Bubur NasiBerlaukmerupakan antara makanan kegemaran ramai dan sering dijadikan sebagai menu makan malam. Malah, anda juga boleh menikmati hidangan ini sebagai sajian keluarga pada bila-bila masa sahaja tidak kira di waktu sarapan ataupun makan tengahari. Sama seperti nasi putih biasa, bubur nasi ini enak dinikmati dengan pelbagai jenis hidangan sampingan. Biasanya ia dihidangkan bersama ikan bilis goreng, Kangkung Goreng Belacan, bilis garing, lobak jeruk, sawi asin, kacang goreng dan sebagainya. Memang best. Nak cuba? Saudari Mak Su ada kongsikan resipinya.
CARA MASAK BUBUR NASI BERLAUK SEDAP
BAHAN BUBUR: 2 cawan beras – dikisar 6 cawan air
Ads
BAHAN KANGKUNG GORENG BELACAN: 1 ikat kangkung – dibersihkan 2-3 ulas bawang putih – beli online disini Sambal belacan secukupnya – cuba RESIPI ini 1/2 biji bawang holland – beli online disini 1 biji cili merah – beli online disini Sedikit air Garam dan gula dengan secukup rasa
CARA MEMASAK: 1.Untuk menyediakan bubur, satukan beras dan air dan masak atas dapur gas. Apabila bubur makin pekat, boleh ditambah air sedikit dan padamkan api bila beras telah kembang dengan sempurna. 2. Untuk Kangkung Goreng Belacan, panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga garing. 3. Masukan sambal belacan kemudian tumis lagi sehingga naik bau. 4. Masukkan kangkung dan tambahkan sedikit air. 5. Goreng dengan api yang besar, kemudian masukkan bahan perisa seperti garam, gula dan juga perasa tambahan jika suka. 6. Akhir sekali masukan hirisan cili merah dan juga bawang holland. Kacau sebati dan biarkan sedikit layu.
7. Siap untuk dihidang bersama Bubur Nasi dan juga bahan-bahan sampingan yang lain.
Terdapat pelbagai jenis menu sup tulang. Ada yang berempah, masam-masam pedas, dan ada yang tidak terlalu beraroma. Apapun terpulang pada cita rasa anda semua, kepada yang ingin mencuba Sup Tulang Ala Thai, di sini Rasa sharekan resipinya.
SUP TULANG ALA THAI BAHAN-BAHAN: 1kilo tulang lembu 2 biji bawang besar | kisar 4 ulas bawang putih | kisar 4cm halia | kisar 2 biji buah keras | kisar 2 biji bawang besar | hiris 2 sup bunjut tulang 2 sudu makan rempah sup 1sudu makan serbuk lada hitam 2 sudu makan cuka makan 2 biji tomato saiz besar | hiris Cili padi secukupnya | ketuk Garam secukupnya BAHAN HIASAN: Daun sup dan bawang | hiris Bawang goreng Limau kasturi | belah dua
CARA MEMBUAT:
Menggunakan sedikit minyak, tumis bahan kisar.
Setelah wangi masukkan, sup bunjut, rempah sup dan sedikit air. Kacau rata.
Masaukkan tulang, cuka, lada hitam, garam dan air secukupnya.
Renehkan tulang hingga lembut dan isi tanggal dari tulang (ambil masa 1-2 jam merebus jika reneh atas dapur biasa.
Jika ingin cepat boleh gunakan pressure cooker (lebih kurang 30-45 minit).
Setelah empuk, masukkan tomato, cili padi yang telah diketuk, serbuk lada hitam, garam dan perasa secukup rasa.
Masukkan dalam mangkuk, taburkan bawang goreng dan hirisan daun sup dan bawang.
Ini antara lauk nostalgia yang dimasak oleh mak-mak atau nenek kita. Memang sedap, apatah lagi bila ditambah dengan tempoyak dan bilis.
Bagi yang lama tak makan lauk ini dan teringin nak merasa kembali boleh ikut resipi yang dikongsi oleh SuiSan Aliezsha. Jika tak mahu gunakan tempoyak pun boleh saja, tetap sedap.
Pisang muda masak lemak cili api, campur bilis dan tempoyak
Bahan-bahan
1 sisir pisang muda (boleh guna pisang emas, atau pisang kapas lagi sedap)
10-12 tangkai cili api
1 inci kunyit hidup
Tempoyak (kuantiti ikut citarasa)
2 keeping asam keeping
Kelapa parut dari 1 biji 1/2 kelapa -diperah santan
Cara membuat
1. Pisang muda disiat kulit, dicuci bersih dan dipotong kemudian direndam dengan air garam dan asam keping.
2. Cili api dan kunyit hidup ditumbuk hingga lumat.
3. Di dalam periuk satukan bahan tumk, santan, asam keeping, ikan bilis dan pisang muda yang sudah ditos airnya.
4. Masak hingga santan mendidih dan pisang agak lembut kemudian masukkan tempoyak. Kacau sebati.
5. Perasakan dengan garam secukup rasa. Kacau hingga gulai terbit minyak kemudian bolehlah tutup api.
Bulan puasa ni, ayam panggang pastinya antara lauk berbuka yang sangat laris. Tengoklah kalau di bazar Ramadan. Kalau gerai yang jual ayam golek, pasti ramai yang beratur. Harganya pun boleh tahan mahal lebih-lebih lagi di saat semua harga barang dan juga keperluan meningkat. Jadi, sempena Ramadan tahun ni, bolehlah cuba buat sendiri guna resipi perkongsian saudari Ema HidaYah. Lebih jimat & sedap!
1. Satukan semua bahan rempah kemudian lumurkan pada ayam. Sebaiknya perap seketika supaya bahan rempah meresap ke dalam isi. Boleh juga letak ubi kentang, bawang atau sayuran.
2. Panaskan ketuhar pada suhu 200C. Bakar ayam selama 1 jam 30 minit atau hingga ayam masak sepenuhnya. Waktu memasak mungkin berbeza mengikut saiz ayam.
3. Jika suka, boleh tabur mix herbs selepas ayam masak.