Tak tau nak masak apa malam ni, ini RASA kongsikan satu menu Thai yang sedap. Rasa macam gulai lemak tapi ia kaya dengan aroma rempah ratus dan siap dengan campuran sayur terung. Kalau korang tidak ada masa, boleh cuba Gulai Ayam Siam ni kerana pakej dengan sayur sekali dan dijamin sedap
GULAI AYAM SIAM
BAHAN-BAHAN:
- 1/2 ekor ayam | potong 6-8 ketul
- 250ml santan pekat
- 250ml air
- 6 biji terung kampung | belah dua
- 1 biji bawang besar | kisar
- 4 biji bawang putih | kisar
- 3cm lengkuas | hiris dan kisar
- 3cm kunyit | hiris dan kisar
- 6 tangkai cili padi hijau | kisar
- 2 batang serai | hiris halus dan kisar
- 1/2 sudu teh serbuk jintan manis
- 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
- 2 helai daun limau purut | carik
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Tumis semua bahan iaitu bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit, cili padi hijau, serai, daun limau purut, serbuk jintan manis dan serbuk lada hitam hingga wangi dan pecah minyak.
- Kemudian masukkan ayam dan air secukupnya, kacau sebentar dan biarkan sehingga kuah mereneh dan ayam agak empuk dan masak.
- Setelah ayam agak empuk,masukkan terung kampung dan akhir sekali santan pekat. Masaklah sehingga kuah agak memekat kemudian tutupkan api. Siap untuk dihidangkan.