Biskut raya dah habis, malas nak menguli lagi. Jangan risau cuba resipi viral 3 bahan ni bukan sahaja mudah tapi sedap gerenti anak-anak suka sebab rasa coklat koko krunch tu menarik perhatian! Jom cuba.
RESIPI KOKO KRUNCH BAR
Ads
BAHAN-BAHAN:
300g Koko Krunch
(sy guna yg kecik2 beli kt kedai bekery je.Takde koko krunch ni pun tak pe boleh je pakai koko krunch yg biase ade kt kedai tu..then kalau nak tukar cereal lain mcm crispy rice/honey star ke pon boleh..😁
250g butter
300g Mashmellow (yg kaler putih)
CARA MEMASAK:
Masak ats dapur ye api kena kecik.
Sediakan kuali masukkan 250g butter cairkan.
Setelah cair masukkan 300g mashmellow gaul2 sampai bahan2 semua tu tadi cair seperti susu pekat.
Kemudian masukkan 300g Koko krunch dan gaul sampai bahan2 td rata keseluruhnye.
Tutup api masukkan ke dalam loyang dan padat2 kan guna sudu.
Bila cuti sekolah, ibu-ibu pastinya asyik memikirkan menu yang hendak disediakan untuk anak. Salah satu snek mudah, sedap dan mengenyangkan yang boleh dicuba ialah Roti Sosej Goreng perkongsian saudari Shah Ruzanna Shafiee. Buat secara homemade tentunya lebih jimat, kebersihan terjamin dan boleh puas makan. Selamat mencuba!
RESIPI ROTI SOSEJ GORENG
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung gandum
2 sudu makan gula halus
1 1/2 sudu makan marjerin
1 sudu teh garam
1 sudu makan yis – bancuh dengan 1/2 cawan air suam
Sosej secukupnya – potong dan celur
CARA MEMASAK:
1. Satukan tepung gandum, gula halus, marjerin dan garam. Gaul hingga sebati.
2. Kemudian masukkan bancuhan yis sedikit demi sedikit. Uli hingga jadi doh yang tidak melekat di tangan.
3. Biarkan doh mengembang. Kemudian bulat-bulatkan doh dan gentel memanjang.
4. Lilit doh pada sosej dan kemaskan lilitan suapay ia tidak terbuka ketika digoreng.
Penggemar hidangan Rojak Sotong Kangkung mesti suka resipi ni. Maklumlah, jika dibeli, sepinggan kecil sahaja dah mahal harganya. Sedangkan ia boleh dihasilkan sendiri secara homemade. Menerusi perkongsian saudari Rosilawati Masri beliau kongsikan resipi Rojak Sotong Kangkung yang mudah, sedap dan tak guna banyak bahan. Selamat mencuba.
CARA MASAK ROJAK SOTONG KANGKUNG MUDAH, SEDAP & TAK GUNA BANYAK BAHAN
CARA MEMASAK: 1. Cuci sotong dan potong kecil. Rebus dalam 10-15 minut. Toskan. 2. Dalam air panas yang berlainan, celur pula kangkung selama 7-8 minit. Toskan.
3. Dalam bekas bersesuaian, campurkan sos plum, petis, gula dan cili tumbuk. Kacau hingga sebati. Perah sedikit asam limau. 4. Letak kangkung dan sotong dalam pinggan ikut jumlah yang hendak dimakan. Tuang sos campuran dengan secukupnya, tabur kacang tumbuk dan sedia untuk dinikmati.
Tidak kira kerabu, somtam, kerabu sotong atau salad Thai, ia mesti sedap, cukup rasa pedas, masam dan manisnya. Kalau nak tahu rahsianya, ini RASA kongsikan tip dan satu resipi kerabu sotong yang ringkas, 15 minit siap dan gerenti super sedap.
.
Menggunakan Bahan Segar.
Semua jenis kerabu atau salad Thai, hanya menggunakan segar termasuklah sayuran, cili, buah-buahan, seafood, daging dan isi ayam yang segar. Kesegaran ini akan memberikan rasa asli bahan dan aroma yang menyelerakan.
.
Celur Sekejap Je.
Jika menggunakan seafood, pastikan ia dibersihkan dan dicelur tidak lebih dari lima minit, kemudian tos sebelum dicampurkan dengan bahan lain. Begitu juga jika menggunakan daging panggang atau rebus, elakkan dari terlalu lama panggang atau rebus. Untuk daging lebih baik jika dihiris nipis selepas dipanggang.
.
Sos Dibancuh Secara Berasingan
Semua bahan sos seperti jus limau, cuka garam, sos cili atau apa juga sos secara berasingan. Bancuh hingga cukup rasa dan simpan dalam peti sejuk. Gunakan apabila kerabu sedia untuk dihidangkan.
Segera Dihidangkan
Apapun jenis kerabu atau salad, selepas digaul dengan sos, ia perlu segera dihidangkan. Jika tetamu lewat, sebaiknya wrap mangkuk dan simpan kerabu dalam peti sejuk.
.
Penyedap Rasa Unik
Satu-satunya keistimewaan kerabu atau salad Thai, ia menggunakan campuran empat penyedap rasa yang unik iaitu, daun ketumbar, daun limau purut, cili padi dan jus limau nipis.
Untuk memastikan tip anda menjadi, berikut diserta resipi Kerabu Sotong Ala Thai yang sedap dan hanya ambil masa 15 saja siap.
.
KERABU SOTONG DAUN PUDINA
BAHAN-BAHAN:
500gm sotong | bersihkan buang kulit ari dan hiris empat segi
2 sudu makan pes cili Thai
3 biji cili merah | kisar kasar
3 batang serai | hiris halus
3 ulas bawang merah | hiris
1 pokok daun bawang | hiris
1/2 cawan daun pudina
2 biji limau nipis |ambil jusnya sahaja
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Renehkan air dalam periuk. Celur sotong seketika kemudian angkat dan toskan.
Sementara itu campurkan semua bahan sos, pes cili Thai, cili merah kisar, jus limau nipis, garam dan gula dalam mangkuk.
Kacau rata dan cukup rasa.
Seterusnya masukkan sotong dan gaul rata.
Masukkan pula hirisan bawang dan serai, dan daun bawang, gaul lagi.
Akhir sekali daun pudina dan gaul rata hingga sebati dan cukup rasa. Kemudian sedia dihidangkan.