Roti Bakar 3 bahan ni memang sangat mudah dihasilkan. Enak dinikmati bersama secawan teh atau kopi panas sebagai sajian minum petang. Malah ia juga sangat sesuai dihidang ketika sarapan. Tak susah pun nak buat menu ala kopitiam ni. Hanya perlukan tiga bahan ringkas sahaja. Dari roti terbiar je di dapur, kalau buat macam ni tentu lebih berselera. Nak cuba? Saudari Ziera Xiera ada kongsikan resipinya. Jom try!
CARA BUAT ROTI BAKAR 3 BAHAN ALA KOPITIAM
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Ambil roti dan potong bahagian tepinya.
2. Kemudian sapukan sekaya pada roti hingga rata. Lebihkan sapuan untuk rasa lebih sedap.
3. Seterusnya, ambil mentega dan potong menjadi kepingan besar. Kemudian potong kepingan tersebut kepada 3 bahagian kecil. Pastikan mentega masih keras.
4. Susun potongan mentega di atas roti.
5. Ambil sekeping roti dan tutupkan bahagian atasnya. Potong kepada dua bahagian.
6. Susun kepingan roti di atas dulang pembakar dan bakar pada suhu 200c selama 10-15 minit. Masa mungkin berbeza bergantung kepada ketuhar dan tahap garing yang anda inginkan.
7. Bila roti sudah garing begini, angkat dan sedia untuk dihidangkan.
Kredit resipi & foto: Ziera Xiera
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official