Gulai Tempoyak Ayam memang sedap makan dengan nasi putih. Sama juga dengan gulai tempoyak ikan, bezanya yang ini menggunakan ayam sebagai bahan utama selain tempoyak.

Menurut empunya resipi ini merupakan cara masak dan resipi orang Perak dan katanya lagi ia mungkin tidak sama dengan cara dan resipi masak tempoyak negeri lain.

Mungkin ada yang tidak makan ikan sungai, bolehlah cuba buat Gulai Tempoyak Ayam ni. Sedap dan cukup menyelerakan tambah pula sekarang musim durian, memang sesuai nak masak menu macam ni.

GULAI TEMPOYAK AYAM

Gulai Tempoyak Ayam, Ikut Resipi Orang Perak. Sesuai Jadi Menu Musim Durian Ni!

BAHAN-BAHAN:

5- 6 ketul ayam (nak lebih pun boleh)

3 batang serai ( diketuk)

1 biji timun ( belah 2 memanjang.. buang bijinya guna sudu kemudian potong serong)

Ads

1 sudu besar gula pasir (kalau guna tempoyak yang agak masam.. .tambah lagi 1 sudu besar gula)

2 sudu teh garam

sedikit bahan perasa

3 cawan air

1 cawan tempoyak (kalau kuah cair boleh tambah tempoyak lagi ye)

Sedikit daun kesum

BAHAN KISAR:

2 biji cili merah(cili besar merah)

10 biji cili padi

5 ulas bawang putih

1 biji bawang besar

Sebesar ibu jari ubi kunyit ( kalo xde guna serbuk kunyit jer 1/2 sdb)

Ads

1/2 cawan air

(Kisar semua bahan)

Gulai Tempoyak Ayam, Ikut Resipi Orang Perak. Sesuai Jadi Menu Musim Durian Ni!

CARA MEMASAK:

  1. Masukan bahan kisar ke dalam periuk, kemudian masukan air, gula, garam, serai, , daun kesom, tempoyak dan sedikit serbuk perasa ( jika suka). Gaul sebati.
  2. Renehkan hingga mendidih, biarkan mendidih seketika dan masukan ayam. Bila ayam lembut masukan timun.
  3. Apabila timun dah agak lembut, sesuaikan rasa dengan garam gula kemudian tutup api.
  4. Siap untuk dihidangkan.

Gulai Tempoyak Ayam, Ikut Resipi Orang Perak. Sesuai Jadi Menu Musim Durian Ni!

Kredit:  MARIANA ZAINAL

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Ads

Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA

Resepi Ayam Masak Kicap Pedas Pekat Memang Sedap

Asam Pedas Ayam, Lebih Pekat & Sedap. Memang Padu!

Resipi Ayam Bakar Paling Mudah. Perap Semalaman Lagi Sedap!

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI