Makan

Gulai Ikan Utara, Letak Halba Baru Ngam, Makan Dengan Nasi Putih Memang Surrr…

Share

Gulai Ikan Utara ni memang lain sikit, tapi rasa dia sangat surr… bak kata orang utagha.

Makan dengan nasi putih ada sambal belacan tu pon dah cukup. Kuah kena berlenang jangan kelabu baru kena.

Nak guna ikan apa sahaja pun boleh asalkan ikut resipi yang dikongsikan. Confirm tak menyesal cuba!

Gulai Ikan Utara

Bahan-bahan:

Ikan apa-apa pun boleh

4 sudu besar rempah kari ikan babas

Santan (agak-agak nak pekat cemana… tapi jangan terlalu pekat pun tak sedap kari tu nanti… biar sedang-sedang je)

Bendi

Tomato

Cili padi

Air asam jawa

Garam

Bahan tumis:

4 ulas bwg putih

4 ulas bwg merah

1 labu bwg besar (ptg dadu)

1 sudu teh halba campur

2 tangkai daun kari

Bahan kisar:

2 ulas bwg putih

4 ulas bwg merah

Halia sikit

Kunyit hidup sikit

1 tangkai daun kari

(Rempah kari blend sekali pun ok)…

Cara memasak:

  1. Panas minyak dan masuk bahan tumis.
  2. Bahan tumis dah kekuningan boleh masukkan bahan kisar.
  3. Tambah air 3 hingga 4 kali dan tumis lagi hingga rempah betul-betul masak.
  4. Masuk air asam jawa dan garam. Biarkan seketika hingga pecah minyak
  5. Masukkan santan dan ikan.
  6. Tunggu hingga mendidih dan ikan dah agak-agak masak, masukkan bendi, tomato dan cili padi.
  7. Siap untuk dihidangkan.

Kredit: June Ahmad

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Azlin