Gulai Ikan Masin Tumis Darat, menu tradisi mudah yang jadi kegemaran ramai. Lauk ini sangat enak dimasak menggunakan Ikan Talang. Terasa nikmat dalam setiap suapan. Bagi anda yang suka, pasti tahu beratap nikmatnya. Makin diperangat, makin enak kuahnya. Jom cuba resipi perkongsian saudari Mariana Zainal ni. Sesuai dijadikan menu makan tengahari.
CARA MASAK GULAI IKAN MASIN TUMIS DARAT
BAHAN-BAHAN:
2-3 ekor ikan duri masin @ikan talang masin lagi sedap – potong ikut suka – beli online disini
4 sudu makan rempah kari ikan cap ‘O’ (jenama lain pun boleh) – beli online disini
1/2 sudu besar serbuk cili – beli online disini
3 1/2 cawan santan daripada sebiji kelapa (jika guna santan kotak, guna 1 kotak kecil dan masukan air 3 cawan) – beli online disini
2 cubit gula
Sedikit bahan perasa jika suka
1 sudu teh garam
1 1/2 keping asam gelugur (boleh gantikan 1/2 cawan air asam jawa sederhana cair) – beli online disini
Terung bulat – potong 4 (boleh juga guna terung panjang)
Kacang panjang secukupnya
BAHAN KISAR:
1 1/2 biji bawang besar – beli online disini
3 ulas bawang putih – beli online disini
Sedikit halia
Sedikit air
BAHAN TUMIS DARAT:
1 biji bawang besar @ bawang ros – hiris nipis
3 ulas bawang putih – hiris
3 tangkai daun kari – beli online disini
1 sudu teh halba campur – beli online disini
5 tangkai cili kering – potong serong – beli online disini
2 senduk minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1.Rendam potongan ikan masin dalam air panas untuk kurangkan rasa masin. Kemudian basuh dan toskan.
2. Satukan bahan kisar, air asam jawa, rempah kari, gula dan sedikit perasa dalam periuk atau kuali. Masak selama 5 minit untuk bagi rempah masak elok.
3. Kemudian masukkan santan. Apabila santan mula mendidih, masukkan terung bulat.
4. Bila terung bulat sudah mula lembut, masukkan ikan masin. Masak guna api sederhana dan kena kacau selalu untuk elakkan santan pecah minyak.
5. Apabila kuah gulai mula mendidih ganas, masukkan kacang panjang. Tunggu sayur lembut.
6. Sesuaikan rasa mengikut selera masing-masing. Tambah garam jika perlu tapi harus rasa terlebih dahulu. Tutup api. Ketepikan.
7. Dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumis bahan tumis darat hingga agak garing.
8. Kemudian tuang bahan tumis darat dalam kuah gulai tadi sekali dengan minyaknya sekali.
9. Gulai Ikan Tumis Darat siap untuk dinikmati.
NOTA: Gulai ini sedap jika diletak nanas. Tetapi jika tambah nanas, jangan letak air asam hawa atau asam keping.
Kredit petua & foto: Mariana Zainal
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official