Makan

Gulai Lemak Nanas Ikan Kurau Masin. Makan Dengan Nasi Panas & Sambal Belacan, Padu!

Share

Gulai Lemak Nanas Ikan Kurau Masin, menu yang cukup mengujakan penggemar masakan kampung. makan dengan nasi panas dan sambal belacan, ada ulam-ulam dah cukup buat makan nasi bertambah.

Selalu makan kat luar mesti tak puas, buat sendiri kat rumah dapat makan dengan keluarga baru seronok. Nanas jadi pelengkap rasa buat gulai kegemaran ramai ni.

Mari kita cuba Gulai Lemak Nanas Ikan Kurau Masin mengikut resipi yang dikongsikan oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan ini.

RESIPI GULAI LEMAK NANAS IKAN KURAU MASIN

BAHAN-BAHAN:

50gm ikan kurau masin
½ biji nanas
2 biji bawang merah ros
5 biji cili api/padi – beli online
1 biji cili merah – beli online
2 inci kunyit hidup – beli online
1 batang serai
150 ml santan pekat
1 keping asam keping – beli online

CARA-CARA MEMBUAT:

1. Kupas nanas dan ketepikan. Tumbuk cili merah, cili padi, kunyit hidup dan bawang merah.

2. Masukkan ke dalam kuali bahan yang ditumbuk tadi. Tak perlu letak minyak.

3. Masukkan santan. Biarkan masak seketika.

4. Masukkan serai yang telah diketuk.

5. Masukkan ikan kurau masin. Renihkan seketika.

6. Masukkan nanas yang siap dipotong tadi.

7. Masukkan asam keping. Kacau biar sebati.

8. Inilah hasilnya. Bolehlah dihidangkan.

Kredit: Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

Published by
Azlin