Gulai Nangka & Babat Atau Kari Pisang Muda & Daging? Mana Satu Pilihan Korang.

Share

Korang suka yang mana satu, gulai nangka  atau pisang muda? Sebenarnya dua-dua sedap, kena gaya campur lauknya, memang sungguh sedap. Gerenti makan bertambah-tambah, memang sedap sungguh masakan kampung, langsung tak jemu. Kalau korang nak cuba ini dua menu lauk yang dicampur dengan pisang dan nangka.

 

GULAI MINANG NANGKA BERSAMA BABAT

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm nangka muda | potong dadu dan rebus
  • 300gm babat | cuci bersih, rebus dan hiris kecil
  • 500 ml santan
  • 3-4 helai daun limau purut
  • 2 batang serai | titik
  • 2 keping asam gelugor
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 3 sudu makan minyak masak

BAHAN KISAR:

  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2cm halia
  • 2cm lengkuas
  • 3cm kunyit hidup
  • 6 biji cili padi
  • 2 biji cili merah
  • 4 biji buah keras

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan kisar hingga wangi.
  2. Masukkan serai, daun limau purut dan kacau lagi.
  3. Seterusnya masukkan bahat, kacau seketika baru masukkan santan.
  4. Setelah mendidih masukkan nangka, asam gelugor.
  5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  6. Setelah cukup rasa, tutup api.
  7. Gulai nangka, sedia dihidangkan.

KARI PISANG MUDA BERSAMA DAGING

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm pisang berangan muda| buang kulit ari
  • 250gm daging | hiris nipis dan cuci bersih
  • 200ml santan pekat
  • 300 ml air
  • 2 keping asam gelugor
  • 3 sudu makan rempah kari daging
  • 2 sudu makan serbuk cili
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 3 sudu makan minyak masak | untuk menumis

 CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan kisar hingga wangi.
  2. Masukkan rempah kari yang dibancuh bersama serbuk cili.
  3. Kacau rata hingga timbul minyak, baru masukkan daging.
  4. Setelah air daging kering, masukkan santan, jika agak pekat tambah sedikit air.
  5. Biarkan mereneh atas api sederhana, kemudian masukkan pisang dan asam gelugor.
  6. Setelah pisang empuk, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  7. Setelah cukup rasa. Tutup api.
  8. Kari pisang sedia dihidangkan.

 

Published by
Norasida Myasin