
Nak membersihkan kerang perlulah teliti takut ada kekotoran dan pasir di dalamnya. Kerang ni jika direbus dan cicah dengan sambal kicap memang enak.
Cara mudah nak bersihkan kerang ni, guna tepung dan lada kering. Insha’Allah mudah, bersih dan kerang mudah terbuka.
Bahan diperlukan:
Tepung gandum
Lada kering
Serai
Bawang
Garam
Cara bersih:
1.Kalau kerang masih ada selut, bersihkan dulu.
2.Kemudian rendam kerang dengan tepung gandum dan lada kering (guntingkan). Nanti kerang tu terbuka keluarkan kotoran yang ada di dalam.
3.Nak rebus, didihkan dulu air campur serai ketuk, bawang dihiris, lada kering gunting dan garam.
4.Dah mendidih baru masukkan kerang.
Kredit: Fariza Basar
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Cara Betul Simpan Limau Yang Dah Dipotong, Jangan Biar Kecut Di Rak Peti Ais

Biasa dalam peti sejuk di rumah mesti ada terselit di bahagian rak baki limau nipis atau limau purut yang kecut dan kering. Guna sehiris kemudian baki tak tahu nak simpan macam mana jadi kita letak begitu saja dekat rak peti sampai kecut.
Lepas ini boleh guna cara yang dikongsi oleh Yatie Eimra untuk simpan baki limau yang tak habis digunakan. Harga limau pun mahal, rugi kalau dibiarkan kering macam tu saja.
Cara simpan limau nipis supaya tak kecut dan membazir
Limau nipis ni kalau tak habis guna, selalunya sampai jadi kering dalam fridge kan. Sekarang ni barang banyak yang dah naik harga. Apa kata simpan macam ni lak untuk elak pembaziran.
Saya memang simpan baki limau nipis dalam freezer begini sebab tahan lama & tak membazir. Caranya;

- Lepas potong sikit bahagian yang nak guna, terus potong untuk kegunaan lain kali juga. Lagi mudah kalau buang biji terus.
- Letak dalam bekas (sebaiknya yang bertutup) & simpan dalam freezer (bahagian sejuk beku).
- Bila nak guna, cuma ambil bahagian yang nak guna & biarkan kejap pada suhu bilik. Kalau nak cepat, rendam kejap dalam air panas sebelum guna. Setel.

Baki limau nipis dalam bekas tu dah 3 minggu, saya sengaja simpan untuk tunjukkan masih elok je lagi.
Semoga bermanfaat
Sumber: Yatie Eimra
Ini 6 Cara Simpan Daging Supaya Tahan Lama & Kekal Segar.

Anda beli daging banyak, tetiba takda mood nak masak atau malas nak masak. Jalan terbaik adalah dengan menyimpannya kerana daging boleh tahan lama berbulan-bulan kalau kena cara simpan. Caranya mudah sahaja, berikut RASA kongsikan enam tip yang boleh anda ikut. Dengan tip ini bukan hanya daging tahan lama, malah kesegaran daging masih boleh dikekalkan walaupun ia sudah disimpan lama dalam freezer.

Asingkan daging
Perkara pertama perlu anda lakukan adalah mengasingkan daging ikut bahagian. Misalnya tulang, daging batang pinang, tulang, bahagian dalaman (perut, hati, limpa dan paru) dan daging cincang. Apabila anda ingin membuat sup anda hanya keluarkan bekas berisi tulang sahaja, yang lain-lain kekal di dalam freezer.

Bersih Dan Cuci Daging
Daging korban adalah daging segar yang tidak banyak kotor atau cemaran kuman. Tetapi ia tetap perlu dicuci bersih sebelum dimasak atau disimpan. Sebaiknya cuci di bawah air mengalir, selepas dicuci elakkan dari meletakkanya di tempat terbuka . Ia akan mengundang pembiakan bakteria dan kuman, oleh itu segera masukkan dalam bekas dan terus masukkan dalam freezer untuk disimpan.

Simpan Daging Dalam Saiz Sekali Masak.
Bila memperolehi daging dalam jumlah banyak, potong dan bahagikan kepada beberapa bahagian ikut saiz sekali masak. Contoh jika anda mendapat 3 kilogram, bahagikan kepada enam bungkusan (satu bahagian sekali masak). Masukkan dalam bekas atau dalam plastik sebelum disimpan dalam freezer. Ia bertujuan daging tidak mengalami proses pembekuan berulang. Selain bakteria akan lebih mudah membiak , tekstur daging juga rosak dan tidak sedap lagi apabila dimasak.

Simpan Dengan Dengan Bahan Perapan
Menyimpan daging yang siap dengan bahan perapan boleh menjadikan daging tahan lebih lama berbanding daging mentah. Bahan perapan paling mudah adalah dengan mengaulkan daging dengan garam, gula , bawang dan kunyit. Ia kerana bahan perapan bersifat antibaktria dan pengawet pada makanan. Secata tidak langsung ia menjimat masa memasak. Setelah dikeluarkan dari freezer anda boleh terus masak tanpa perlu menyediakan bahan perapan lagi.
Simpan Dalam Bekas Bertutup
Anda wajib menyimpan daging dalam bekas bertutup , ia supaya daging tidak mudah dicemari bakteria yang ada dalam peti sejuk atau bahan-bahan lain yang ada dalam peti sejuk. Jika dimasukkan dalam plastik, anda perlu balutnya dengan kemas.

Perhatikan Suhu Freezer
Suhu yang sejuk membuatkan bakteria tidak boleh hidup, oleh itu sebelum menyimpan daging pastikan suhu freezer anda paling kurang dari 18 celius. Dengan suhu ini daging boleh disimpan sehingga tiga bulan lebih.
Dengan tip yang super lengkap dan mudah ini, diharapkan ada tidak ada masalah lagi untuk menyimpan daging korban.
Cuma Guna 3 Bahan Sahaja, Membantu Menurunkan Berat Badan Dan Kuatkan Lutut Juga. Trylah!

Berhabis wang beli produk yang beratus harganya, apa kata cuba petua guna 3 bahan ni. Bukan sahaja membantu menurunkan berat badan, malah membantu untuk kuatkan lutut juga.
Bahan Kuatkan Lutut Dan Kurangkan Berat Badan (3 Bahan Sahaja) Tip bagaimana cara nak guna bahan ini:

Cara untuk susutkan berat badan: EPAL, kalau nak turunkan berat badan, minum jus epal hijau atau makan epal satu kali selama seminggu. Tahu apa fungsi epal hijau? Epal hijau membantu membuang lemak di celah-celah otot perut.

Selain itu, segala kanji, karbohidrat yang kita makan akan dihakis dari dinding usus kita. Peringatan: Epal hijau boleh dimakan begitu sahaja atau boleh dimakan dengan cara lain. Sekiranya jus, kena tunggu selama 15-20 minit untuk makan makanan lain.

LEMON, tujuannya untuk detoksifikasi. Selesai makan epal atau minum jus, cuba makan pula lemon atau minum jus lemon 1 biji sebelum sarapan ataupun 1 biji sebelum masuk tidur setiap hari. Kalau tak nak rasa masam, campur dengan madu dalam jus lemon ataupun letak gula perang. Dalam masa 2 minggu sahaja, lihat perubahan.

BENDI, untuk kuatkan sendi lutut, potong bendi nipis nipis dan rendam dalam air panas. Minum pada keesokan hari sebelum sarapan pagi. Yang penting, amalkan setiap hari okay!
Dalam masa sebulan, insyaallah ada kesannya. Selamat mencuba semua!
Sumber: superkiram

