Bubur Nasi Berlauk merupakan antara makanan kegemaran ramai dan sering dijadikan sebagai menu makan malam. Malah, anda juga boleh menikmati hidangan ini sebagai sajian keluarga pada bila-bila masa sahaja tidak kira di waktu sarapan ataupun makan tengahari. Sama seperti nasi putih biasa, bubur nasi ini enak dinikmati dengan pelbagai jenis hidangan sampingan. Biasanya ia dihidangkan bersama ikan bilis goreng, Kangkung Goreng Belacan, bilis garing, lobak jeruk, sawi asin, kacang goreng dan sebagainya. Memang best. Nak cuba? Saudari Mak Su ada kongsikan resipinya.
CARA MASAK BUBUR NASI BERLAUK SEDAP
BAHAN BUBUR:
2 cawan beras – dikisar
6 cawan air
BAHAN KANGKUNG GORENG BELACAN:
1 ikat kangkung – dibersihkan
2-3 ulas bawang putih – beli online disini
Sambal belacan secukupnya – cuba RESIPI ini
1/2 biji bawang holland – beli online disini
1 biji cili merah – beli online disini
Sedikit air
Garam dan gula dengan secukup rasa
BAHAN SAMPINGAN:
Kacang tanah – digoreng – beli online disini
Ikan bilis – digoreng – beli online disini
Telur masin – direbus – beli online disini
Bawang goreng – beli online disini
Limau kasturi
Daun bawang
Isi ayam rebus – jika suka
CARA MEMASAK:
1.Untuk menyediakan bubur, satukan beras dan air dan masak atas dapur gas. Apabila bubur makin pekat, boleh ditambah air sedikit dan padamkan api bila beras telah kembang dengan sempurna.
2. Untuk Kangkung Goreng Belacan, panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga garing.
3. Masukan sambal belacan kemudian tumis lagi sehingga naik bau.
4. Masukkan kangkung dan tambahkan sedikit air.
5. Goreng dengan api yang besar, kemudian masukkan bahan perisa seperti garam, gula dan juga perasa tambahan jika suka.
6. Akhir sekali masukan hirisan cili merah dan juga bawang holland. Kacau sebati dan biarkan sedikit layu.
7. Siap untuk dihidang bersama Bubur Nasi dan juga bahan-bahan sampingan yang lain.
Kredit resipi & foto: Mak Su
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official