Gulai Batang Pisang & Laici Kang, Menu Versi Fikry Ibrahim Untuk Rasa Nostalgia Ramadan.

Share

Pejam celik Rasa Nostalgia Ramadan musim kedua dah pun nak sampai ke penghujung. Dah episod kedua terakhir pun, episod 21. Best kan episod hari ni dengan Fikry Ibrahim pelawak, pelakon dan model. Hehe tinggi orangnya, model lah katakan tampan menawan jugak

Serasi sungguh sembang gurau antara Fikri dengan yang membahasakan Datuk Chef Wan sebagai Abang Wan. Wah, sama-sama pandai melawak.

Sajian yang dikongsi boleh meleleh air liur menengoknya. Nah ini dia menu yang dikongsi gulai batang pisang dan laici kang ni memang sajian kegemaran Fikry masa berbuka. Jom tengok resipinya.

GULAI BATANG PISANG

BAHAN-BAHAN :

  • Daging
  • Santan
  • Tulang
  • Daun kari
  • 4 Sekawan
  • Asam jawa
  • Serbuk kari
  • Batang pisang

Bahan kisar:

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia

Bahan penumis:

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • 4 sekawan
  • Daun kari

CARA MEMASAK :
1. Ambil bahagian dalam batang pisang yang lembut. Potong serong batang pisang dan bersihkan tali-tali getah yang ada
2. Lumur batang pisang yang telah dibersihkan dengan kunyit
3. Sediakan bahan-bahan tumis. Tumis bahan-bahan tumis (bawang, halia, daun kari, kulit kayu manis dan bunga lawang) sehingga keperangan
4. Masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan sedikit air. Biarkan ia masak/mendidih 

sehingga pecah minyak
5. Seterusnya masukkan daging. Kalau ada tulang dan perut masuk kan tulang serta perut terlebih dahulu. Masak sehingga daging empuk / lembut.
6. Apabila daging empuk, baru masukkan batang pisang.
7. Akhir sekali baru lah masukkan santan setelah daging dan batang pisang dah sekata
bahan nya. Biarkan ia mendidih dan masak

LAICI KANG

BAHAN-BAHAN :

  • Gula batu putih
  • Gula perang
  • Biji selasih
  • Longan
  • Laici
  • Buah kundur
  • Kurma merah
  • Ais
  • Daun pandan
  • Air

CARA MEMASAK :
1. Panaskan air dan masukkan sekali daun pandan
2. Setelah ianya menggelegak, masukkan gula batu putih, gula perang, longan, buah kundur dan kurma merah. Biarkan seketika
3. Kemudian, sendukkan dan masukkan ke dalam mangkuk. Isikan dengan biji selasih, laici serta ais

Jangan lupa teruskan menonton Rasa Nostalgia Ramadan episod terakhir,istimewa Raya bersama artis jemputan Awal Ashaari, Sabtu , 23hb Mei,ni jam 6 petang di Astro Prima saluran 125 dan Prima HD 105 . Rancangan ini diperhebatkan oleh Coway.

ANDA MUNGKIN SUKA RESIPI :

DAN JUGA RESIPI INI :

 

Published by
Faridah Talib