Sekali sekala, anda hidangkan Gulai Tulang Kambing di pagi raya dimakan bersama nasi impit atau boleh juga dihidangkan dengan nasi bertumis seperti nasi minyak. Tak pedas dan anak-anak pun boleh makan. Kalau nak cuba, resipinya macam biasa, RASA sharekan di bawah.

GULAI TULANG KAMBING
BAHAN-BAHAN:
1kg tulang kamping
1 liter santan cair
300ml santan pekat
2 batang serai, memarkan
2 cm lengkuas, memarkan
2 lembar daun salam
5 lembar daun jeruk
1 sudu makan gula melaka
Secukupnya garam
BAHAN REBUSAN TULANG:
2 batang serai | titik
3 helai daun salam
2cm lengkuas | titik
2cm halia |titik
BAHAN KISAR:
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
4 biji buah keras
1 sudu makan ketumbar | sangai
2cm kunyit hidup
2cm halia
1 sudu teh lada hitam
1/4 sudu teh jintan manis
BAHAN REMPAH RATUS:
1 batang kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
5 ulas buah pelaga

IKLAN

CARA MEMBUAT:

IKLAN
IKLAN
  1. Didihkan air dalam periuk dan renehkan atas dapur.
  2. Masukkan tulang kambing bersama bahan rebusannya. Rebus 10-15 minit.
  3. Tutup api dan buang air rebusannya.
  4. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak, masukkan bahan rempah ratus.
  5. Kacau seketika, masukkan pula tulang yang telah direbus tadi, diikuti dengan santan cair. Masak hingga empuk.
  6. Masukkan pula santan pekat, masak sambil terus kacau supaya santan tidak pecah.
  7. Sesuaikan rasa dengan tambahkan garam dan gula melaka.
  8. Tutup api, dan sedia dihidangkan.

INFO: Jika ingin pedas boleh tambah cili padi dalam bahan kisar.
By @susie.agung

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI