Gulai daging tulang dengan nangka muda memang antara lauk tradisi orang lama yang cukup enak. Kuahnya pekat, penuh rasa rempah, ditambah pula isi nangka muda yang lembut dan manis lemak.
Kalau makan pula dengan ikan kering dan sambal belacan nenas, memang bertambah nasi dibuatnya. Sedapnya akan buat kita teringat-ingat.
Resipi ini bukan sekadar lauk harian, tapi boleh jadi hidangan istimewa ketika kenduri atau bila teringin nak rasa masakan kampung yang asli. Jom cuba buat sendiri di rumah ikut resipi perkongsian ini.
Cara Buat Gulai Daging Tulang Dengan Nangka Muda
Bahan-Bahan
2kg daging tulang – rebus hingga empuk
Nangka muda – rebus hingga lembut
4 sudu besar rempah gulai
1½ sudu besar rempah masak
3 sudu besar kerisik
2 biji kelapa parut – perah santan (guna kelapa tua lebih lemak)
½ keping gula Melaka
3 keping asam keping
Sedikit air asam jawa
Sedikit belacan
Garam & gula secukup rasa
1 kiub pati lembu Knorr (jika suka)
Bahan Tumis
4 biji bawang merah – mayang
3 ulas bawang putih – mayang
1 inci halia – mayang
5 sudu besar cili giling
Rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih, buah pelaga)
Bahan Kisar
2 biji bawang besar
8 biji bawang merah
1½ inci halia
1 inci lengkuas
Ads
Cara Penyediaan Gulai Daging Tulang
1. Panaskan minyak (lebihkan sedikit supaya bahan tumis masak sempurna).
2. Tumis cili giling hingga pecah minyak. Masukkan bahan tumis dan rempah 4 sekawan. Tumis hingga naik bau.
3. Masukkan bahan kisar, kacau rata dan tumis lagi sampai pecah minyak.
Ads
4. Satukan rempah gulai & rempah masak jadi pes, masukkan ke dalam tumisan. Tumis hingga rempah wangi.
5. Masukkan air rebusan daging (boleh tambah air biasa jika mahu kuah lebih). Didihkan.
6. Masukkan daging tulang bersama asam keping & air asam jawa.
Ads
7. Tuangkan santan, kemudian masukkan kerisik, gula Melaka, garam & kiub pati lembu.
8. Akhir sekali masukkan nangka muda. Biarkan gulai mendidih di atas api perlahan lebih kurang 15 minit hingga kuah sebati dengan daging dan nangka.
Rasa, sesuaikan perasa. Siap untuk dihidang!
Tip Ekstra
Guna kelapa tua untuk perah santan, kuah akan jadi lebih pekat dan lemak.
Jika suka pedas berapi, boleh tambah cili padi ke dalam bahan kisar.
Nangka muda boleh direbus awal supaya cepat lembut bila dimasukkan dalam gulai.
Buntu memikirkan resipi lauk pauk yang hendak dimasak setiap hari? Bila ulang menu yang sama, pasti jemu.
Apa kata cuba koleksi resipi lauk pauk kampung sedap dan mudah yang RASA kongsikan ini. Sesuai untuk hidangan makan tengahari keluarga tercinta. Jom cuba!
GULAI LEMAK SEPUT SEDUT BERSAMA DAUN KADUK & KELEDEK
BAHAN-BAHAN:
1kg siput sedut | bersihkan, potong ekornya 500ml santan pekat – beli online di sini 250gm ubi keledek | buang kulit dan potong dadu 150gm daun kaduk 2 batang serai | titik – beli online di sini 1 keping asam gelugor Garam, gula dan perasa secukupnya Sedikit minyak untuk menumis
Dapatkan Ekobee 3 in 1 Intelligent Multi-Cooker With Steam Traydengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkanDISKAUN EXTRA RM5!
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam periuk. 2. Masukkan bahan kisar, dan tumis hingga wangi, kemudian masukkan santan. 3. Didihkan di atas api sederhana bersama daun kaduk dan keledek. Setelah mendidih masukkan serai dan asam gelugor. 4. Selepas dua minit masukkan siput sedut. Kemudian perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa. Tutup api dan gulai sedia dihidangkan.
SAMBAL PARU GORENG KAMPUNG
BAHAN-BAHAN:
500gm paru | rebus & hiris nipis 1 sudu air asam jawa 1 biji bawang Holland | hiris bulat – beli online di sini Garam, gula & perasa secukupnya Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng & menumis – beli online di sini
BAHAN KISAR:
6 biji cili merah – beli online di sini 5 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 2cm halia 2 batang serai
Dapatkan Muzy Bamboo Towel dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkanDISKAUN EXTRA RM5!
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, goreng paru yang telah direbus (jangan terlalu garing). Angkat dan ketepikan. 2. Menggunakan kuali lain, panaskan sedikit minyak, kemudian tumis bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak. 3. Masukkan air asam dan perasakan dengan garam, gula dan perasa secukup rasa. 4. Apabila kuah agak garing masukkan hirisan bawang Holland bersama paru. Gaul rata kemudian tutup api. Sambal paru sedia dihidangkan.
IKAN KEMBUNG GORENG CILI
BAHAN-BAHAN:
6 ekor ikan kembung | dilumur garam & digoreng 4 sudu makan kicap manis – beli online di sini 2 sudu makan kicap pekat – beli online di sini 4 sudu makan sos cili – beli online di sini 5 biji cili padi | dikisar 4 biji bawang merah | dikisar 2 ulas bawang putih | dihiris 1 biji bawang besar Holland | dihiris 1cm halia | dihiris halus Sedikit serbuk lada hitam 8 biji cili padi | dibuang tangkai Sedikit air Minyak masak secukupnya Garam secukup rasa
Dapatkan Hommy 3 Tier Adjustable Trolley dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5sebelum buat pembayaran untuk dapatkanDISKAUN EXTRA RM5!
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar hingga garing. 2. Kemudian masukkan hirisan bawang putih, bawang besar, halia dan cili padi. Kacau sehingga naik bau. 3. Seterusnya masukkan kicap manis, kicap pekat, serbuk lada hitam dan sos cili. Kacau rata. Tambahkan sedikit air. Biarkan mendidih. 4. Masukkan ikan. Perasakan dengan garam jika perlu. Gaul rata dan biarkan mendidih seketika. Sedia untuk dinikmati.
DAGING GORENG KUNYIT BERKENTANG
BAHAN-BAHAN:
300gm daging batang pinang | hiris nipis, cuci & tos 2 biji kentang | buang kulit & potong dadu 1 biji bawang besar | hiris 4 ulas bawang putih |cincang 3cm halia | hiris halus memanjang 2 batang serai | titik 2 biji cili merah | hiris serong 2 biji cili hijau | hiris serong 1 batang seleri |hiris serong 1 sudu serbuk kunyit Garam & gula secukup rasa Minyak untuk menggoreng Minyak masak | untuk menumis & menggoreng
Dapatkan DeRoyal 3 in 1 Cordless Chopper & Mixer dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkanDISKAUN EXTRA RM5!
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, goreng kentang separa masak. Angkat dan ketepikan. 2. Kemudian gorengkan daging yang digaulkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. 3. Goreng hingga separuh masak, angkat dan ketepikan. 4. Dalam kuali lain, panaskan sedikit minyak. Tumiskan hirisan bawang merah, bawang putih, halia dan serai hingga wangi. 5. Masukkan pula serbuk kunyit, kacau seketika dan masukkan daging. 6. Kacau rata, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya. 7. Kacau lagi seketika dan tutup api. Daging Goreng Kunyit sedia dihidangkan.
DAGING GORENG BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
1kg daging batang pinang| hiris nipis 1 biji bawang Holland | hiris bulat 1 batang seleri | hiris serong 3 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkai 2 sudu makan rempah kari daging 1 sudu makan serbuk cili 1 sudu teh serbuk kunyit Garam dan gula secukup rasa 1 sudu makan yogurt 3 sudu makan minyak masak untuk menumis
BAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis 3 kuntum bunya lawang 5 biji buah pelaga
BAHAN KISAR:
6 ulas bawang merah 5 ulas bawang putih 3cm halia 2 batang serai
Dapatkan Primada Sweetheart Pink 4L Pressure Cookerdengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkanDISKAUN EXTRA RM5!
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, tumiskan bahan rempah penumis , daun kari, diikuti bahan kisar. Tumis hingga wangi. 2. Kemudian masukkan bancuhan rempah kari yang dicampur dengan serbuk cili. Kacau rata hingga timbul minyak. 3. Masukkan daging, terus kacau hingga daging layu. 4. Apabila daging layu masukkan yogurt, hirisan batang seleri dan bawang Holland. 5. Apabila air daging kering, perasakan dengan yogurt, garam dan gula secukup rasa. Angkat dan hidangkan panas-panas.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Raya Haji dah nak dekat ni mesti korang terfikir nak masak menu istimewa apa untuk dihidangkan bersama keluarga. Jom cuba resipi Beriani Daging dan Tulang Gearbox yang dikongsikan oleh Muliadi Ramli di Facebook. Resipi Beriani Daging dan Tulang Gearbox ni memang banyak sikit bahannya, tapi kalau dah siap masak confirm puas hati! Jom kita cuba resipi ni untuk Raya Haji kalini.
Panaskan air hingga mendidih masukkan semua bahan no.1 hingga no. 7 di atas (hingga betul-betul mendidih baru masukkan beras)
Rebus beras dalam 7 ke 8 minit hingga 90 % beras masak.
Angkat dan toskan
Masukkan dalam periuk balik.
Masukkan kuah atau minyak beriani ke dalam nasi, air mawar dan pewarna. Kukuskan dalam 10 ke 15 minit lagi…kacau dan balik-balikkan nasi tutup dalam 5 minit lagi dan siap!
DAGING BERIANI
1. Daging 1kg dan 3kg tulang gearbox
2. Bahan tumis
– 5 sudu besar minyak sapi
– 1 senduk kecil minyak masak
– Rempah 4 sekawan
3. Bahan kisar halus
– 3 biji Bawang holland
– 10 ulas Bawang putih
– 3 inci Halia
– 7 biji cili hijau besar
4. Gula
5. Daun sup dan daun pudina
6. Kismis 2 kotak kecil
7. ½ tin Tomato puri/ tomato sup
8. 3 biji Buah tomato ( dikisar)
9. ½ tin Susu cair
10. 5 sudu besar Madu
11. 8 sudu besar Rempah beriani
12. 6 sudu besar sos cili
13. 1 cawan Bawang goreng
CARA PENYEDIAAN:
Panaskan kuali dan masukkan minyak dan minyak sapi.
Tumis rempah 4 sekawan, bila dah naik bau, masukkan bahan kisar halus tumis sampai wangi.
Masukkan gula, daun sup, daun pudina, dan air.
Masukkan daging dan tulang gearbox (masak 1 ke 1 1/2 jam atau hingga daging empuk)
Kemudian masukkan kismis,tomato puri,susu cair,madu, dan tomato kisar tutup dalam 15 minit.
Masukkan rempah beriani, masuk sos cili dan bawang goreng.
Masukkan minyak masak yang panas dalam gulai beriani (tujuannya supaya gulai nampak cantik)
Ada kisah menarik mengapa lauk Asam Pedas Jenahak Datin Liazalee Ahmad dipanggil Asam Pedas Meraung. Ada bahan ramuan yang jadi rahsia, tetapi kini dikongsikan dengan RASA.
“ Ni semuanya dari gara-gara abang saya, bila makan dia kata asam pedas ni cukup cili, asamnya dan ikan segar sedapnya sampai boleh ‘meraung’ . Setiap kali makan dia akan sebut ‘meraunglah’ asam pedas ini,” katanya tergelak kecil.
Membuka rahsia kelazatan masakannya, usahawan wanita yang berasal dari Segamat, Johor ini rupa-rupanya memasukkan sedikit madu tualang dalam setiap masakannya yang membangkitkan lagi rasa.
Sebagai usahawan tentulah mudah bagi dirinya untuk mengurus masa kerana kebanyakan daripada urusan perniagaannya boleh diuruskan di atas talian
“Seboleh mungkin saya akan memasak setiap hari kerana Datuk lebih selesa makan di rumah. Kami akan keluar makan di luar bila tiba hujung minggu, dan menikmati hidangan Jepun ,”ujarnya kepada RASA.
Bersama puteri kesayangan Amyreedha Adriana,
Kata orang suka menjamu tetamu makan adalah di antara punca melimpah ruah rezeki yang berkat. Begitulah yang penulis dengari dari rakan-rakan rapatnya yang hadir pada hari itu, terpikat dengan keenakan air tangannya menyebabkan beliau sering dicari rakan untuk menempah makanan.
Jom kita semak 3 resipi Datin Lia, Min dah rasa memang cukup sedap.
ASAM PEDAS MERAUNG (IKAN JENAHAK)
BAHAN-BAHAN :
800 gm ikan jenahak *anggaran 4 keping
600 ml air
2 sudu teh pati asam jawa | dibancuh dengan setengah cawan air
2 biji tomato | dibelah dua
7 batang biji bendi
5 tangkai daun kesum
1 kuntum bunga kantan | dibelah dua
2 batang serai | diketuk
Garam secukup rasa
1 sudu makan madu tualang
/2 cawan minyak masak untuk menumis
Bahan kisar :
20 biji cili kering
3 ulas bawang putih
7 biji bawang merah
2 sm belacan
2 sm kunyit hidup
2 sm halia
CARA MEMASAK :
Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak dengan api sederhana. Masukkan serai dan bancuhan pati asam jawa, gaul hingga sebati.
Masukkan air dan biar mendidih dengan api sederhana selama 10 minit atau lebih.
Kemudian masukkan daun keseum dan bunga kantan serta ikan jenahak.
Masak ikan jenahak di antara 3-4 minit dan kemudian masukkan potongan tomato dan biarkan seketika sehingga kacang bendi berubah warna.
Perasakan dengan garam dan madu.
Padamkan api, dan sajian sedia dihidang.
RENDANG DAGING PARU
BAHAN-BAHAN :
1 kg daging | dipotong kiub kecil
1 kg paru/kelampung | dipotong 4 ketul, rebus selama 20 minit sehingga lembut dan dipotong kiub kecil
500 ml santan segar | daripada 2 biji kelapa
50gm kerisik
30 gm serbuk kari
2 helai daun kunyit | diracik halus
4 helai daun limau purut | buang urat daun dan hiris nipis
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
1 sudu makan madu tualang
Bahan dikisar :
35 tangkai cili kering | buang biji dan rendam air panas selama 5 minit
5 biji cili padi
350 gm bawang merah
5 sm halia muda
2.5 sm lengkuas
6 batang serai
1 sudu teh serbuk kunyit
1 cawan air
CARA MEMASAK :
Tumiskan semua bahan kisar dan serbuk kari sehingga naik minyak dan naik bau.
Masukkan daging, paru dan santan ke dalam kuali. Masak sehingga mendidih Perasakan dengan garam dan gula
Kecilkan api dan masak sehingga kuah pekat. Kacau sekali sekala
Masukkan kerisik , asam keping, madu tualang, dan kacau selalu sehingga kuah kelihatan sangat pekat, berminyak dan daging serta paru lembut.
Akhir sekali masukkan daun kunyit dan daun limau purut. Masukkan madu tualang, kacau sehingga rata dan padam api.
BUBUR KACANG DURIAN
BAHAN-BAHAN :
3 cawan kacang hijau
1 1/2 keping gula melaka
1 1/2 cawan gula pasir
2 helai daun pandan
2 cawan air
2 cawan santan
4 – 5 ulas durian
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
Goreng kacang hijau tanpa minyak dalam 4 minit. Kemudian tutup api dan masukkan air untuk direndam dalam 1 jam.
Bilas dan rebus sampai empuk.
Didihkan air bersama gula pasir, gula melaka dan daun pandan dalam periuk dengan api yang perlahan.
Kacau sehingga semua gula larut dan tapiskan.
Dalam periuk lain, rebus kacang hijau sehingga kembang dan empuk.
Masukkan pula larutan gula tadi dan isi durian. Kacau rata dalam 10 minit dengan api perlahana. Jika suka masukkan sagu mata ikan
Masuk pula santan dan kacau lagi hingga sebati dalam 5 minit sahaja supaya tak pecah minyak. rasa kemanisan dan angkat
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!