Gulai Lomak Cili Padi Itik Salai Uwan Den Memang Torbaik

Share

Salai adalah kaedah orang lama menyimpan bahan mentah untuk jangka masa yang lama. Bahan mentah digantung dan di asapkan dalam jangka masa 1 hingga 2 jam dan harus di salai sekata.

GULAI LOMAK CILI PADI

BAHAN-BAHAN:

  • Setengah ekor itik salai
  • *10 biji cili padi merah
  • 4 batang serai dititik
  • * 2 inci kunyit
  • *1 biji bawang merah
  • 1 kotak besar santan/ setengah kilo santan segar

 

CARA MEMASAK

  1. Kisar semua bahan bertanda *. Masukkan dalam periuk dan biar mendidih.
  2. Selepas itu masukkan serai yang dititik.
  3. Masukkan itik salai dan gaul hingga sebati. Tutup periuk dan biar masak seketika untuk kecutkan daging itik.

 

 

Info: Pastikan sentiasa mengacau atau ‘menembok’ kuah selepas masukkan santan untuk memastikan santan tidak pecah minyak. Ulang proses ini sampai habis masak.

 

Kredit: Aisha Shukor

Published by
Zera Naim