Kuih batang buruk ni, kebiasaannya popular bila dah nak dekat raya. Ada yang menjadikan kuih ini sebagai salah satu hidangan yang wajib ada.
Tapi kalau nak buat sendiri untuk makan sebagai kudap-kudapan, boleh cuba resipi yang dikongsi Ruzita Hashim ini. Mudah saja nak buat.
KUIH BATANG BURUK
BAHAN-BAHAN:
2 bungkus besar kulit popia
3 bungkus tepung kacang hijau
800gm gula aising
2 biji putih telur (pelekat)
Straw (penyedut minuman) saiz besar
Minyak untuk menggoreng
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
CARA MEMBUAT:
1. Potong kulit popia memanjang seperti di dalam gambar mengikut ukuran pembaris yang tertera.
2. Cabut sehelai sehelai, kemudian gulung di straw. Gunakan putih telur sebagai pelekat. Boleh lihat gambar tertera. Buat sampai habis.
3. Bila dah siap, gamkan semua. Kita jemur dengan straw yang dah dililit kulit popia tadi.
4. Jemur tadi tak lama pun, kejap je. Kalau cuaca panas, dalam 10 minit je. Agak-agak dia tak lembiklah. Kalau dah agak-agak keras, keluarkan popia yang dah kering tu kesemuanya.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
5. Tepung kacang hijau disangai lebih kurang 10 minit (guna api sederhana) bagi garing, wangi, ringan dan tahan lama.
6. Angkat dan sejukkan. Dah sejuk, masukkan gula aising (buat je sendiri, kisar gula tu sampai jadi halus).
7. Gaul ratakan gula dengan tepung sampai sebati.
8. Goreng kulit popia dalam minyak panas dengan api yang sederhana. Kuning sikit je, terus angkat.
9. Sumbat kulit popia yang dah digoreng tadi dengan tepung kacang hijau. Buat sampai habis. Siap.
12. Tepung masa nak gaul dengan gula, kena tunggu sejuk dulu ya.
13. Popia yang telah digoreng pun sama. Toskan minyak, tunggu sejuk baru masukkan intinya ya.
14. Dalam proses nak gulung popia di straw tu, kena ada tuala bersih lembab untuk menutup kulit popia agar tidak cepat kering atau mengeras. Kulit popia cepat kering dengan udara.
Kredit resipi: Ruzita Hashim
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official: