Anda wajib cuba menu ni, ia sangat sedap dan boleh buat lebih kerana ia bukan hanya boleh dimakan dengan nasi tetapi juga boleh dicicah dengan roti, roti canai dan cucur untuk hidangan sarapan atau minum petang anda sekeluarga. Jimat masa dan tenaga. Untuk resipi penuh anda boleh rujuk di bawah.
GULAI AYAM CINCANG
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam | potong kecil
1 biji tomato | potong empat
10 biji cili padi merah dan hijau | buang tangkai
3 batang serai | titik
1 kiub pati ayam
1 keping asam gelugor
1 sudu makan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
BAHAN KISAR:
10 tangkai cili kering | potong dan rebus kemudian tos
5-6 biji cili padi
3 inci kunyit hidup
2 inci lengkuas
2 batang serai
4 helai daun limau purut | buang urat tengahnya
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
Sedikit belacan | jika suka
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dalam periuk atau kuali.
- Tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
- Kemudian masukkan serai diikuti kiub pati ayam dan ayam.
- Setelah ayam kecut masukkan air, asam keping, asam jawa dan sedikit air.
- Biarkan mereneh hingga ayam empuk.
- Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Sebelum angkat masukkan tomato, cili padi merah dan hijau.
- Setelah cukup rasa dan kuah sedikit pekat. Tutup api.
- Gulai Ayam Cincang sedia dihidangkan.
INFO: Jika anda menggunakan ayam kampung ia lebih sedap. Atau jika ingin menggunakan daging juga boleh. Terpulang pada cita rasa.
Lagi resipi berkaitan:
https://www.rasa.my/rahsia-kurma-ayam-terlajar-sedap-boleh-cuba-ni/
https://www.rasa.my/dua-menu-ayam-sedap-paling-senang-masak-comfirm-sekeluarga-suka/
https://www.rasa.my/opor-ayam-kampung-sedap-padu-masak-pun-senang/
https://www.rasa.my/resipi-ayam-masak-bawang-pulau-pinang-menu-popular-restoran-nasi-kandar/
https://www.rasa.my/cara-buat-ayam-goreng-pandan-thai-yang-sedap-harum-aroma-pandannya/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI