Ya betul. Cuma tiga bahan sahaja. Cuma perlu biskut cream cracker, susu pekat manis dan telur ayam.
Jom kita cuba buat. Tak sabar rasanya nak buat dan nikmati puding yang sangat senang nak dihasilkan ni.
BAHAN UTAMA
24 keping biskut cream crackers
1/2 cawan susu pekat manis (boleh lebihkan atau kurangkan)
5 biji telur ayam gred D
BAHAN LAIN
Air suam
Pewarna pilihan
Sedikit minyak masak
CARA MEMBUAT
1. Dalam bekas, susun biskut dan tuangkan air suam sehingga paras biskut. Rendam sehingga biskut menjadi kembang dan lembut. Tidak perlu rendam terlalu lama, cukup sekadar biskut tersebut lembut sudah memadai.
2. Kemudian toskan biskut dan masukkan ke dalam pengisar bersama susu pekat manis dan juga telur ayam.
3. Kisar sehingga semua adunan mesra. Ketepikan.
4. Panaskan kukusan.
5. Tuangkan adunan ke dalam beberapa bekas dan letakkan pewarna pilihan. Kalau mahu buat tiga warna, bahagikan adunan kepada tiga bahagian sama rata dan letakkan pewarna pilihan.
6. Setelah itu, ambil sedikit adunan dan tuangkan ke dalam acuan yang telah dioles dengan sedikit minyak.
7. Kukus selama 5 minit menggunakan api sederhana.
8. Ulang proses untuk setiap lapisan warna. Lapisan yang terakhir, kukus selama 10 minit .
9. Setelah siap, sejukkan seketika adunan sebelum dikeluarkan daripada acuan.
10. Puding biskut ini sedap dimakan sejuk. Jadi bolehlah diletakkan di dalam peti untuk beberapa jam sebelum dimakan.
Siap!
Selamat mencuba!
Sumber: Farisha Sofea
Terima kasih kerana berkongsi resipi dengan majalah RASA.