Menu roti antara yang paling mudah untuk dibuat dan mengenyangkan dalam masa singkat.
Namun, ada banyak cara untuk jadikan hidangan roti lagi sedap dan menarik.
Menerusi perkongsian daripada Rosmarlinda Kamarudin, resipi roti garlic ini sangat sedap dan sesuai dimakan begitu saja atau dengan sup cendawan.
RESIPI CARA BUAT ROTI GARLIC
BAHAN-BAHAN:
6 kepingan roti
250 gm mentega – beli online di sini
7 ulas bawang putih | cincang halus – beli online di sini
3 tangkai daun parsley | cincang halus
TONTON DAPUR RASA LIVE: DAGING KERUTUK
TONTON Projek Lockdown #GerentiJadi: Koleksi Daging
CARA-CARA:
1. Satukan mentega, bawang putih dan daun parsley di dalam mangkuk. Gaulkan sebati.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
2. Panaskan ketuhar pada suhu 180C selama 15 minit.
3. Ambil sekeping roti, sapukan mentega di atasnya.
[KLIK DI SINI SERTAI PERADUAN MAGGI RASA]
4. Kemaskan atau buang kerak roti, kemudian potong dua.
5. Susun roti di dalam dulang pembakar . Bakar selama 20 minit sehingga garing.
6. Lebih enak, jika dihidangkan bersama mushroom soup. Lebihan roti, boleh simpan di dalam bekas kedap udara.
*Boleh juga gunakan daun parsley kering yang banyak dijual di kedai bahan-bahan bakeri.
Kredit resipi: Rosmarlinda Kamarudin
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official: