Cerita Fad Bocey, dulu di zaman bujangnya walau banyak mana makanan dibeli di Bazar Ramadan, tapi bila balik rumah, masakan ibunya juga yang dicari. Katanya biarapun masakan ibunya itu ringkas tetapi air tangan ibu tetap yang terbaik dan paling sedap.
Satu-satunya masakan ibu yang tidak pernah Fad Bocey jemu mahupun muak adalah Gulai Lemak Cili Padi Ibunya. Kini selepas berkahwin, isterinya juga pandai masak Gulai Lemak Cili Padi selepas berguru dengan ibu mentua. Selain Gulai Lemak Cili Padi, Fad juga suka Bihun Goreng yang dimasak oleh ibunya.
“Saya tak tau apa yang mak masuk dalam masakannya. Tapi apa je yang dimasaknya semua sedap dan saya tak pernah tolak. selain gulai lemak bihun goreng mak, takda pun mewah lauk pauk tapi sedapnya memang takda tandingannya, ” cerita Fad.
Selain lauk pauk, kuih muih juga antara menu wajib ada bagi Fad bila berbuka, adalah Kuih Cara, Karipap, Bingka Ubi, Apam Susu dan Murtabak.
Ads
“Saya sangat terharu dan seronok bila diundang oleh Chef Wan untuk bersamanya dalam program Rasa Nostalgia Ramadan. Bukan senang tau dapat masak satu dapur dengan chef popular ni. Saya seronok, sambil tolong menyebuk dapat juga tengok Chef Wan masak dan berbuka dengan air tangannya yang memang sungguh sedap, “ ujar Fad.
Anda yang ingin mencuba menu disediakan oleh Chef Wan dan dibantu oleh Fad Bocey dalam program Rasa Nostalgia Ramadan, berikut disediakan resipinya
GULAI LEMAK KETAM ALA NYONYA
BAHAN-BAHAN:
1kg ketam | dibersihkan
½ biji nanas | hiris
500ml santan pekat
200ml air
1/2 kecil parutan nanas
3 helai daun limau purut
1 genggan daun Basil Thai
1 biji limau nipis | ambil jus sahaja
2 sudu makan sos ikan
1 sudu makan gula Melaka
Garam secukup rasa
4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
10 biji cili merah
2batang serai
3cm kunyit hidup
1 1/2cm halia
2cm lengkuas
10 biji lada hitam
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
Masukkan parutan nanas, kacau rata dan masukkan santan pekat. Kacau seketika.
Setelah mendidih masukkan sedikit air untuk kuah.
Seterusnya masukkan daun selasih, daun limau purut, garam, gula Melaka dan perahan jus limau nipis.
Akhir sekali masukkan ketam, nanas dan sos ikan biarkan mereneh 5-6 minit. Tutup api dan gulai sedia dihidangkan.
KUIH CARA GULA
BAHAN-BAHAN:
Ads
2 cawan santan
200ml santan
2 biji telur |kacau
3 cawan tepung gandum
Sedikit garam
Gula secukupnya | untuk inti
2 sudu makan marjerin | cairkan
2 sudu makan minyak sapi
CARA MEMASAK:
Dalam mangkuk adunan, masukkan tepung gandum, air pandan, santan, secubit garam dan marjerin yang telah dicairkan tadi.
Kacau sebati hingga adunan menjadi tidak terlalu pekat atau cair, kemudian tapiskan.
Panaskan acuan kuih cara dengan api kecil terlbih dahulu.
Tuangkan adunan kuih cara dalam acuan hingga 1/2 acuan. Bakar dalam ketuhar 5-6 minit.
Keluarkan acuan dan letakkan gula di atas kuih cara, kemudian tutup atas kuih dengan adunan kuih cara hingga penuh.
Bakar semula dengan masa yang sama hingga habis adunan, Keluarkan dari acuan dan sedia dihidangkan.
JANGAN LUPA TONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN SEPANJANG BULAN RAMADAN INI
Jangan lupa saksikan rancangan terbaru; Rasa Nostalgia Ramadan yang bersiaran sepanjang bulan Ramadan ini. Menampilkan chef selebriti terkenal, Datuk Redzuan Ismail atau Chef Wan sebagai hos, beliau akan bergandingan bersama selebriti jemputan pada setiap episod sepanjang 22 episod bersiaran.
Antara selebriti undangan yang memeriahkan program ini ialah Erra Fazira, Amy Mastura, Rozita Che Wan, Noorkumalasari, Abam Bocey, Hisyam Hamid, Bell Ngasri, Siti Nordiana dan ramai lagi.
Ads
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Biasa kalau kalau roti cinnamon ni bersaiz besar. Walau apapun saiznya, rasanya memang sedap. Boleh juga bakar dalam paper cup supaya senang nak letakkan topping nanti. Kalau nak roti besar boleh gandakan adunan saja. Jom kita meroti untuk jamu sekeluarga makan. Mesti laku keras nanti.
Untuk roti: (Saya buat setengah adunan) 150gm tepung high protein/tepung roti 20gm gula 1 sudu kecil yis Sedikit garam 80ml susu fullcream 1 biji kuning telur 25gm marjerin/butter
Cara membuat: 1.Masukkan semua bahan dan uli hingga doh elastik, perap dalam 40 minit baru bentukkan roti.
Untuk filling roti: 25gm gula pasir 25gm gula perang 1 sudu besar cinnamon 15gm marjerin/butter
Cara membuat: 1.Canaikan doh memanjang dan sapukan butter. 2.Campurkan gula dan serbuk cinnamon, taburkan pada doh tadi. 3.Gulung dan potongkan 4.Susunkan dalam loyang atau paper cup 5.Bakar dalam oven suhu 170 selama 20-25 minit atau sehingga roti masak
Cara membuat: 1.Putarkan gula aising dengan whiping cream. 2.Dah sebati masukkan cream cheese dan esen vanilla. 3.Masukkan dalam piping bag dan simpan dalam peti lebih kurang satu jam sebelum digunakan. 4.Paipkan topping tiramisu atas roti apabila roti dah masak dan sejuk. 5.Taburkan serbuk koko.
Tiba-tiba teringin nak makan Yong Taufu? Ha…Ni dia resipi paling cepat dan mudah. Sekejap je dah boleh makan. Bahan-bahannya pun tak rumit dan senang di dapati. Pendek kata respi perkongsian saudari Dayang Asmah Ag Marali memang berbaloi dicuba. Jom try!
Setengah orang panggil masak cuka ada yang panggil jeruk ikan apa pun selera dimakan dengan nasi panas-panas . Masakan ni kan masak hari ni esok makan lagi sedap.Nak buat pun senang ja.
Bahan-bahan:
2-3 ketul isi ikan ketul (sedap kalau ikan tenggiri atau ikan merah).
10 ulas bawang merah (pilih ulas yang halus)
5 ulas bawang putih
6 biji cili padi
1 camca biji sawi ( mesti ada yang tak kenai)
sikit halia
2 camca cuka makan
Garam & gula secukup rasa
Sikit minyak untuk menumis.
Cara memasak:
1.Ikan digaul sikit kunyit dan garam kemudian goreng.jangan garing sangat.
2.Ambik periuk letak sikit minyak, bila panas tumis biji sawi.
3.Masuk bawang merah dan putih
4.Masuk 1/2 cawan air.
5.Masuk cuka,garam, gula
6. Masukkan cili padi
7.Biar sekejap dan angkat. Sedia untuk dihidang.