Gulai Siput Sedut Asam Rom, Sekali Makan Boleh Ketagih.

Share

Korang pernah dengar atau masak Asam Rong, ini masakan autentik negeri Pahang terutamanya di kalangan masyarakat di Raub, Kuala Lipis dan Jerantut, Asam Rong diperbuat dari buah perah atau buah biji getah. Hanya yang pakar saja pandai membuatnya. Kebiasaanya Asam Rong ini di masak untuk gulai ikan sungai. Rasanya masam-masam pedas yang boleh buat orang ketagih, tak cukup sepinggan nasi dibuatnya. Tapi kali ini, korang cuba pulak tukar ikan dengan siput, rasanya terbaikkk, Korang kena cuba…

GULAI SIPUT SEDUT ASAM ROM

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg siput sendut | buang ekor, bersih dan tos.
  • 1 cawan terung pipit | buang tangkai dan belah sedikit
  • Sedikit daun pucuk paku | ambil pucuk dan daun sahaja
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air secukupnya

BAHAN KISAR:

  • 20 biji cili padi
  • 3cm kunyit hidup
  • 3 sudu makan Asam Rom

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan siput sedut yang telah dibesihkan dalam periuk.
  2. Tambahkan bahan kisar, terung pipit, pucuk paku dan air menutup paras siput sedut.
  3. Didihkan di atas dapur dengan api sederhana.
  4. Setelah mereneh, perasakan dengan garam dan gula secukup.
  5. Setelah masak dan cukup rasa. Tutup api.
  6. Sedia dihidangkan.
Published by
Norasida Myasin