Gulai Ikan Kering Kelantan. Gandingkan Dengan Nanas Lagi Padu

Share

Gulai ikan kering Kelantan. Gandingkan dengan nanas lagi padu. Gulai ini satu lagi masakan kampung yang sedap dan ramai yang menyukainya. Di Kelantan, gulai ini memang terkenal.

Bila ikan kering digandingkan dengan nanas, tambah sedap. Ada rasa makin ikan kering, lemak santan dan masam nanas. Peh, memang padu!

Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Zat Hernani ini ye. Makan dengan nasi putih panas-panas. Berpeluh makan nanti,

Gulai Ikan Kering Kelantan

Bahan-bahan:

 3-4 ekor ikan kering (dibasuh)

 Timun kecil (dibelah kecil)

 5-6 biji cili hijau

 1 -2 keping nanas (potong dadu)

 Santan secukupnya (ikut jumlah kuah yang anda nak & jumlah ikan yang digunakan)

Garam – boleh beli online di sini

Gula – boleh beli online di sini

Serbuk perasa secukupnya (pilihan)

Bahan Kisar:

1 labu bawang besar 

4 ulas bawang putih – boleh beli online di sini

3-4 tangkai cili kering  – boleh beli online di sini

 1 tangkai cili merah – boleh beli online di sini

2-3 biji cili padi (jika nak rasa pedas) – boleh beli online di sini

Dua inci kunyit segar

 Sedikit lengkuas  – boleh beli online di sini

Cara Memasak:

 Masukkan santan dan bahan kisar ke dalam kuali. Buka api dan biarkan mendidih. Pastikan santan selalu dikacau bagi mengelakkan kuah berketul.

Kemudian masukkan ikan kering, hirisan nanas, lada/ cili hijau dan timun.

Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa dengan secukupnya. Jangan letak garam terlalu banyak kerana ikan kering sudah memberikan rasa masin.

Asam keping juga tidak digunakan kerana nanas sudah memberikan rasa masam pada kuah. Biarkan gulai mendidih sekali lagi dan boleh padamkan api. Sedia untuk dinikmati.

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

 

Published by
Nurul Azwa