Selepas menikmati pelbagai juadah Hari Raya Aidilfitri seperti rendang dagaing dan ayam masak merah, rasanya sekarang ini teringin menikmati lauk ikan masin. Mahukan gulai ikan masin talang lebih sedap, boleh cuba masukkan kiub Ikan Bilis Maggi.
Memasak menggunakan kiub Ikan Bilis Maggi sangat memudahkan. Rasanya sudah cukup lengkap bercita rasa dan lengkap sempurna. Gulai ikan masin talang ini dimasak dengan cara tumis darat. Patah-patahkan kiub Ikan Bilis Maggi dan biarkan kuahnya mendidih. Hasilnya, anda pasti teruja menikmati nasi putih dengan lauk gulai ikan masin talang tumis darat ini. Cubalah!
Gulai ikan masin talang jadi bertambah sedap apabila dimasak dengan kiub Ikan Bilis Maggi kerana produk ini melengkapkan lagi cita rasa kuah gulai. Kiub Ikan Bilis Maggi menaikkan keenakan sekali gus menambah selera untuk menikmati gulai ini.
BAHAN-BAHAN
300 gram ikan masin talang (direndam sejam dan ditoskan)
400 ml santan
3 sudu besar air asam jawa
3 sudu besar rempah kari ikan
1 labu bawang besar (kisar halus)
4 ulas bawang putih (kisar halus)
Air secukupnya (jika perlu)
2 biji tomato (belah 4)
1 biji terung panjang (potong kecil)
2 biji cili hijau (belah 2)
2 kiub IKAN BILIS MAGGI
BAHAN-BAHAN TUMIS
2 sudu besar minyak masak
5 ulas bawang merah (mayang halus)
3 ulas bawang putih (mayang halus)
1/2 sudu kecil halba campur
2 tangkai daun kari
Garam (jika perlu)
CARA MEMBUAT
1. Satukan santan, air asam jawa, rempah kari ikan dan bahan kisar halus lalu didihkan sehingga hilang bau rempah.
2. Masukkan ikan masin talang dan didihkan lagi dengan api kecil sehingga ikan masak. Tambah air kalau kuah terlalu pekat. Kuah gulai haruslah sedikit cair.
3. Masukkan tomato, terung dan cili hijau.
4. Masukkan kiub IKAN BILIS MAGGI dan sesuaikan rasanya. Tutup api.
5. Sementara itu, dalam kuali lain, panaskan minyak masak.
6. Tumiskan bahan-bahan tumis sehingga naik bau. Tambah sedikit garam jika perlu.
7. Tuangkan bahan tumisan berserta minyaknya sekali ke dalam periuk berisi kuah gulai ikan masin talang tadi. Tutup periuk dan bolehlah dihidangkan.
Anda boleh saksikan langkah demi langkah memasak resipi ini. Klik di sini:
Video Gulai Ikan Talang Tumis Darat di instagram
Video Gulai Ikan Talang Tumis Darat di facebook
Video Gulai Ikan Talang Tumis Darat di Youtube
Selamat mencuba!