Ikan kering selain digoreng dengan bawang dan cili enak juga dibuat gulai. Ikan talang dengan isi yang padat serta tulang enak dimakan dengan nasi panas-panas. Digabung pula dengan sambal belacan dan ulam. Memang tak pandang kiri dan kanan.
Gulai Ikan Kering Tumis Darat
Bahan-bahan:
Ikan kering talang@tulang ikan talang
1/2 kg santan
1 pek serbuk kari ikan masin
1 keping asam keping
Sayuran – terung @ nenas
Garam dan gula secukup rasa
Bahan tumis:
1 sudu besar halba campur
5-6 biji bawang merah (dimayang)
3 ulas bawang putih (dimayang)
3 tangkai cili kering (potong kecil)
1/2 inci halia
1 pelepah daun kari
Cara masak:
1.Di dalam periuk, masukkan ikan kering, air, pes kari dan nenas. Masak sehingga nenas separuh masak.
(ikan kering direndam seketika)
2.Setelah mendidih, masukkan santan dan terung. Masak sehingga mendidih sekali lagi.
3.Masukkan asam keping dan sedikit gula. Rasakan dulu sebelum dimasukkan garam kerana ikan kering telah masin. Kecilkan api dan biarkan mereneh.
4.Sementara itu dalam kuali lain, tumis bawang merah, bawang putih, halia, cili kering, daun kari dan halba campur hingga agak garing dan naik bau dengan api perlahan.
5.Tuang tumisan bawang dengan minyak ketika panas-panas semua sekali dalam periuk. Tutup periuk dengan tudung periuk bagi memerangkap aroma tumisan dan tutup api.
Kredit: zaqyah saneey