Gulai tempoyak ayam? Mungkin ramai yang pelik kerana biasanya gulai atau masak tempoyak menggunakan ikan.
Tapi sebenar gulai ini memang ada. Bukan resipi baru tapi ada yang menikmatinya sejak dari kecil lagi. Kalau nak tahu rasanya, memang kena cuba.
Resipi gulai tempoyak ayam
Bahan-bahan
6 ketul ayam -dibersihkan
3-4 sudu besar tempoyak
Cili api (ikut kepedasan)
2 inci kunyit hidup
1 keping asam keping
1 cawan air
Daun kesum
Bunga kantan
Garam dan gula secukup rasa
1 mangkuk air untuk kuah
Cara penyediaan
1. Kisar tempoyak bersama cili api dan kunyit hidup. Masukkan secawan air.
Ads
2. Tuang dalam periuk bahan kisar tadi bersama asam keping, ayam, daun kesum, bunga kantan dan satu mangkuk air. Kacau agar semua bahan sebati dan biarkan gulai merenih.
4. Bila ayam dah masak, masukkan garam dan serbuk perasa. Tambah gula untuk seimbangkan asa tempoyak yang kadang-kadang masam. Tutup api, boleh dihidangkan
Tip untuk dapatkan warna tempoyak yang cantik adalah dengan menggunakan gunakan cili api merah atau cili besar merah. Insya-Allah cantik warnanya.
Macam mana nak tahu tempoyak dah rosak, ini tanda-tandanya;
-Keluarkan bau busuk
-Warna tempoyak berubah menjadi lebih gelap, coklat, atau kehijauan, itu mungkin tanda ia sudah rosak.
-Ada buih atau gelembung
-Tekstur berlendir atau berair
-Ada kulat pada permukaan tempoyak
-Rasa masam yang berlebihan
Jika terdapat mana-mana tanda di atas, sebaiknya elakkan daripada menggunakannya untuk mengelakkan keracunan makanan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Terasa nak makan Gulai Daging? Meh cuba resipi Gulai Daging Cincang Bersama Rebung ni. Menurut empunya resipi; Mama Ayu Kitchen, ini adalah masakan versi utara. Wow! Tengok gambar pun dah tahu sedap. Jom cuba!
GULAI DAGING CINCANG BERSAMA REBUNG VERSI UTARA
BAHAN-BAHAN:
Daging cincang ( anggaran harga RM10)
2 batang rebung ( warna kuning)
Santan secukupnya ( anggaran RM2)
1 paket rempah kari pedas Babas
Garam & serbuk perasa secukupnya
BAHAN KISAR:
3 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
4 sudu makan cili boh
Sedikit belacan
BAHAN TUMIS:
4 sudu makan minyak masak
2 kuntum bunga lawang
2 batang kulit kayu manis
4 tangkai daun kari
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bahan tumis hingga naik bau.
Kemudian masukkan bahan kisar. Kacau rata anggaran 5 minit.
Seterusnya masukkan rempah kari.
Bila rempah dah naik bau, masukkan daging cincang bersama 1 garpu. ( penggunaan garpu bertujuan untuk cepatkan daging empuk)
Biarkan daging masak dalam 45 minit atau hingga lembut. Semasa proses ini, tutup penutup periuk.
Bila dah lembut, masukkan santan dan tambah air secukupnya. Biar hingga mendidih seketika.
Seterusnya masukkan rebung, garam dan perasa mengikut citarasa masing-masing.
Korang suka tak sambal peria katak dengan ikan bilis? Mesti macam-macam riaksi, tapi walaupun ada sedikit rasa pahit, tetapi ia pahit-pahit lemak. Kena dengan ikan bilis rangup dan pedas cili, sambal ini boleh jadi ‘berhantu’. Apa taknya, ia boleh menghabiskan dua atau tiga nasi putih, memang ketagih punya. Memang sedap dan peria juga mempunyai pelbagai khasiat kesihatan. Berikut RASA kongsikan menu Sambal Goreng Peria Ikan Bilis yang gerenti sedap.
SAMBAL GORENG PERIA IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN:
250gm peria | hiris nipis
250gm ikan bilis | belah dua
1 biji bawang besar | hiris
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menmis
BAHAN KISAR:
10 biji cili padi
2 biji cili merah
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang mera
CARA MEMASAK
Gaulkan peria dengan sedikit tepung dan garam halus, gaul rata, ketepikan.
Panaskan minyak, goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan.
Goreng pula peria hingga garing. Angkat dan ketepikan.
Kecilkan api, keluarkan minyak. Tinggal sedikit untuk menumis.
Tumiskan bahan kisar bersama hirisan bawang besar.
Perasakan dengan sedikit garam dan gula secukup rasa.
Setelah bahan tumisan garing tutup api.
Masukkan peria dan ikan bilis goreng tadi. Gaul rata.
Kalau anda hanya larat masak ikan goreng sahaja disebabkan ingin berehat atau keletihan hendak memasak, cuba buat sambal belacan. Itupun sudah cukup menambah selera makan. Apatah lagi kalau ada buah kuini.
Kuini adalah sejenis buah yang bentuknya lebih kurang seperti mangga atau mempelam. Namun, kuini mempunyai bau yang sangat wangi apabila buahnya masak. Buahnya yang masak juga menjadi lembut dan berair.
Buah kuini sedap dimakan begitu sahaja ataupun dijadikan sambal belacan. Melalui facebook, Sue Sera Saira berkongsi resipi sambal belacan kuini. Jom kita lihat resipinya.
SAMBAL BELACAN KUINI
BAHAN-BAHAN
1 tangkai cili merah besar
3 tangkai cili api
2 inci belacan
1 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
Ikan bilis secukupnya (basuh)
1 biji kuini (kupas kulitnya)
CARA MEMBUAT
1. Dalam lesung batu, masukkan cili merah besar, cili api, belacan, gula dan garam. Tumbuk sampai lumat.
2. Masukkan ikan bilis. Tumbuk lagi.
3. Hiris halus buah kuini. Masukkan dalam lesung batu. Gaul rata dengan cili dan ikan bilis yang telah ditumbuk.
4. Buah kuini jangan ditumbuk hancur. Biar kasar-kasar sahaja.
5. Sedia dimakan.
Siap!
Dari lesung batu, hidangkan ke dalam piring.Nampak sedap, kan? Boleh perahkan limau sedikit.
Sambal kuini sedap dimakan dengan nasi panas dan ikan goreng.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!