Makan

Gulai Kerutuk Daging & Hati, Menu Popular Pantai Timur. Meme Sedak!

Share

Gulai Kerutuk Daging dan Hati ni antara menu popular orang Pantai Timur. Sesuai lah dijadikan menu ketika hari Raya Haji nanti.

Makan dengan nasi putih atau roti memang sedap dan sangat menyelerakan. Masak lama-lama boleh simpan dalam peti sejuk untuk makan bila-bila.

Nak buat kerutuk ayam juga sesuai selain daging dan hati. Kalau nak dapatkan rempah kerutuk boleh beli di kedai ataupun dapatkan secara atas talian, barulah menjadi. Bolehlah cuba nanti!

Gulai Kerutuk Daging & Hati

Bahan-bahan:

400gm Daging – hiris lebar

400gm Hati lembu – hiris lebar

½ sudu kecil cili kering kisar

3 sudu rempah kerutuk

Air asam jawa (secubit asam jawa + segelas air kosong)

½ gula nise / 1 sudu gula melaka

½ sudu serbuk perasa

1 sudip/senduk santan pekat

½ sudu kerisik

Garam secukupnya

Gula secukupnya

Bahan kisar

– 4 biji bawang merah saiz syiling 50sen lama
– 1 ulas kecil bawang putih
– 3 hiris bulat serai
– sehiris nipis halia
– sehiris nipis lengkuas
– 1/2 sudu kecil jintan putih
– 1/2 sudu kecil rempah ketumbar

Cara Memasak:

1.Panaskan minyak secukupnya. Masukkan bahan kisar tadi. Tumis sehingga bahan garing.

2.Kemudian, masukkan 1/2 sudu kecil cili kering kisar. Masukkan 3 sudu besar rempah kerutuk. Gunakan api paling perlahan. Kacau sehingga rempah sedikit garing.

3.Kemudian, masukkan air asam jawa. Tutup seketika periuk. Biarkan bahan tumis pecah minyak.

  1. Seterusnya masukkan nise kecil, serbuk perasa dan secubit garam.
  2. Masukkan kepingan daging terlebih dahulu. Tutup periuk.
  3. Biarkan daging empuk dalam api perlahan.
  4. Selepas itu, barulah dimasukkan kepingan hati. Biarkan hati masak.
  5. Tambahkan perasa peringkat kedua. Masukkan garam dan gula secukupnya.

* Rasa masin manis perlu seimbang untuk menghasilkan kuah yang sedap *

  1. Masukkan santan pekat.
    * Sekiranya air daging mengering, boleh tambahkan air untuk mengelakkan kuah menjadi terlalu pekat
  2. Masukkan pula 1/2 sudu kecil kerisik sebagai penyedap rasa.
  3. Tutup api selepas kuah mendidih beberapa kali untuk mengelakkan gulai cepat basi.

Nota Empunya Resipi:

Gulai kerutuk semakin hitam cantik selepas dibiarkan masak lama. Betul-betul sedap.

Selamat mencuba!

Kredit: Afy Al Habibi

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN