Roti Bakar 3 bahan ni memang sangat mudah dihasilkan. Enak dinikmati bersama secawan teh atau kopi panas sebagai sajian minum petang. Malah ia juga sangat sesuai dihidang ketika sarapan. Tak susah pun nak buat menu ala kopitiam ni. Hanya perlukan tiga bahan ringkas sahaja. Dari roti terbiar je di dapur, kalau buat macam ni tentu lebih berselera. Nak cuba? Saudari Ziera Xiera ada kongsikan resipinya. Jom try!
CARA MEMASAK: 1. Ambil roti dan potong bahagian tepinya.
2. Kemudian sapukan sekaya pada roti hingga rata. Lebihkan sapuan untuk rasa lebih sedap. 3. Seterusnya, ambil mentega dan potong menjadi kepingan besar. Kemudian potong kepingan tersebut kepada 3 bahagian kecil. Pastikan mentega masih keras.
Ads
4. Susun potongan mentega di atas roti.
5. Ambil sekeping roti dan tutupkan bahagian atasnya. Potong kepada dua bahagian.
6. Susun kepingan roti di atas dulang pembakar dan bakar pada suhu 200c selama 10-15 minit. Masa mungkin berbeza bergantung kepada ketuhar dan tahap garing yang anda inginkan.
7. Bila roti sudah garing begini, angkat dan sedia untuk dihidangkan.
Lauk sotong rebus serai ini antara lauk ringkas yang akan terasa sedap sangat bila kita dah banyak sangat makan gulai, rendang, lauk ayam dan daging.
Selalu lauk rebus-rebus ini berasaskan ikan dan sayur tapi sebenarnya boleh juga gunakan sotong. Paling penting menu ini mudah sangat untuk dimasak. Buat yang berdiet pun sesuai.
Cara buat sotong rebus serai
Bahan-bahan
5-10 ekor sotong
2 biji cili api & 2 tangkai lada solok
1 biji bawang besar -dihiris
3 ulas bawang putih -dihiris
3 batang serai -diketuk
3 keping asam keping
Cara membuat
1. Masukkan air, serai, bawang putih, bawang merah dan asam keping ke dalam periuk. Hidupkan api dan biarkan mendidih.
3. Apabila mendidih, masukkan cili dan sotong, terus perasakan dengan garam dan gula. Biarkan mendidih.
4. Apabila mendidih, matikan api supaya sotong tak terlebih masak (nanti liat).
Selepas matikan api, boleh juga masukkan tomato jika suka. Sedia dihidangkan. Lauk ini memang sedap makan dengan sambal belacan, budu dan ulam-ulaman.
Enaknya bila menjamah masakan air tangan bonda. Sementelah lagi bila sajian yang disajikan adalah masakan kampung yang sememangnya menjadi idaman anak-anak tatkala berada di perantauan. Biarpun resipi trending bertukar ganti, gulai lemak cili padi, asam rebus daging, dan opor nangka ibu tetap jadi pilihan . Untuk membangkitkan nostalgia, Bonda Jaoyah tidak kedekut berkongsi resipi air tangan beliau untuk kita semua.
OPOR NANGKA
BAHAN-BAHAN:
500gm nangka muda | dipotong dan rebus sehingga empuk
1 ½ sudu serbuk ketumbar
1 sudu serbuk jintan manis
½ sudu serbuk jintan putih
1 batang serai
1 biji kelapa diambil santan
3 helai daun limau purut
sedikit serbuk kunyit
1 sudu makan kerisik
Penumis 4 sekawan (bunga lawang/cengkih/pelaga dan kayu manis)
Garam dan gula secukup rasa
Bahan Kisar:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
½ inci halia
½ inci lengkuas
CARA MEMSAK:
1.Panaskan minyak, tumiskan empat sekawan.
2.Masukkan bahan kisar, serai dan semua serbuk jintan dan ketumbar.
3.Setelah pecah minyak, masukkan santan, kerisik dan daun limau purut.
4.Akhir sekali masukkan nangka muda yang telah direbus.
5.Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
6.Setalah secukup rasa, angkat dan hidangkan.
INFO CHEF: Untuk resipi ini anda juga boleh menggunakan buah sukun.
LAWA JANTUNG PISANG
BAHAN-BAHAN:
1 biji jantung pisang
1 biji kelapa| diambil pati santan sahaja
1 sudu lada hitam | kisar halus
3 ulas bawang merah |kisar
1 biji limau nipis | ambil jusnya
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit belacan| jika perlu
CARA MEMASAK:
1.Panaskan air dalam periuk, kemudian rebus jantung pisang hingga empuk.
2.Angkat dan toskan. Kemudian potong kecil.
3.Kemudian campurkan semua bahan lain dengan hirisan jantung pisang.
4.Gaul rata dan rasa masam, masin dan manisnya.
5.Setelah secukup rasa,sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jantung pisang boleh ditukar dengan terung bakar, jika suka.
PAIS TELUR IKAN
BAHAN-BAHAN:
200gm telur ikan | bersihkan dan tos
100gm kelapa parut muda |dikisar sehingga halus
3 helai daun limau purut |dihiris
½ helai daun kunyit |dihiris
2 batang serai | dihiris halus
Daun pisang untuk membungkus
Sedikit asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Bahan Kisar:
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
2 biji telur
Sedikit kunyit
2cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
1.Campurkan bahan kisar dengan semua bahan lain kecuali telur ikan.
2.Susun telur ikan di atas daun pisang
3.Curahkan bancuhan campuran bahan kisar dan hiris di atas telur ikan.
4.Bungkus, kemudian kukus lebih kurang 15 minit.
INFO CHEF: Selain telur ikan, ikan juga enak dimasak pais.
TEMPOYAK DAUN
BAHAN-BAHAN:
200gm cekak pucuk ubi |dihiris halus
3 papan petai | belah dua.
10 ekor udang sederhana besar
2 helai daun kunyit |dihiris halus
4 helai daun kaduk |dihiris halus
4 helai pucuk daun labu dihiris halus
4 batang serai dihiris halus
1 biji kelapa | ambil santan pekat sahaja
6 sudu makan tempoyak
Gula dan garan secukup rasa
Bahan Kisar:
3cm kunyit hidup
4 ulas bawang merah
20 biji cili padi
CARA MEMASAK:
1. Campurkan semua bahan hirisan dalam periuk.
2.Kemudian campurkan santan dan bahan kisar.
3.Gaul rata dan masak atas api sederhana sehingga kuah agak pekat.
4.Lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukupnya
INFO CHEF: Tempoyak daun ini lebih lama dipanaskan lebih sedap rasanya.
KARI DAGING BERSAMA UBI KELEDEK
BAHAN-BAHAN:
500gm daging | hiris
2 biji ubi keledek | buang kulit dan belah empat
3 sudu makan rempah daging
1 tangkai daun kari
500ml santan
Minyak untuk menumis
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa.
Rempah penumis | kulit kayu manis, bunga lawang dan pelaga
Bahan Kisar:
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang serai
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak, tumis rempah penumis, diikuti bahan kisar dan daun kari.
2.Tumis hingga wangi kemudian masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air.
3.Kacau rata hingga tumisan pecah minyak dan masukkan air asam jawa.
4.Masukkan daging, kacau dan biarkan daging kecut dan empuk.
5.Masukkan keledek dan santan.
6.Setelah keledek empuk, lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukupnya.
7.Selepas beberapa minit, tutup api dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Rasa keledek yang lebih manis daripada kentang menjadikan kari lebih sedap.
PUCUK MERANTI LEMAK PUTIH
BAHAN-BAHAN:
300gm pucuk meranti | leraikan dari batangnya.
Sedikit ikan bilis – ditumbuk separuh halus
2 ulas bawang merah – ditumbuk separuh halus
1 mangkuk santan
Sedikit hirisan cili merah
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMSAK:
1.Campurkan santan bersama dengan bahan kisar.
2.Didihkan atas dapur dengan api sederhana.
3.Apabila kuah mendidih masukkan daun meranti.
4.Sentiasa kacau agar santan tidak pecah.
5.Selepas beberapa minit, lengkap rasa dengan garam dan gula secukupnya.
6.Sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Gulai lemak ini juga sedap ditambah dengan keledek.
URAP PEGAGA
BAHAN-BAHAN:
300gm pucuk pegaga | dipotong kecil dalam 2 inci
Sedikit ikan bilis |ditumbuk separuh halus
2 ulas bawang merah |ditumbuk
1 ulas bawang putih |ditumbuk
1 cawan kelapa parut | putih sahaja
1 sudu makan pes cili kering
2cmkunyit | ditumbuk
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1.Masukkan semua bahan kisar, garam, gula dengan kelapa, gaul rata.
2. Goreng sangai dalam kuali sehingga bahan menjadi sedikit kering.
3.Selepas itu masukkan pucuk pegaga.
4.Masak sehingga pucuk pegaga layu. Angkat dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Selain ikan bilis anda juga boleh gunakan udang kering.
Kongsi resipi: JAOYAH BINTI SIRAT, SEKSYEN 7 SHAH ALAM SELANGOR.
Tomato puree ni adalah salah satu bahan masakan yang wajib ada di dapur. Jika tiba-tiba nak masak tapi stok habis, anda sebenarnya boleh hasilkan sendiri secara homemade. Amat mudah! Malah, tomato puree homemade ini juga tahan lebih kurang seminggu. Jadi, jom lihat cara-cara pembuatannya.
CARA-CARA BUAT TOMATO PURI SECARA HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
1 kg tomato masak
Minyak zaitun secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Basuh tomato dan belah dua. Asingkan isi tomato ke dalam bekas berlainan.
2. Buang isi tomato guna sudu macam dalam gambar di bawah.
3. Rebus tomato sampai mendiidh. Kemudian padamkan api. Jangan rebus lama. Tapis dan sejukkan buah tomato tadi.
4. Bila tomato dah sejuk, kupas kulit luar hingga habis.
5. Kisar tomato tadi hingga hancur tanpa letak air.
6. Masak seketika kisaran tomato tadi. Ia bertujuan untuk memekatkan puri.
7. Sejukkan puri tomato tadi dan simpan dalam bekas bersesuaian. Masukkan minyak zaitun di permukaan puri supaya tahan lama.
8. Jika suka, lebihan isi tomato boleh dinikmati dengan kicap.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.