan mengenyangkan, pasti ramai yang teringin nak makan Kebab Daging yang sedap. Jom cuba buat guna resipi perkongsian saudari Noratiqah Nordin. Nampak mudah dan masaknya juga tidak perlu masa yang lama. Wow… Sesuai sangat untuk ibu-ibu yang tidak ada masa yang lama di dapur. Jom cuba. Pasti puas hati.
CARA MASAK KEBAB DAGING ALA PASAR MALAM YANG SEDAP
BAHAN-BAHAN:
Daging cincang secukupnya
Kubis – potong hancur
Timun – potong memanjang
Sos cili secukupnya – beli online disini
Mayones secukupnya – beli online disini
Minyak masak – beli online disini
Roti pilihan – boleh guna Roti Kebab, Roti John atau Roti sandwich
Tonton video GERENTI JADI: Koleksi Resipi Berasaskan Daging
CARA MEMASAK:
1. Ambil kuali bersesuaian dan masukkan sedikit minyak masak.
2. Masukkan daging dan masak hingg keperangan. Bila daging sudah masak, buang minyaknya.
3. Masukan hirisan kubis ke dalam daging yang sudah dimasak tadi.
4. Masukkan juga hirisan timun, mayones dan juga sos cili.
5. Gaul semua bahan hingga rata.
6. Ambil roti kebab yang sudah potong dua. Boleh juga guna roti kegemaran yang lain.
7. Masukkan inti yang dimasak tadi ke dalam poket roti.
8. Kebab Daging ekspress yang sangat sedap sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Noratiqah Nordin
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Goreng Guna Api Sederhana. Ini Rahsia Buat Karipap Kentang Sedap & Rangup
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official