Lauk negeri pantai timur Gulai Nasi Berlauk Kelantan Stail memang popular. Cukup dengan khasiat ikan dan sayur-sayuran.
Kalau negeri lain gulai ni nampak macam masak lemak kuning . Tapi istimewanya ada telur rebus, ikan tongkol, kacang panjang dan timun dan tak perlu lauk sampingan atau nak kena masak sayur lagi. Jom kita cuba resipi perkongsian dari Rose Mawar Merah ini.
GULAI NASI BERLAUK STAIL KELANTAN
BAHAN-BAHAN ( boleh tengok sukatan dalam foto ):
10 keping ikan tongkol 2 asam keping – beli online DI SINI 5 biji telur rebus 250ml santan | kotak kecil- beli online DI SINI Garam secukup rasa Gula secukup rasa
Bahan kisar: 1 biji bawang besar 1 sudu makan serbuk kunyit @ kunyit hidup 5 ulas bawang putih 10 biji cili padi hijau – beli online DI SINI 5 tangkai cili kering – beli online DI SINI 1.5 sm lengkuas | dihiris dulu baru dikisar
10 biji cili api merah dan hijau untuk masuk terus dalam kuah Timun | hiris tebal Satu ikat kecil kacang panjang | dipotong dan diasing *Ketiga bahan ini masuk akhir sekali bila gulai dah masak.
Ads
CARA MEMASAK : 1. Mulakan kisarkan bahan-bahan untuk di kisar .
2. Ikan tongkol rebus dulu letak air paras ikan aje, Nanti air ikan akan keluar. Masukkan asam keping dan garam masak hingga tinggal separuh.
3. Santan, cili api merah dan hijau, kacang panjang dan timun celur asing, masukkan last sekali bila gulai dah masak.
4. Masukkan santan dan bahan kisar di dalam periuk,masak dengan api sederhana hingga pecah minyak. Sentiasa kacau supaya santan tidak berketul. 5. Bila kuah dah menggelegak masukkkan ikan bersama air rebusan ikan tadi. Perasakan dengan garam dan gula.
Ads
6. Masukkan kacang panjang, timun dan cili api, tunggu seketika boleh tutup api.
RESIPI BONUS SAMBAL NASI BERLAUK :
*cili besar merah,cili api,limau kasturi,cuka,garam & gula. Kisar semua
Kredit Resepi : Rose Mawar Merah
Ads
INGIN MENCARI MESIN PENGISAR YANG EFEKTIF DAN TERKINI, JOM BELI ONLINE DI SINI
Bagi penggemar manisan, resipi Puding Laici zaman 90 an perkongsian saudari Muhammad Ali atau lebih dikenali dengan nama panggilan Mr Ali ini sangat perlu anda cuba. Ia adalah salah satu resipi ibunya dan popular dikalangan mak-mak zaman 90-an. Menurut beliau resipi ini sangat mudah. Hanya menggunakan satu lapisan sahaja dan dinasihatkan membuatnya dalam kuantiti yang banyak kerana sangat sedap! Pasti tak cukup kalau buat sedikit sahaja. Satu adunan ini boleh menggunakan loyang bersaiz 9 inci (empunya resipi guna loyang petak saiz 8 inci dan acuan Canele). Selamat mencuba!
CARA MEMBUAT PUDING LAICI SEDAP GUNA RESIPI MAK-MAK ZAMAN 90 AN
CARA MEMASAK: 1. Basuh agar-agar tali dan masukkan ke dalam periuk bersama air dan agar – agar tali. Biarkan dalam 5-6 minit atau sampai mendidih. Kacau perlahan-lahan dengan menggunakan api perlahan.
2. Selepas itu masukkan gula. Biarkan gula larut terlebih dahulu sambil dikacau-kacau.
3. Bila sudah larut, masukkan air laici (air sahaja) dari 1 tin air laici tadi. Jangan masukkan buah. Kacau sebati.
4. Sementara itu pecahkan telur. Kacau sebati dan masukkan bersama susu cair.
5. Masukkan esen vanila dan juga garam. Kacau biar sebati. Ketepikan.
6. Dalam bekas berlainan, masukkan bancuhan tepung kastard yang telah diadun bersama air. Kacau sebati dan masukkan ke dalam telur yang sudah dikacau dengan susu cair tadi.
7. Kacau sebati dan masukkan ke dalam adunan agar-agar laici tadi.
8. Kacau perlahan-lahan selama 6-8 minit menggunakan api perlahan.
9. Bila sudah mendidih, masukkan buah laici dan kacau lagi dalam 10 saat kemudian padamkan api.
10. Masukkan adunan puding ke dalam acuan atau loyang yang bersesuaian.
11. Jangan terus masukkan dalam peti, biarkan di luar terlebih dahulu selama 40 minit kemudian barulah dimasukkan dalam peti sejuk dan dinginkan selama 3 jam.
12. Bila sudah mengental sempurna, boleh dipotong dan dihidangkan.
NOTA: Agar-Agar tali sangat sesuai digunakan kerana teksturnya yang stabil dan hasilnya tidak terlalu lembik.
Rempah ratus menjadi agen penambah perisa dan penyedap rasa masakan termasuklah dalam masakan Melayu. Ditambah pula dengan gabungan bahan mentah tempatan seperti santan dan daun kari, serai kunyit dan lengkuas dan cili, keenakan menjadi lebih terasa seperti dalam tiga menu lauk berasaskan kari yang RASA kongsikan ini.
KETAM KARI CILI
BAHAN-BAHAN:
3 ekor ketam | bersih dan potong dua
1 sudu makan rempah kari
1 sudu makan serbuk cili
1 biji bawang besar hiris
1 tangkai daun kari | lurut dari tangkai
1 sudu makan air asam
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya| menumis dan meng
BAHAN KISAR:
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2cm halia muda
2 biji buah keras
1 batang serai
CARA MEMASAK:
Gaulkan ketam dengan garam dan serbuk kunyit, ketepikan.
Panaskan minyak, goreng ketam hingga kemerahan kulitnya. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan sedikit minyak, tumiskan bahan kisar hingga naik bau, kemudian masukkan air asam, kacau rata.
Setelah pecah minyak, masukkan ketam yang telah digoreng, gaul rata, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Tutup api, ketam sedia dihidang panas-panas
KARI DAGING TETEL BERSAMA NANGKA MUDA
BAHAN-BAHAN:
1 kg daging tetel | potong kecil dan rebus hingga empuk
300gm nangka muda | potong dadu dan rebus empuk
1 litter santan kelapa
3 sudu makan rempah kari daging
2 sudu makan pes cili
1 sudu teh serbuk cili
2 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu makan minyak masak
2 batang serai | titik
3cm lengkuas | titik
BAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
BAHAN KISAR:
8 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3cm halia
2cm lengkuas
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan rempah penumis hingga wangi.
Kemudian masukkan bahan kisar kacau lagi.
Setelah pecah minyak, masukkan campuran rempah gulai dengan serbuk cili yanag dibancuh dengan sedikit air. Kacau rata.
Setelah garing masukkan daging yang telah direbus tadi, gaul rata dan masukkan santan.
Tambahkan sera, lengkuas dan asam gelugor.
Biarkan gulai terus mereneh di atas dapur.
Apabila daging empuk, masukkan nangka.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Setelah cukup masak, tutup api dan gulai sedia dihidangkan.
KARI MAMAK IKAN JENAHAK
BAHAN-BAHAN:
1kg ikan Jenahak
4 sudu makan rempah kari ikan
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu makan halba campur
1/2cawan air asam Jawa
250ml santan kotak
8 ulas bawang merah | hiris
5 ulas bawang putih | hiris
3cm halia muda | hiris memanjang
1 tangkai daun kari
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
BAHAN ISIAN:
5 biji bendi
2 biji terung panjang
2 biji tomato
2 biji cili hijau
1 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkai
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam periuk atau kuali besar.
Tumiskan bahan hirisan bersama halba campur dan daun hingga wangi.
Seterusnya masukkan pula campuran rempah dan serbuk cili yang dibancuh dengan sedikit air.
Kacau rata hingga pecah minyak, masukkan air asam Jawa.
Setelah mereneh, masukkan ikan, diikuti dengan santan yang dicampur dengan sedikit air. Biarkan kari terus menereh.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Setelah timbul minyak, masukkan bahan isian. Biarkan 2-3 minit.
Mi homemade ni memang sedap dan boleh hasilkan macam-macam menu. Biasanya kita beli je kan tapi menerusi perkongsian saudari Zurina Zulkefli, beliau kongsikan cara-cara buat mi homemade tanpa pengawet yang sangat mudah. Paling penting tidak menggunakan bahan pengawet seperti Asid borik, air kapur mahupun perasa tambahan. Hanya guna 4 bahan utama iaitu, tepung gandum, serbuk kunyit, garam dan dan air. Jom cuba! Anda pasti kagum bila lihat hasilnya.
RESIPI MI HOMEMADE TANPA PENGAWET
BAHAN-BAHAN:
1 cawan tepung gandum – diayak Secubit serbuk kunyit Secubit garam halus Air – tiada sukatan tepat tapi air perlu dituang sedikit demi sedikit sehingga tepung menjadi doh
CARA MEMASAK:
1. Satukan tepung, serbuk kunyit dan garam. Gaul.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit sambal uli tepung hingga menjadi doh. 3. Bila selesai menjadi doh, rehatkan selama 10 minit. 4. Uli doh kembali secara berulang kali sehingga menjadi doh yang sebati. Kemudian leperkan dan gelek menggunakan mesin mee manual sebanyak 3 kali.
5. Hasil doh yang digelek tadi menjadi kepingan seperti kain.Selain dibuat mi, kepingan doh ini juga boleh ditekap untuk dijadikan kulit dumpling.
6. Selaraskan mata mesin dan lalukan kepingan doh untuk menghasilkan mi.
7. Gumpalan mi yang siap dipotong.
8. Didihkan air dan rebus mi selama 6 minit. Kemudian tos dan rendam sekejap dalam air sejuk. Ia bertujuan untuk mengekalkan tekstur kekenyalan mi.
9. Mi yang siap tadi boleh dimakan bersama sup.Sup yang empunya resipi buat ini adalah Sup Sayur sahaja. Sesuai untuk dimakan oleh anak-anak.
RESIPI SUP SAYUR
BAHAN-BAHAN: 2 ulas bawang putih – diketuk 1 sudu makan minyak masak Air secukupnya Sedikit serbuk pati ayam Garam secukup rasa Sawi jepun Lobak merah
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih hingga wangi. 2. Masukkan air secukupnya diikuti serbuk pati ayam dan garam halus. 3. Bila kuah mendidih, masukkan sawi jepun dan lobak merah. Masak hingga sayur lembut. 4. Angkat dan hidangkan bersama mi.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!