Pelbagai nostalgia Ramadan boleh diimbau bila tibanya bulan puasa. Ada suka, ada duka. Paling diingat, tentulah juadah berbuka. Begitu jugalah dengan dramatis popular tanah air, Liza Abdullah. Menurut beliau, antara juadah yang mengimbau memori dan nostalgia Ramadan adalah hidangan Gulai Udang Tempoyak dan Lengkong Merah yang menjadi kegemaran beliau sehingga kini.
Menurut beliau, keistimewaan serta rahsia keenakan menu warisan ini ialah terletak pada kuah lemak cili apinya yang pekat dan berperisa. Lain dari yang lain.Wow…Mendengarnya sahaja sudah membuka kita kecur liur kan?
Istimewa dalam episod kedua Rasa Nostalgia Ramadan musim terbaru ini, Chef Wan dan Liza Abdullah telah berkongsi resipi-resipi istimewa untuk anda cuba di bulan puasa ini. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
1. GULAI UDANG TEMPOYAK
Ads
BAHAN-BAHAN:
15 ekor udang besar | dibersihkan
3 cawan tempoyak
2 batang serai | titik
1 helai daun kunyit
Asam keping
Santan
Garam & gula secukup rasa
Air
BAHAN KISAR:
5 biji cili merah
4 biji cili padi merah
2 inci kunyit hidup
Air sedikit
CARA MEMASAK:
1. Masukkan bahan kisar dalam periuk bersama-sama dengan udang.
2. Masukkan santan, asam keping, daun kunyit, serai yang diketuk dan 3 cawan tempoyak. Kacau semua bahan hingga sekata dan mendidih.
3. Selepas mendidih, masukkan pula sedikit garam dan gula bagi menyedapkan rasa.
4. Gulai Udang Tempoyak sedia untuk dihidangkan.
2. LENGKONG MERAH
Ads
BAHAN-BAHAN:
2 liter air
2 cawan gula
2 helai daun pandan
1/2 sudu pewarna merah / pati sirap
Agar-agar bertali
CARA MEMASAK:
1. Masak agar-agar bersama air sehingga agar-agar hancur dan larut.
2. Kemudian masukkan gula secukupnya dan kacau sebati
3. Setelah itu, masukkan pati sirap dan daun pandan. Biarkan sehingga mendidih.
4. Setelah mendidih, tapis dan tuangkan ke dalam loyang atau bekas agar-agar.
Ads
5. Biarkan agar-agar tadi sejuk dan mengeras sebelum sedia untuk dihidangkan.
TONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN SEPANJANG BULAN RAMADAN INI
Jangan lupa saksikan rancangan terbaru Rasa Nostalgia Ramadan Musim Kedua yang bersiaran sepanjang bulan Ramadan ini. Menampilkan chef selebriti terkenal, Datuk Redzuan Ismail atau Chef Wan sebagai hos, beliau akan bergandingan bersama selebriti jemputan popular tanah air yang akan berkongsi resipi-resipi nostalgia mereka.
Nak tahu siapa tetamunya? Kenalah tunggu dan tonton Rasa Nostalgia Ramadan setiap Isnin hingga Jumaat pada jam 5 petang di saluran Astro Prima & Prima HD (105 & 125).
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Jom masak Paprik Udang Kuah Banjir hari ni. Masakan paprik cukup terkenal di kedai makan di Thailand & Malaysia. Hidangan lengkap dengan isi ayam, udang, sotong, dan sayur-sayuran ini memang sedap! Pedas, masam, masin memang cukup. Nak cuba resipi Paprik Udang Banjir yang sedap perkongsian saudari HasnorFadila Kadir ni? Ini bahan-bahan yang anda perlukan.
Resipi udang dengan kuah pekat yang kaya dengan pelbagai rasa enak. Rasa berlemak dari susu serta mentega dan diseimbangkan dengan pedas cili padi. Aroma daun kari menambahkan lagi kesedapannya. Hidangan menyelerakan untuk berbuka.
UDANG MASAK BUTTERMILK
BAHAN-BAHAN:
Udang besar dalam 15 ekor
Serbuk kunyit/garam
3-4 batang daun kari (dalam 20 helai)
3 sudu butter/mentega
4-5 ulas bawang putih-dicincang halus
Bawang besar dihiris dadu(pihan kalau tidak letak)
4-5 biji cili padi (ikut suka hendak pedas tambah lagi)
Setengah tin susu cair (nak lebih pun boleh)
Sedikit tepung jagung (untuk memekatkn kuah)
CARA MEMASAK:
Gaul udang dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Gorengkan sampai udang masak. Janagan terlalu garing cukup sekadar bertukar warna.
Angkat udang dan ketepikan, biarkan sedikit minyak goreng tadi dan masukkan butter.
Tumiskan bawang putih, bawang besar, cili padi dan daun kari hingga naik bau.
Masukkan susu cair, masak sampai kuah pekat. Kalau tidak pekat letak tepung jagung yang dibancuh dengan air (tidak perlu letak kalau sudah pekat)
Bubuh udang, garam dan gula atau Susu pekat. Sesuaikan rasa,letak banyak sedikit biar ada rasa manis, lemak, masin atau ikut citarasa anda
Udang galah dan yabby ni memang harganya agak mahal sedikit, tetapi manis rasa isinya. Tapi ingat ya, walau apa pun jenis udangnya, pilih isi dan badan udang yang pejal, baru segar udangnya.
Resipi dari udang yabby pun ada, udang air tawar dari perairan Australia. Belanja lebih la sikit,hujung minggu jadikan ia menu istimewa untuk keluarga tercinta.
1.KARI LAKSA UDANG YABBY
BAHAN-BAHAN:
Bahan pes laksa (dikisar) :
300 gm cili kering /dibuang cili
150 gm halia /dihiris nipis
200 gm ulas bawang putih/ diketuk
180 gm bawang kecil
80 gm serai, dihiris halus
1/2 cawan minyak masak
2 sm belacan /dibakar terlebih dahulu
1 1/2 sudu makan serbuk ketumbar
2 sudu makan serbuk kari
1 sudu makan serbuk jintan putih
600 gm udang yabby
200 gm kek ikan/ sudah dimasak
1/4 cawan minyak masak
200 ml santan kelapa
1 liter air stok ayam
10 keping tofu (jika suka)
12 auns peha ayam/dibuang tulang dan kulit
400 gm mi laksa
2 sudu kecil gula melaka /atau gula perang/garam kosher
3 biji telur rebus /lembut
Gula dan garam secukupnya
Bahan hiasan :
Taugeh, daun pudina, hirisan limau nipis dan sambal tumis (jika suka)
CARA MEMASAK : 1. Masukkan bahan-bahan pes laksa dan kisar hingga menjadi pes. 2. Panaskan kuali/periuk di atas api sederhana. 3. Masukkan pes laksa hingga pes sedikit perang, lebih kurang 2 minit. 4. Masukkan separuh dari santan, dan teruskan memasak, kacau, biarkan sehingga ia tinggal separuh, lebih kurang 4- 6 minit. 5. Masukkan stok ayam, tofu, dan baki santan tadi. 6. Biarkan mendidih hingga 10 minit. 7. Perisakan dengan gula dan garam secukupnya 8. Celur laksa dan taugeh dalam air panas. 9. Tuangkan kuah laksa di atasnya dan hidangkan bersama taugeh, daun pudina , hirisan limau dan sambal (jika suka).
Saiz hidangan : 5 orang Masa memasak : 20 minit Cara memasak : Didih dan reneh Jenis masakan : Mi laksa, masakan Nyonya Keistimewaan : Laksa lemak pedas dengan kemanisan udang Yabby
INFO CHEF : Udang Yabby adalah sejenis udang air tawar Australia. Harganya lebih mahal tetapi rasanya yang sungguh manis menjadikan kari laksa lebih lazat.
2. SAMBAL UDANG BERSAMA TERUNG PIPIT
BAHAN-BAHAN :
250gm udang saiz sederhana
1 mangkuk kecil terung pipit
5 sudu makan cili kering/yang telah dikisar
5 biji bawang kecil/ ditumbuk lumat
3 ulas bawang putih/ditumbuk lumat
2 sudu makan asam jawa /diperah bersama setengah cawan air
1 biji bawang besar/dihiris nipis
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak dan udang digoreng seketika. Angkat cepat bila udang berubah warna. Boleh gunakan minyak goreng udang tadi untuk menumis bahan tetapi pastikan panas semula minyak itu hingga hilang air udang. 2. Goreng terung pipit sebentar. 3.Tumiskan cili kisar sehingga garing dan kemudian masukkan bawang kecil dan bawang putih hingga garing .Biarkan sampai terbit minyak. 4. Masukkan air asam garam, jawa, garam dan gula secukup rasa. Biarkan ia mereneh sekejap 5. Masukkan bawang besar yang dihiris nipis dan biarkan sehingga bawang besar layu. 6. Masukkan udang dan dibalik-balikan sebentar. 7. Angkat dan sedia untuk dimakan.
Saiz hidangan : 4 orang Masa memasak : 20 minit Cara memasak : Tumis dan goreng Jenis masakan : Lauk pauk Keistimewaan : Terung pipit menambah keenakan sambal udang.
INFO CHEF: Biarkan udang meresap dalam sambal dan keluar air manisnya, baru ditutupkan api.
3. GULAI KUNYIT UDANG TERENGGANU
BAHAN-BAHAN :
1/2 kg udang
1/2 kg santan pekat
Segelas air
2 sudu makan ketumbar/ ditumbuk
1 sudu makan jintan manis/ditumbuk
1 sm halia/ditumbuk
1 sm lengkuas/ditumbuk
1 sm kunyit hidup/ditumbuk
4 sudu cili kisar
2 keping asam keping
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Ambil periuk dan nyalakan api. 2. Masukkan semua bahan yang ditumbuk bersama pati santan dan sedikit air. 3. Apabila mendidih masukkan udang. 4. Perasakan dengan gula dan garam secukup rasa. Biarkan mereneh seketika 5. Gulai kuning udang siap untuk dihidangkan.
INFO CHEF : Gulai kuning atau gulai kunyit lengkuas memang cukup popular di negeri pantai timur.
Saiz hidangan : 4 orang Masa memasak : 20 minit Cara memasak : Reneh Jenis masakan : Lauk pauk Keistimewaan : Bahan ramuan lengkuas menyebabkan gulai kunyit tampil berbeza keenakannya dengan negeri lain.
4. GULAI UDANG GALAH NENAS NEW WORLD
BAHAN-BAHAN :
1 kg udang galah
350 gm nenas/dihiris
3 cawan santan kelapa
2 cawan air
1 sudu makan gula
Garam secukup rasa
1/2 cawan minyak masak
3 helai daun limau purut/ dicarik
1 sudu teh pes asam jawa
Bahan dikisar (A):
12 biji cili merah
15 biji bawang kecil
200 gm bawang putih
1 1/4 sm lengkuas
4 sm kunyit hidup
2 batang serai/dihiris
60 gm buah keras
50 gm belacan/ dibakar
CARA MEMASAK : 1. Kisar semua bahan A, tambahkan sedikit air untuk memudahkan ia dikisar. 2. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan A sehingga naik bau. 3. Masukkan nenas dan biarkan ia mereneh selama 5 minit. 4. Kemudian tuangkan santan. Perlahankan api dan terus kacau perlahan-lahan. 5. Masukkan udang, pes asam jawa dan gula secukupnya 6 .Biarkan udang masak. Kemudian tutup api dan masukkan daun limau purut dan kacau rat. 7. Gulai siap dihidang
Saiz hidangan : 5 orang Masa memasak : 20 minit Cara memasak : Tumis dan reneh Jenis masakan : Lauk utama Keistimewaan : Udang galah dan nenas terbit rasa manis dan masam yang enak
INFO CHEF : Pilih udang yang segar untuk rasa yang dijamin manis. Udang segar badannya pejal dan kepala terlekat di badan. Badannya juga menjalar bukan membengkok, bermakna ia dibekukan masa hidup dan lebih segar.