Makan

Gulai Lemak Kelantan Paling Sedap. Ikut Resipi Ni Pasti Jadi

Share

Jom cuba masak Gulai Lemak Kelantan ni! Ikan Ayo / Ikan Aya / Ikan Tongkol sememangnya sangat sedap. Boleh dimasak perlbagai cara namun jika di Kelantan, salah satu resipi yang sedap dimasak menggunakan ikan ini adalah Gulai Kunyit Lengkuas @ Gulai Lemak Kelantan. Sangat enak dimakan bersama nasi putih panas dan juga sambal. Nak cuba? Saudara Suriani Mohd ada kongsikan resipi. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

RESIPI GULAI LEMAK KELANTAN YANG SEDAP & MUDAH

BAHAN-BAHAN:
Ikan tongkol hitam
3 keping asam gelugur – beli online disini

2 inci lengkuas
Sedikit garam
1 keping nise (gula merah keping) – beli online disini
200ml santan kotak – beli online disini
1 sudu besar rempah kari ikan – beli online disini
1 sudu biji ketumbar – tumbuk
Air rebusan ikan
Garam & perasa secukupnya
BAHAN KISAR:
4-5 tangkai cili kering
5 tangkai cili Api
½ sudu besar serbuk kunyit (guna kunyit hidup lagi sedap)
1 inci lengkuas
1 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
BAHAN SAYUR:
Timun dan kacang panjang
Cili api merah & hijau
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan ikan dan masukkan ke dalam periuk.
2. Masukkan asam gelugur, lengkuas, garam dan nise. Rebus hingga masak. Sebaiknya, rebus ikan dan biarkan semalaman supaya rasa meresap ke dalam isi ikan.
3. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar.
4. Masukkan rempah kari ikan (tak letak pun tak apa) dan juga biji ketumbar yang telah ditumbuk.
5. Seterusnya masukkan santan.
6. Masukkan juga air rebusan ikan. Kacau sebati. Jumlahnya bergantung pada pekat mana anda nak.
7. Seterusnya masukkan ikan. Kacau lagi.
8. Bila telah sebati, masukkan kesemua sayuran. Masak lagi hingga sayur lembut.
9. Gulai Lemak Kelantan sedia untuk dinikmati. Paling enak makan bersama ikan masin dan cili api cuka.

Kredit resipi & foto: Suriani Mohd

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

 

Published by
Nur