Gulai Lemak Ketam Pegaga Ni Memang Win, Korang Kena Cuba!

Share

Anda pernah makan  gulai lemak ketam dengan pegaga? Kalau tak pernah, wajib cuba sebab memang sedap. Sedapnya memang win, lebih pedas lagi sedap. Gulai ni dua dalam satu masakan, ketam campur dengan ulam pegaga.

 GULAI LEMAK KETAM BERSAMA PEGAGA

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg ketam | bersihkan dan tos
  • 150gm daun pegaga | buang tangkai
  • 1 liter santan kelapa
  • 2 keping asam gelugor
  • 2 batang serai | titik
  • Garam dan gula secukup rasa
  • BAHAN KISAR:
  • 15 biji cili padi
  • 3cm kunyit hidup

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan santan bersama bahan kisar dalam periuk.
  2. Masak di atas dapur menggunakan api sederhana.
  3. Setelah mereneh masukkan serai dan asam gelugor.
  4. Seterusnya masukkan ketam dan daun pegaga. Terus kacau.
  5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  6. Selapas 3-4 minit. Tutup api.
  7. Gulai ketam sedia dihidangkan.

 

 

Published by
Norasida Myasin