Makan

Gulai Ikan Ayo Cukup Rasa Lemak & Pedas, Puas Hati Makan

Share

Gulai Ikan Ayo memang gabungan yang padu bersama nasi dagang. Kalau dapat yang sedap memang buat teringat-ingat. Ikan sebaikkan direbus semalaman dan dimasak keesokan hari, lagi sedap rasanya.

Gulai Ikan Ayo

Bahan-bahan:
Ikan Ayo Kurik (utaqa panggil ikan kayu putih)
Asam keping
Gula Nise/kabung
Lengkuas
Garam
Rebus malam, masak esok pagi baru sedap.

10 tangkai cili kering (gunting buang biji, rebus)
1-2 inci lengkuas
5-7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 camca makan biji ketumbar
2 inci kunyit hidup
– kisar bahan ni (saya kisar guna air rebusan ikan)

1 mangkuk santan – nak lemak letak lebih

Kacang panjang
Lada solok

 

Cara memasak:

1. Satukan santan, bahan kisar.

2. Masak seketika. Masa ni saya dah masukkan garam dan gula nise.

3. Masukkan ikan ayo kurik yang dah direbus.

4. Akhir sekali kacang panjang dan lada solok.
*Resepi ni tak tumis. Kalau yang tumis tu ada rempah dan selalunya makan dengan nasi dagang.Saya buat ni untuk makan sarapan pagi.

Selamat Mencuba
Kredit :شزوان احم

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

Published by
Putri