Gulai Lemak  Air Tangan Ibu & Isteri Pilihan Fad Bocey Sepanjang Ramadan Ini.

Share

“Dulu  walau banyak mana makanan saya borong di Bazar Ramadan saya beli, balik rumah, masakan mak juga saya cari,” beritahu Fad Bocey.  Nampak macam  kelekar tetapi memang itulah yang berlaku di kalangan anak-anak. Sementelah lagi kalau bujang.  Biarpun simple air tangan ibu  tetap terbaik pada selera si anak.

Akui Fad Bocey, satu-satunya masakan ibu yang tidak pernah dia jemu mahupun muak adalah Gulai Lemak Cili Padi Ibunya. Kini selepas berkahwin, isterinya juga pandai masak Gulai Lemak Cili Padi selepas berguru dengan ibu mentua. Selain Gulai Lemak Cili Padi, Fad juga suka Bihun Goreng yang dimasak oleh ibunya.

Selain lauk pauk,  kuih muih juga antara menu wajib ada bila berbuka, antara kuih kegemaran Fad adalah Kuih Cara, Karipap, Bingka Ubi, Apam Susu dan Murtabak.

“Saya sangat terharu dan seronok bila Chef Wan undang saya bersamanya dalam program Rasa Nostalgia Ramadan. Bestnya, sambil tolong menyebuk dapat juga tengok Chef Wan masak secara live dan berbuka dengan air tangannya yang memang sungguh sedap.

Anda yang ingin mencuba menu yang disediakan oleh Chef Wan dan dibantu oleh Fad Bocey berikut disediakan resipinya

GULAI LEMAK KETAM ALA NYONYA

BAHAN-BAHAN:
1kg ketam | dibersihkan

½ biji nanas | hiris

500ml santan pekat

200ml air

1/2 kecil parutan nanas

3 helai daun limau purut

1 genggan daun Basil Thai

1 biji limau nipis | ambil jus sahaja

2 sudu makan sos ikan

1 sudu makan gula Melaka

Garam secukup rasa

4 sudu makan minyak masak

BAHAN KISAR:
10 biji cili merah

2batang serai

3cm kunyit hidup

1 1/2cm halia

2cm lengkuas

10 biji lada hitam

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan kisar hingga pecah minyak.

  1. Masukkan parutan nanas, kacau rata dan masukkan santan pekat. Kacau seketika.
  2. Setelah mendidih masukkan sedikit air untuk kuah.
  3. Seterusnya masukkan daun selasih, daun limau purut, garam, gula Melaka dan perahan jus limau nipis.
  4. Akhir sekali masukkan ketam, nanas dan sos ikan biarkan mereneh 5-6 minit. Tutup api dan gulai sedia dihidangkan.

KUIH CARA GULA

BAHAN-BAHAN:
2 cawan air daun pandan

200ml santan

2 biji telur |kacau

3 cawan tepung gandum

Sedikit garam

Gula secukupnya | untuk inti

2 sudu makan marjerin | cairkan

2 sudu makan minyak sapi

CARA MEMASAK:
1. Dalam mangkuk adunan, masukkan tepung gandum, air pandan, santan, secubit garam dan marjerin yang telah dicairkan tadi.

  1. Kacau sebati hingga adunan menjadi tidak terlalu pekat atau cair, kemudian tapiskan.
  2. Panaskan acuan kuih cara dengan api kecil terlbih dahulu.
  3. Tuangkan adunan kuih cara dalam acuan hingga 1/2 acuan. Bakar dalam ketuhar 5-6 minit.
  4. Keluarkan acuan dan letakkan gula di atas kuih cara, kemudian tutup atas kuih dengan adunan kuih cara hingga penuh.
  5. Bakar semula dengan masa yang sama hingga habis adunan, Keluarkan dari acuan dan sedia dihidangkan.

JANGAN LUPA TONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN SEPANJANG BULAN RAMADAN INI

Jangan gan lupa saksikan rancangan terbaru; Rasa Nostalgia Ramadan yang bersiaran sepanjang bulan Ramadan ini. Menampilkan chef selebriti terkenal, Datuk Redzuan Ismail atau Chef Wan sebagai hos, beliau akan bergandingan bersama selebriti jemputan padasetiap episod sepanjang 22 episod bersiaran.

Antara selebriti undangan yang memeriahkan program ini ialah Erra Fazira, Amy Mastura, Rozita Che Wan, Noorkumalasari, Abam Bocey, Hisyam Hamid, Bell Ngasri, Siti Nordiana dan ramai lagi.

 

 

 

 

Published by
Norasida Myasin