Gulai kurma ayam bila dimakan dengan nasi minyak memang sedap. Hidangan ni sering menjadi lauk kenduri. Nak dapatkan gulai kurma yang pekat dan harum baunya, penggunaan rempah ratus terpilih digunakan.
Boleh cuba buat resepi gulai kurma ayam Kelantan yang dimasak cikgu Afy AL Habibi. Memang terliur dibuatnya.
GULAI KURMA AYAM
Bahan-bahan:
5 ketul ayam
1 biji kentang | dipotong
4 sekawan
3 sudu besar rempah kurma
1 mangkuk air asam jawa (semangkuk air + secubit dua asam jawa)
½ keping nisse
½ sudu besar gula perang
1 sudu kecil garam
Secubit dua perasa
150ml santan kotak
1 sudu besar gula perang
1/3 sudu kecil garam
Bahan kisar:
2 ½ biji bawang merah (saiz syiling 50 sen lama)
1 ulas bawang putih
Sehiris halia
Bahan hiasan:
Cili merah hijau
Daun kari
Cili kering
Bawang Holland
Cara memasak:
2.Tuang bahan kisar tadi sehingga wangi. Kemudian masukkan 3 sudu besar rempah kurma (jangan penuh membukit sangat setiap sudu ya).
3.Kacau dalam api paling perlahan sehingga terbit minyaknya.
4.Masukkan semangkuk air asam jawa. Perasakan peringkat pertama dengan nisse, gula perang, garam dan secubit dua perasa.
5.Tutup periuk dulu untuk proses pes menjadi pecah minyak. Masih dalam api perlahan.
6.Biar jadi rupa seperti dalam gambar, barulah gulai akan menjadi wangi dan elok kejadiannya.
7.Kemudian masukkan ayam dan kentang. Saya dah tak tambah air sebab nanti lepas ayam mengecut, airnya akan keluar lagi.
8.Kacau rata sebelum ditutup dengan tudung periuk.
9.Proses ‘palo awah’ ni mengambil masa 20-25 minit untuk memastikan pes meresap dengan baik dan ayam masak sempurna. Gunakan api paling kecil. Kacau sesekali.
10.Seterusnya masukkan santan. Saya guna lebih kurang 150ml (atau ikut kuantiti kuah yang diingini). Saya dah tak tambah air sebab air ayam masih banyak.
11.Seterusnya masukkan perasa peringkat kedua iaitu 1 sudu besar gula perang dan 1/3 sudu kecil garam. Sukatan mengikut citarasa masing-masing.
12.Selepas kuah mula mendidih, masukkan bahan hiasan. Semua bahan boleh digoreng seketika sebelum dicampur sekali. Dah siap.
Kredit : Afy AL Habibi
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
https://www.rasa.my/resipi-nasi-kerabu-kuning-sedap-masak-sendiri-baru-puas-makan/
https://www.rasa.my/resipi-rojak-ayam-sedap-masak-sendiri-puas-hati-lebih-jimat/
https://www.rasa.my/cara-masak-oden-homemade-ala-family-mart-sedap-puas-makan/
https://www.rasa.my/jom-cuba-resipi-kuih-kole-kacang-sedap-mudah-kurang-manis/
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official