
Lauk pauk padang memang menyelerakan. Kalau dah suka dengan menu lauk padang boleh buat gulai ayam padang. Resepi ni memang menggunakan santan yang banyak. Pasti bertambah makan nanti.
Gulai Ayam Padang
Bahan A:
- Bawang putih*-beli online di sini
- Bawang merah*-beli online di sini
- Halia*-beli online di sini
- Kunyit hidup*
- Cili merah*
- Cili padi*
- Semua bahan bertanda * dikisar
Bahan B
Serai dan lengkuas diketuk,daun limau dan daun kunyit(hiris besar)
Cara memasak:
1.Panaskan minyak, tumis bahan yang dikisar sehingga pecah minyak.
2.Kemudian masukkan ayam biarkan seketika sehingga ayam mula mengecut.Boleh tambah air sedikit biar dalam 10-15 minit.
3.Masukkan bahan B.
4.Masukkan santan, gula, garam dan perasa jika suka.
Kredit: Naddy’s Kitchen
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Sambal Tempe Basah, Sangat Sedap & Cara Masak Pun Mudah
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Ayam Goreng Korea Menu Cuti Sekolah, Goreng Dua Kali Lagi Mantap. Sedap Macam Makan Kat Restoran

Ayam goreng Korea menu kegemaran anak-anak. Sangat sesuai untuk dimasak musim cuti sekolah ni. Puas hati dapat buat banyak-banyak untuk dimakan bersama keluarga.
Rupanya nak bagi rangup dan lebih sedap ada petuanya sendiri. Goreng dua kali jika nak bagi ayam rangup diluar dan berjus di dalam.
Bahan-bahan yang digunakan juga mudah untuk didapati. Guna sos yang dibeli di kedai Eco pun dah boleh buat menu ini menjadi sedap macam makan di restoran-restoran terkenal yang menjual hidangan seumpama ini.
Ayam Goreng Korea Sedap

BAHAN PERAPAN AYAM:
Ayam bahagian drummet atau wing
Tepung jagung
Tepung gandum
Bawang putih – tumbuk halus
Halia – tumbuk halus
Serbuk perasa
Minyak untuk menggoreng
BAHAN SOS:
Bawang putih – hiris halus
Serbuk cili
Sos Daebak Sweet Chili Sauce
Madu
Lemon
Bijan

CARA MEMASAK:
1.Ayam diperap selama 1/2 jam dengan halia Dan bawang putih yang dah ditumbuk halus. Tambahkan serbuk sedap GILER bagi mengantikan garam dan perasa. Setelah diperap, ayam digaul dalam bancuhan kering secawan tepung jagung yang digaul dengan 2 sudu tepung gandum.

2.Gaul ayam dengan tepung

- Pastikan ayam disalut dengan tepung sepenuhnya.

- Goreng ayam sehingga masak dan angkat. Rehatkan selama tiga minit.

- Goreng ayam kali kedua sehingga garing.

- sejukkan ayam dan ketepikan.

CARA BUAT SOS:
1.Tiga ulas bawang putih di hiris halus dan ditumis hingga keperangan. Masukkan sedikit air dan masukkan sesudu serbuk cili. Gaul rata.

- Masukkan dua paket sos Daebak Sweet Chili Sauce.

- Tambahkan 1 sudu besar madu dan perahkan sedikit lemon. Kacau sebati.

- Masukkan ayam.

- Gaul sebati sehingga semua ayam disaluti sos.

7.Taburkan bijan.

Kredit resipi dan gambar: Adnan Bin Mat Abu
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Petua Masak Sup Daging Siam Yang Sedap, Cepat Empuk & Tak Guna Banyak Minyak
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Hujung Minggu Malas Bersilat Di Dapur, Nah 3 Resipi Masak Campak-Campak Dalam Slow Cooker

Masak menggunakan slow cooker memang lama tetapi sangat memudahkan. Tak perlu menumis bagai.
Hanya perlu masukkan semua bahan dalam periuk dan tuangkan air atau santan. Simple kan?
Jadi mak-mak tak payah bersilat di dapur lagi. Cuma, persediaan perlu dibuat awal sebab tempoh
memasak memang lama.
SLOW COOKER CHICKEN CHILI

BAHAN-BAHAN :
1 keping isi ayam tanpa kulit (bahagian dada)
1 sudu teh minyak sayur
500 ml stok ayam
200 gm kacang dal hitam (cuci bersih dan tos)
200 gm tomato (potong dadu kecil)
1/2 biji bawang Holland (cencang)
1 sudu makan serbuk cili
1 ulas bawang putih (cincang)
1/2 sudu teh jintan putih
1/2 sudu teh paprika
1/2 sudu teh serbuk bawang putih
1/2 serbuk lada hitam
1/2sudu teh mustard
1/2 cawan krim masam
Garam, gula dan perasa secukupnya
CARA MEMSAK
1. Oleskan periuk dengan minyak sayur.
2. Letakkan isi ayam di bahagian bawah periuk, kacang dal hitam, tomato, bawang Holland, serbuk cili,
bawang putih, jintan putih , paprika, serbuk bawang putih, perasa ayam, garam dan serbuk lada hitam.
3. Perlahan-lahan tuangkan stok ayam.
4. Reneh dengan api perlahan sekurang-kurangnya 3-6 jam.
5. Keluarkan dada ayam, dari periuk, cincang atau carik-carikannya.
6. Masukkan semula ke dalam periuk, tambah krim masam dan kacau lagi.
7. Sedia dihidangkan.
SLOW COOKER BEEF STEW

BAHAN-BAHAN
1 kg daging batang pinang (potong kiub)
50 gm tepung serba guna
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1 ulas bawang putih (cincang)
1 helai daun bay
1 sudu teh paprika
1 sudu teh sos Worcestershire
1 biji bawang besar | cincang
400ml stok daging
3 biji kentang (buang kulit dan potong dadu)
2 batang lobak (potong dadu)
1 batang saderi (hiris serong)
CARA MEMASAK
1.Masukkan tepung di dalam mangkuk kecil bersama garam dan serbuk lada sulah. Kemudian gaulkan
dengan hirisan daging.
2.Renehkan di dalam periuk sehingga daging empuk.
3.Kemudian masukkan bawang putih, daun bay, paprika, sos Worcestershire, bawang besar, stok daging ,
kentang, lobak merah dan saderi.
4.Tutup periuk dan renehkan selama 5-6 jam.
SLOW COOKER CHICKEN POT PIE STEW

BAHAN-BAHAN
1 kg isi ayam bahagian dada (potong dadu)
6 biji kentang (belah 4)
150 gm lobak merah kecil
2 batang saderi (cencang)
50 gm krim ayam
300 ml stok ayam
2 sudu teh garam saderi
2 sudu teh garam bawang putih
1 sudu makan lada hitam
50 gm sayur campur
CARA MEMASAK
1. Campurkan ayam, kentang. Lobak merah, krim ayam, air stok ayam, garam bawang putih, garam saderi
dan lada hitam dalam periuk.
2. Renehkan atas api perlahan sehingga lima jam.
3. Kemudian masukkan sayur campur dan renehkan lagi sehingga sedia dihidangkan.
Selamat mencuba!
Koleksi Resipi Lauk Pauk ‘Chinese Style’ Untuk Hidangan Tengah Hari Di Hujung Minggu.

Hmmm…enaknya hidangan gaya Cina seperti Ayam Pong Teh, Ketam Bercili, Ayam Lada Hitam Cendawan, Ketam Telur Masin dan Sotong Nestum ni. Sesekali ubah selera memang sedap dan boleh menaikkan selera. Cara masaknya juga tidak sukar. Sesuai sangatlah dicuba di hujung minggu ni. Jom intai bahan-bahan yang anda perlukan!
1. AYAM PONG TEH

BAHAN – BAHAN:
- 1/2 ekor ayam bersaiz sederhana |dipotong kecil
- 1 biji kentang | direbus dan belah empat
- 6 ulas bawang merah| dihiris halus
- 3 ulas bawang putih | ditumbuk halus
- 2.5cm halia | ditumbuk halus
- 1 biji cili merah | dihiris halus
- 3 sudu makan taucu | hancurkan sedikit
- 1 sudu makan kicap cair
- 1 sudu makan kicap pekat
- Gula Melaka secukup rasa
- Air secukupnya
- Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, cili merah dan halia hingga harum.
- Masukkan taucu dan masak hingga wangi dan naik minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
- Kemudian masukkan ayam dan gaul rata. Masak hingga ayam kecut. Tuang air secukupnya sehingga ayam tenggelam. Masak hingga mendidih.
- Masukkan kicap pekat dan kicap cair. Kacau rata.
- Apabila ayam sudah masak, masukkan ubi kentang. Perasakan dengan sedikit gula Melaka. Sedia untuk dinikmati.
Info chef: Ayam Pong Teh sedap dimakan bersama nasi putih dan ulam-ulaman.
2. KETAM TELUR MASIN

BAHAN-BAHAN:
- 1/2 kg ketam
- 3 sudu makan tepung jagung
- 6 ulas bawang merah | dihiris nipis
- 3 ulas bawang putih | dihiris nipis
- 2.5cm halia | ditumbuk halus
- 1 biji cili merah | dihiris nipis
- Beberapa helai daun kari
- 2 biji kuning telur masin
- 1 cawan susu cair
- Garam secukup rasa
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Bersihkan ketam dan lumurkan dengan tepung jagung dan juga sedikit garam.
- Panaskan minyak dan goreng ketam sehingga masak. Angkat dan toskan minyak.
- Ambil sedikit minyak lebihan gorengan ketam dan tumis bawang merah, bawang putih, cili dan daun kari.
- Kemudian masukkan kuning telur masin yang telah dihancurkan. Biarkan ia masak dan tuangkan susu cair sedikit demi sedikit.
- Biarkan kuah memekat dan masukkan ketam yang telah digoreng tadi. Gaul rata. Sedia untuk dinikmati.
Info chef: Santan juga boleh digunakan bagi menggantikan susu cair
3. AYAM LADA HITAM CENDAWAN

BAHAN-BAHAN:
- 300gm ayam | dipotong kecil
- 5 biji cendawan butang segar | dihiris nipis
- 3 ulas bawang putih | dihiris nipis
- 2.5cm halia | dihiris nipis
- 1/2 biji bawang besar |dipotong empat
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 1 sudu teh minyak bijan
- 250ml stok perang ayam
- 1 sudu teh kicap manis
- 3 sudu makan minyak masak
- Sedikit tepung jagung | dibancuh dengan sedikit air
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Gaulkan ayam bersama garam dan goreng menggunakan api yang besar sehingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.
- Menggunakan minyak yang sama, tumis bawang putih dan halia sehingga naik bau. Kemudian masukkan serbuk lada hitam.
- Masukkan ayam dan kacau seketika. Masukkan pula cendawan, minyak bijan dan kicap manis. Kacau sehingga cendawan sedikit layu.
- Tuang stok perang ayam dan kemudian masukkan sedikit bancuhan tepung jagung supaya kuah menjadi pekat.
- Perasakan dengan gula dan garam secukupnya. Siap untuk dinikmati.
Info chef: Stok perang ayam boleh juga digantikan dengan air biasa
4. SOTONG NESTUM

BAHAN-BAHAN:
- 1/2 kg sotong | dihiris kecil
- 5 biji cili padi | dihiris halus
- 1 tangkai daun kari
- 3 sudu makan mentega
- 2 sudu makan bijirin Nestum
- 3 sudu makan oat
BAHAN PERAPAN:
- 2 sudu makan tepung jagung
- 2 sudu makan tepung beras
- 1/2 sudu teh serbuk lada putih
- Garam secukup rasa
- 1 sudu teh gula
CARA MEMASAK:
- Sangai oat bersama nestum hingga keperangan. Angkat dan ketepikan.
- Gaulkan sotong bersama tepung jagung, tepung beras, lada putih dan garam hingga rata. Panaskan minyak dan goreng hingga masak. Angkat dan toskan minyak.
- Cairkan mentega di dalam kuali dan masukkan cili padi dan daun kari.
- Bila daun kari kelihatan sedikit garing, masukkan udang dan gaul rata.
- Akhir sekali masukkan nestum dan oat yang telah disangai. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Siap untuk dihidangkan.
Info chef: Guna minyak yang banyak semasa menggoreng sotong bagi memastikan ia masak secara sekata.
5. KETAM BERCILI

BAHAN-BAHAN:
- 3 ekor ketam | dibersih dan dipotong dua
- 1 biji bawang besar | dimayang
- 7 biji cili merah | dikisar kasar
- 5 ulas bawang merah | dikisar
- 3 ulas bawang putih | dikisar
- 2 batang serai | dititik
- 2 sudu makan jus lemon atau limau nipis
- 1 biji telur | dipukul sedikit
- Garam dan gula secukup rasa
- Air secukupnya
- Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Gaulkan ketam dengan sedikit garam dan serbuk kunyit kemudian digoreng sehingga masak. Ketepikan.
- Panaskan minyak dan tumiskan serai bersama bahan kisar sehingga pecah minyak.
- Masukkan sedikit air bersama bawang besar, gula dan garam secukup rasa. Biarkan mendidih.
- Kemudian masukkan telur sedikit demi sedikit sambil dikacau sehingga sebati.
- Akhir sekali masukkan ketam dan gaul sehingga rata. Angkat dan hidangkan.
Info chef: Pastikan telur dipukul terlebih dahulu supaya sebati rasanya dengan sekata pada kuahnya.







