
Salai adalah kaedah orang lama menyimpan bahan mentah untuk jangka masa yang lama. Bahan mentah digantung dan di asapkan dalam jangka masa 1 hingga 2 jam dan harus di salai sekata.
GULAI LOMAK CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
- Setengah ekor itik salai
- *10 biji cili padi merah
- 4 batang serai dititik
- * 2 inci kunyit
- *1 biji bawang merah
- 1 kotak besar santan/ setengah kilo santan segar
CARA MEMASAK
- Kisar semua bahan bertanda *. Masukkan dalam periuk dan biar mendidih.
- Selepas itu masukkan serai yang dititik.
- Masukkan itik salai dan gaul hingga sebati. Tutup periuk dan biar masak seketika untuk kecutkan daging itik.
Info: Pastikan sentiasa mengacau atau ‘menembok’ kuah selepas masukkan santan untuk memastikan santan tidak pecah minyak. Ulang proses ini sampai habis masak.
Kredit: Aisha Shukor
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Masak Guna Pes Sambal Banyak Resipi Boleh Buat, Mudah Dan Cepat

Bagi para ibu yang bekerja, waktu pulang daripada kerja terus sahaja bergegas ke dapur bagi menyediakan makan malam untuk seisi keluarga. Kelam kabut juga dibuatnya kerana anak-anak pula sedang kelaparan dan hendak segera makan. Jadi, penggunaan pes yang telah pun disiapkan pada hujung minggu sangat membantu. Pes yang sama itu boleh digunakan untuk memasak pelbagai resipi dengan sedikit penambahan bahan lain. Yang pasti, kerja memasak lebih pantas dan menjimatkan masa. Kami kongsikan resipi berasaskan pes yang mudah dan cepat untuk dimasak sebagai panduan. Selamat mencuba!
PES SAMBAL
BAHAN-BAHAN
100gm cili kering | dibuang biji dan rendam
3 biji bawang besar
3 biji bawang putih
2.5cm belacan | pilihan
½ cawan kecil air asam jawa
Minyak masak secukupnya
CARA-MEMASAK
- Semua bahan tersebut dikisar sehingga lumat. Panaskan ¼ cawan minyak masak.
- Tumis bahan kisar hingga naik bau dan sedikit garing. Angkat dan sejukkan.
- Masukkan ke dalam bekas kedap berkaca (supaya tahan lama). Simpan di dalam peti sejuk. Sedia untuk digunakan.
Info chef: Boleh juga dibekukan untuk kegunaan jangka masa yang lama.

MASAK LEMAK AYAM
BAHAN-BAHAN:
4 ketul ayam sederhana besar
2 sudu makan pes sambal
2.5cm kunyit hidup
3 biji cili padi
1 batang serai | ketuk
1 mangkuk santan pekat
1 keping asam gelugur
1 biji buah tomato | potong empat
1 helai daun kunyit | racik halus
2 helai daun limau purut
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
- Tumbuk lumat kunyit hidup dan cili padi. Renehkan di dalam periuk bersama sedikit air, dua sudu makan pes sambal, daun limau purut dan serai. Kacau perlahan.
- Setelah sedikit mendidih, campurkan sedikit air lagi dan masukkan ketulan ayam. Masukkan juga asam gelugur.
- Setelah ayam sudah empuk dan masak, masukkan santan pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Kacau perlahan. Masukkan hirisan buah tomato.
- Setelah kuah sudah pekat sedikit, masukkan racikan daun kunyit. Biar daun kunyit lembut sedikit barulah tutup api dan siap untuk dihidangkan.
Info chef: Jika mahu lebih pedas, masukkan lebih cili padi.
Saiz hidangan: 2-3 orang
Waktu memasak: 30 minit
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Rasa pedas, masin, masam dan lemak yang sekata
Jenis masakan : Lauk pauk
Cara memasak : Reneh
Anggaran kos: RM13

IKAN KEMBUNG STIM BERSAMBAL
BAHAN-BAHAN
1 ekor ikan kembung bersaiz besar
3 sudu makan pes sambal
1 biji limau kasturi
2 batang bendi | hiris serong
1 biji bawang besar | hiris bulat
1 biji cili merah | hiris
Garam dan gula secukupnya
Aluminium foil
CARA MEMASAK:
- Sediakan aluminium foil. Ikan kembung dilumur garam, gula dan perahan limau kasturi. Kemudian masukkan ikan ke dalam aluminium foil.
- Masukkan pula pes sambal, hirisan bawang besar, cili merah dan bendi. Balut ikan dengan kertas aluminium foil tadi dan kukus dalam 15 minit. Selepas 15 minit, angkat dan hidangkan
Info chef: Enak dimakan bersama nasi panas.
Saiz hidangan: 2-3 orang
Waktu memasak: 30 minit
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Ada rasa masam dan sedikit pedas
Jenis masakan : Lauk pauk
Cara memasak : Kukus

ASAM PEDAS AYAM
BAHAN-BAHAN
4 ketul ayam | sederhana besar
3 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit daun kesum
1 batang bunga kantan
Sedikit daun ketumbar
Minyak masak secukupnya
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan sedikit serbuk kunyit. Setelah terbit bau, masukkan pes sambal dan bunga kantan. Kacau hingga bau wangi.
- Masukkan sedikit air asam jawa dan air untuk kuah. Masukkan daun kesum. Setelah mendidih, masukkan ayam dan masak sehingga ayam empuk. Sesuaikan garam dan gula secukup rasa. Gaul sekata.
- Taburkan sedikit daun ketumbar sebelum dihidangkan untuk aroma.
Info chef: Jika ingin lebih pedas, boleh tambah sedikit cili giling ketika menumis.
Saiz hidangan: 3-4 orang
Waktu memasak: 30 minit
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Aroma bunga kantan tambah kesedapan masakan
Jenis masakan : Lauk pauk
Cara memasak : Tumis dan reneh

SAMBAL BENDI
BAHAN-BAHAN
9 batang kacang bendi | basuh dan potong serong
2 sudu makan pes sambal
2 biji bawang merah | racik
1 ulas bawang putih | racik
Sedikit ikan bilis
Garam dan serbuk perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya
Sedikit bawang goreng
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan.
- Masukkan ikan bilis, goreng sehingga garing. Masukkan pes sambal dan kacau hingga naik bau.
- Masukkan sayur bendi dan kacau hingga rata. Perasakan dengan serbuk perasa dan garam secukupnya.
- Kemudian angkat, taburkan sedikit bawang goreng sebelum dihidangkan.
Info chef: Boleh campurkan sayur lain juga seperti kacang jika mahu.
Saiz hidangan: 2-3 orang
Waktu memasak: 15 minit
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Rasa bendi yang unik
Jenis masakan : Lauk pauk
Cara memasak : Tumis dan goreng

DAGING KICAP PEDAS
BAHAN-BAHAN
100gm hirisan daging nipis
Minyak untuk menumis secukupnya
BAHAN PERAPAN DAGING:
3 biji bawang merah | kisar
2 biji bawang putih | kisar
2.5cm halia | kisar
Sedikit jintan manis tumbuk-BELI ONLINE DI SINI
1 sudu makan kicap manis
1 sudu makan pes sambal
1 biji bawang merah | potong bulat
1 biji cili hijau | hiris
Garam dan gula secukupnya
Sedikit daun ketumbar
TONTON DAPUR RASA LIVE: Resipi Mangolian Beef
CARA MEMASAK:
- Daging diperap dengan bahan yang telah dikisar, jintan manis dan kicap manis selama 15 minit. Ketepikan.
- Panaskan kuali dan masukkan daging perapan, Setelah air perapan kering meresap ke dalam daging barulah dimasukkan minyak untuk menumis.
- Tumis pes sambal bersama daging perapan tadi. Setelah agak naik bau, masukkan garam dan gula secukup rasa. Kacau sebati.
- Setelah sambal pecah minyak, masukkan hirisan bawang besar dan cili hijau. Kecilkan api dan biar seketika.
- Angkat, tabur sedikit daun ketumbar dan sedia untuk dihidangkan
Info chef: Enak dimakan bersama nasi putih.
Saiz hidangan: 2 orang
Waktu memasak: 30 minit
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Ada rasa manis dan pedas
Jenis masakan : Lauk pauk
Cara memasak : Tumis dan goreng

CENCARU BAKAR PORTUGIS
BAHAN-BAHAN
1 ekor ikan cencaru saiz besar | belah belakang
2 sudu makan pes sambal
1 batang cili merah | hiris memanjang
1 batang cili hijau | hiris memanjang
3 biji cili padi | hiris kasar
Sedikit buah nanas | potong kiub
Sedikit daun limau purut | hiris
Sedikit serbuk kunyit
Garam dan serbuk perasa secukupnya
Sedikit minyak masak- BELI ONLINE DI SINI
CARA MEMASAK:
- Masukkan sedikit pes sambal ke dalam belahan belakang ikan dan lumur pes selebihnya pada ikan bersama serbuk kunyit, garam dan serbuk perasa.
- Gris sedikit periuk pan dengan sedikit minyak dan bakar atau gril ikan tadi.
- Balikkan ikan agar dibakar sekata. Tambah hirisan cili, nanas, daun limau purut dan tambah sedikit pes sambal lagi dan biar ia masak bersama ikan.
- Setelah garing, bolehlah angkat dan dihidangkan.
Info chef: Boleh tambah hirisan cili padi jika mahu pedas.
Saiz hidangan: 1-2 orang
Waktu memasak: 30 minit
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Daun limau purut tambah aroma pada masakan
Jenis masakan : Lauk pauk
Cara memasak : Bakar
Resipi: Koleksi Majalah RASA
INGINKAN PERKAKAS DAPUR DAN RUMAH YANG MEMUDAHKAN KERJA ANDA DI RUMAH. JOM LAYARINYA DI SINI.
Resipi Ayam Kukus Kicap. Menu Jimat, Sihat & Sedap Paling Mudah Masak

Pernah cuba sajian Ayam Kukus Kicap? Resipi perkongsian dari saudari Dani J Tang ni nampak sangat mudah dan sedap. Memang senang sahaja cara memasaknya. Bagi anda yang sukakan lauk pauk yang lebih sihat, resipi ini tentunya boleh dicuba. Sesuaikan sahaja dengan cita rasa. Anda pasti makan dengan penuh selera.
CARA MASAK AYAM KUKUS KICAP, MUDAH & SEDAP

BAHAN-BAHAN (kuantiti bahan ikut jumlah ayam yang digunakan):
Ayam bahagian peha penuh (whole leg)
Halia – hiris
Bawang putih – hiris
Sedikit minyak masak
Garam
Kicap manis – beli online disini
Sos tiram – beli online disini
Minyak bijan – beli online disini
Lada hitam – beli online disini
Chicken seasoning / serbuk perasa ayam – beli online disini
Sedikit kicap masin – jika suka – beli online disini
Cili padi
Limau kasturi
CARA MEMASAK AYAM KUKUS KICAP:
1. Cuci bersih ayam dan buang tulangnya. Toskan.
2. Hiris halia dan bawang putih.
3. Panaskan kuali dengan sedikit minyak, tumis bawang putih dan halia sampai naik bau dan keperangan. Angkat dan ketepikan.
4. Masukkan ayam tadi ke dalam minyak tumisan tadi. Biar dalam 1-2 minit.
5. Kemudian terbalikkan ayam, masak sisi satu lagi selama 1-2 minit biar masak sempurna. Guna api besar, tutup penutup kerana ayam akan meletup-letup. Jangan masak lama nanti ayam hangus.

NOTA: nak terus kukus ayam pun boleh, tapi empunya resipi suka masak seketika sebab suka aroma tumis.
4. Sediakan mangkuk, masukkan garam, kicap manis, sos tiram (jika suka), minyak bijan, lada hitam dan chicken seasoning.
5. Kacau sebati dan perap ayam sekurang-kurangnya 30 minit. Nak letak sedikit kicap masin pun boleh. Sesuaikan ikut selera.
6. Panaskan air kukusan, kukus ayam sehingga masak.
7. Bila ayam sudah masak, angkat dan hiris ayam menjadi kepingan.
8. Tuang sedikit kicap manis diatasnya.
9. Hiris cili padi dan limau kasturi kemudian tabur atas ayam.
10. Ayam Kukus Kicap sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Dani J Tang
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Resipi Ayam Pakora. Sajian Asli India Yang Dijamin Menjilat Jari!

Bagi anda yang gemarkan masakan gaya India, menu Ayam Pakora yang mudah dan ringkas ini memang patut dicuba. Isi ayam yang diadun dengan rempah serta digoreng rangup ini pastinya memukau selera anda. Kena cuba!
AYAM PAKORA
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan isi ayam | dicincang halus
- 1 labu bawang besar | dicincang
- 2 biji cili hijau | dicincang
- 1/2 inci halia | ditumbuk
- 1 ulas bawang putih | ditumbuk
- 1 sudu makan jus perahan lemon
- 1 cawan tepung gandum
- 1 sudu makan tepung beras
- 1/2 sudu teh minyak masak
- 1 sudu makan daun ketumbar | dicincang halus
- Air secukupnya
- Garam secukup rasa
- Minyak untuk mengoreng
CARA MEMASAK:
- Masukkan isi ayam di dalam bekas bersama bawang besar, cili hijau, garam ,jus lemon dan halia serta bawang putih. Perap seketika lebih kurang 30 minit.
- Dalam bekas lain masukkan tepung gandum, tepung beras, minyak masak, daun ketumbar, garam serta air secukupnya.
- Gaulkan ayam tadi di dalam adunan tepung hingga rata.
- Panaskan minyak masak dengan banyak dan goreng ayam hingga garing dan kekuningan.
- Angkat, toskan minyak dan hidangkan panas-panas bersama sos.
INFO CHEF: Hidangan ini enak dihidangkan panas-panas dan boleh dimakan begitu sahaja tanpa nasi.








